Pages

Friday, February 5, 2021

LESS DEPEND ON PEOPLE, LESS DISSAPOINTED


Saya sangat setuju dengan ayat ni
Makin matang usia makin saya faham dan boleh buat dah benda nih

"LESS DEPEND ON PEOPLE"

why?

So that I can reduce the chances to be dissapointed.

Bukanlah kata kita ni nak berharap kat orang je tapi percayala dalam tak sedar banyak yg kita duk berharap kat orang lain setiap hari.

Kemudian, kecewa bila orang tak beri atau buat sepertimana kita harapkan.

Awal-awal fasa saya nak bangkit, saya selalu cakap kat diri, 

"BERHENTI BERHARAP KEPADA MANUSIA"

Saya tulis dan tampal kat dinding personal space saya. Doktrin kat otak dan hati sendiri.

Dan kini, saya ok dah la jugak.

Kurang rasa kecewa.
Kalau sedih pun kejap je.

Pastu ok dah.

Nak makan kek, usahala cari sendiri sapa ada jual. Order, then makan.

Nak selesaikan masalah paip mesin basuh, tak reti, google then buka shopee. Order. Sampai paipnya, buat sendiri. Settle. Boleh basuh baju dengan lebih mudah.

InshaAllah banyak lagi nak baiki diri.
Whatever it is, love self care come first.




Tuesday, February 2, 2021

Dua


Harini 02 / 02 / 2021.

I was born on this date 32 years ago J

 

02 / 02 / 2020

Dalam bilik rawatan.

Doktor tanya, “Puan pernah scan dah ke sebelum ni?”

“Tak, ni first time doctor”

“Ada 2 ni puan” doctor teruja.

“Dua?”

“Aah ada 2 janin, kembar ni puan”

 

 

Ya. twin pregnancy!

 

Dan Alhamdulillah selamat melahirkan kembar secara normal pada 10 Julai 2020. Skang dan nak masuk 7 bulan dah keduanya J

 

Harini, 02/02/2021 pada usia 32 tahun, saya ada 3 anak perempuan solehah. Dan dua darinya adalah kembar.

Aisyah Basyirah, Aufa Bahirah, Afwa Barirah.

My aisyaufafwa is my world.

 

Banyak yg ummi terpaksa lepaskan.

Banyak air mata yg jatuh.

Banyak yg ummi pendamkan.

 

Tapi, demi aisyaufafwa, banyak juga yang ummi gigih dan gagahkan.

 

InshaAllah kita boleh buat banyak benda bersama nanti bila aisyaufafwa dan besar. Taksabar tunggu saat-saat tu.

 

02 / 02 /1989

 

Tok Ummi lahirkan ummi di rumah dengan bidan kampung.

Susah dan hampir lemas.

Dibesarkan oleh mereka berdua dengan susah payah.

Terlalu banyak jasa dan pengorbanan mereka yang ummi takdapat balas.

Banyak sangat.

Moga Allah permudahkan segala urusan mereka dan kita semua.

Moga Allah permudahkan urusan Ummi nak balas jasa kedua datuk nenek aisyaufafwa.

 

Untuk harini, ummi dapat kirimkan kek je untuk mereka.

Takmahal tapi moga mereka suka.

 


Sunday, November 19, 2017

REVIEW GUNA BABY BALM TASNEEM NATUREL

Dalam pantang dulu pernah sekali baby saya menangis takdapat tido susah nafas. Umi saya kata hidung dia tersumbat agaknya. Umi prgi ambik kunyit hidup kt luar rumah dan sapu kt hidung baby campur dgn minyak.

Tapi habis lengan baju kuning kena kunyit.
Tak hilang. huhu
Lepas tu terfikir ada tak cara lain nk buat kalau anak tersumbat hidung lg.
Pastu teringat post K.Idah yg sllu kongsi pasal balm nya. Dulu abaikan je.. kihkih.
Tapi bila dtg risau psl anak ni, mula la baca2 cari maklumat pasal balm tu. Sebab sy jenis yg susah sgt nk beli benda2 online nih. Duk follow berdekad, duk nak tak nak tak nak sampai ke sudah. Haha.

Tapi lepas puashati cari maklumat pasal balm ni, saya cari agen dan terus order.
Tapi saya order 1 jenis je dulu. Calmtime balm. Awal Ogos dulu. Sebelum raya haji. Sebab duk risau nak bawak anak beraya. Risau meragam la kononnya.

Sebab mcm dah yakin masa tu dah terus daftar agen so dapatla harga murah sikit 

Dapat je mmg terus guna n selalu guna.
Bau best, takpanas tak berangin best la guna.
Anak pun ok. Tak meragam. Dah ngantuk sgt pun masih ok jgk. Tidakla mengamuk menangis-nangis teruk.
Anak dah masuk 6bulan. Alhamdulillah takpernah demam, tiap-tiap bulan cucuk pun ok. Minggu lepas je ada batuk dan nafas ada bunyi sikit. Sapu coughflu balm, okla. Tak melarat dan dah ok. Dulu guna minyak yuyi tapi kulit perut dia jadi mcm kering, so stop, tukar guna tummy time balm, ok. Takde dah kering. Bab kentut n mmbuang pon ok. Sleeptime balm pun guna jgk sbb dia dh bnyk benda nak buat, taknak tido nak main je. Huhu. 



Saya beli calmtime balm awal ogos dulu. Sampai skang dah msuk november pun tak habis lagi. Dah 3bulan lebih. Yg 3 jenis lg baru je start guna, so bnyk je lagi. Jimat kan.

Menarik la balm ni sy rasa. Membantu memudahkan urusan ibu dan anak. Tapi balm ni bukan ubat atau ada magic, tidakla sapu je confirm terus nampak kesan. Ianya bergantung kepada penerimaan tubuh anak tu. 100% daripada bahan semulajadi kan. Camtula.
Tapi sbagai ibubapa sekurang2nya kita ada ikhtiar.

Bukan saya je yang berpuas hati dengan balm ni.
Ramai lagi ibu-ibu yg berpuas hati.









Senang hati ibu-ibu bijak ni lepas pilih untuk guna baby balm Tasneem ni.

Berminat jugak ke?

Ayuh dapatkan!

Klik link di bawah dan boleh bertanya soalan dan seterusnya order balm best ni!


FREE GIFT! untuk baby girl

Untuk setiap pembelian balm utk baby girl anda, saya akan bagi hadiah HEADBAND secara percuma!
*sementara stok masih ada,, hihi

Oh Kejap!

Kalau rasa berminat untuk jadi agen Tasneem Naturel ni, jom join keluarga besar kami.
Alang-alang tu dapat beli dengan harga  yg murah untuk guna pada anak. ops.. hihi!


Seronok tau berada dalam keluarga agen Tasneem Naturel


  • Yuran komitmen yang rendah, hanya RM20! Lifetime! Tapi founder dah bagi amaran yuran akan meningkat ke RM 50 atau lebih bermula 1 Januari 2018. So cepat2 la daftar agen. Cepat klik link atas!
  • Keuntungan yang berbaloi-baloi sebanyak 25% - 45%. Banyak tu tau. Berbelas belas ringgit dapat utk 1 balm.
  • Support group disediakan. Whatsapp, telegram dan juga secret group facebook, Bersama founder sendiri tau. Macam-macam ilmu mereka kongsi.
  • Bisnes Tasneem Naturel juga patuh syariah. Penting utk kita mencari rezeki ni, cari rezeki yg berkat. Kalau ada niat nak meniaga main2 harga aniaya orang lain, toksah join la TN, anda akan di BANNED! Founder mementingkan kesenangan semua. Dalam TN juga takde tipu2 testimoni mahupun overclaimed. Semuanya yg memang pengguna sendiri rasa dan bagitau. 
  • Dan yg paling best dapat bantu orang lain. Bila masalah anak dpt diatasi, anak akan tenang. Bila anak tenang, mak ayah pun senang. 









Boleh singgah fb page saya untuk ketahui lebih banyak maklumat berkenaan baby balm Tasneem Naturel.
 Klik je DBEST UMMI PAGE

Friday, November 10, 2017

10 (+1) TIPS BERI MAKAN BAYI KALI PERTAMA

Saya lebih suka ikut saranan nurse dan doktor, bagi makan bila anak dah 6 bulan.

Jadi bila anak nak dekat 6 bulan ni, saya dah mula la research sikit2 pasal pemakanan bayi kali pertama ni. Tengok dalam buku rekod kesihatan, cari2 di laman sesawang juga.

Di bawah saya kongsikan tipsnya:

1) Elok mulakan dengan makanan yang rasanya ‘plain’. Saya mulakan dengan bubur nasi kosong je dulu. Sebab?
  • Ia adalah sebagai pengenalan kepada perut dan usus bayi akan makanan pejal supaya perut bayi tidak ‘terkejut’.
  • Kalau pertama kali dah bagi makanan dengan perlbagai rasa seperti rasa manis contohnya, ada kemungkinan bayi akan menolak untuk makan makanan yang rasa ‘plain’ seperti nasi. Dah payah pulak nak bagi sumber karbohidrat lain sebagai ganti nasi.
2) Semestinya dalam bentuk ‘puree’ iaitu makanan yang bertekstur halus. Terpulang nak blender atau lenyek.

3) Elakkan penggunaan bahan perisa tambahan seperti gula, garam, ajinomoto (bawah 1 tahun). Jika mahu, gunakan rasa-rasa yang pelbagai yang datang dari sumber sayur-sayuran atau ikan. Contohnya:-
a) Masin – dari ikan bilis
b) Manis & Masam – dari buah-buahan atau sayur-sayuran seperti kentang, brokoli, tomato dll

4) Sampai waktunya, boleh pelbagaikan lauk untuk makanan bayi. Sekali lagi diingatkan NO perisa tambahan!

5) Selang seli makanan ruji dengan buah-buahan. Still dalam bentuk ‘puree’. Buah-buahan membantu dalam proses perkumuhan.

6) Beri makanan dalam kuantiti sedikit tapi banyak kali. Ini kerana, saiz perut bayi yang masih kecil. Amalan kekerapan 1-2 kali sehari pada awalnya. Kemudian boleh ditingkatkan kepada 2-4 kali sehari bergantung kepada keperluan bayi.

7) Beri makan ikut ‘timing’ yang sama. Sebab? senang nak kenalpasti jika bayi lapar pada waktunya. Senang juga utk kita susun jadual harian kita kan.

8) Pastikan anak dalam keadaan selesa ketika makan. Posisi baring / duduk bersandar mana-mana yang boleh.

9) Beri makanan yang sama kepada bayi dalam masa 3-4 hari. Sebab? mudah nak kenalpasti sama ada bayi ada alahan kepada sesuatu makanan.

10) Perkara paling WAJIB & UTAMA dalam proses ini adalah SIFAT SABAR! Sebab? Memang ada bayi yang akan menolak jika diberi makan.

TIPS +1) Sediakan bantuan utk memudahkan penghadaman bayi. Saya sentiasa sapu #tummytime balm yg ada gabungan minyak pati terpilih yg akan memudahkan penghadaman dan menyelesakan perut bayi.

Oh ye, satu lagi tips!
SOLAT HAJAT dan DOA.
Saya sengaja pilih utk mula bg makan hari jumaat. Saje je nk ambik keberkatan hari jumaat. Dan malam sebelumnya solat hajat dulu mohon doa agar anak mudah menerima makanan tanpa masalah dan sentiasa suka mkanan berkhasiat dan tolak mknan tdk berkhasiat. Lps dhuha pagi jumaat pun solat hajat doa lagi sekali. Buat sama2 suami isteri. Saya pjj. Jadi whatsapp inform suami minta solat dan doakan juga.

Moga urusan kita sebagai ibubapa dipermudahkan utk bagi makan pada anak. Kita kan nak jadi the best ummi for ummah!


Sedikit info berkaitan #tummytime balm.



BALM INI MEMBANTU ANAK YG MENGALAMI 
MASALAH PERUT SEPERTI 
KEMBUNG, SEMBELIT DAN CIRIT-BIRIT

100% SEMULAJADI GABUNGAN 9 JENIS MINYAK PATI


Jika berminat boleh klik 






Thursday, August 17, 2017

After few years.......

After a few years, I think I want to write again.
Maybe not for others, just for me.

Saya habis belajar 2012. Kemudian balik Malaysia menganggur 6 bulan. Memang takde rasa nak menulis la kan dalam keserabutan itu.

Dengan izin Allah ada rezeki jadi guru ganti. 2, 3 bulan di sebuah sekolah agama swasta. Kemudian jadi guru ganti sekolah kementerian pula hingga hujung tahun. Tapi masa ni tak berhenti cari kerja dalam bidang ijazah yang dapat. Tapi entahla tak dapat, Tak ada rezeki. Dalam keadaan jobless lagi hujung tahun 2013 tu, saya mohon jadi guru di sekolah swasta bawah MUSLEH.

Januari 2014 mula bekerja di sekolah swasta MUSLEH tersebut. Saya mohon jadi guru biasa sahaja, tapi entahla ujian kategori apa yang datang, 'dipaksa' dan 'terpaksa' secara baik untuk jadi guru besar. Guru besar ok! Guru besar!.. huhu... i would say that was horror years for me. Bukannya layak pun tapi pihak pengurusan tiada pilihan lain pada masa tu, Muka ni juga yang kena.. huhu

Jadi guru besar dalam keadaan sifar pengetahuan tentang pendidikan. Tak payah cakap pasal nak tadbir sekolah la, nak ajar subjek English yang dipertanggungjawabkan pun terhegeh-hegeh. Kalau boleh guna perkataan 'gila' memang gitula rasa masa tu.

Awal-awal tahun lagi, Pengarah bahagian sekolah swasta peringkat negeri datang ke sekolah ni. Nasib baikla beliau jenis baik-baik sahaja. Haru-biru kot time tu. Tapi borak-borak biasa sahaja dengan mereka. Siap cakap lagi cikgu besar macam budak sekolah.. Hihi..

Antara pengalaman teruk adalah terpaksa tandatangan notis perletakan jawatan 24 jam kepada salah seorang guru lelaki di situ. Masa tu baru 2 bulan kot.. Saya hanya laporkan hal-hal tak best berkaitan dia kepada pihak atasan, tak sangka mereka buat keputusan macam tu. Dan saya tidak masuk dalam perbincangan mereka, Pakcik-pakcik atasan semuanya. Tapi yang kena tandatangan notis dia dan kena maki dengan dia adalah saya.. huhu

Tak lama pun, lepas 3 bulan, ada seorang ustaz lain yang datang pegang jawatan tersebut. Dan saya, kembali menjadi guru biasa. Nampak mudah je kan, tapi kat dalam macam apa je. Bayangkan kejap orang suruh kita jadi guru besar walau tahu kita dibebankan dengan tanggungjawab besar. tapi kemudian pilih orang lain pula. Macam-macam bergolak kat dalam. Ye la, memang susah pun saya jadi guru besar. Ada seorang ahli lembaga pengarah tu dia segan bila terpaksa masuk bilik guru besar untuk bercakap dengan saya, belum berkahwin kan. Dan adala hal-hal lain. Tak kisah mana pun. Tapi caranya la, perlu lebih profesional kot. Tapi antara hikmah yang saya dapat adalah bila saya dah tua, saya kena layan orang muda dengan profesional dan berhikmah.

Bulan Februari 2016 saya mendirikan rumahtangga dengan suami. Saya tak pilih dia dan dia tak pilih saya. Hihi... Tapi Allah gerakkan semua yang terlibat untuk satukan kami walau sebelumnya saya pernah cuba untuk menerima seorang akh lain yang juga sama-sama faham tarbiyah dakwah. Tapi bukan jodoh kot, adala kejadian-kejadiannya. Tapi saya jenis tak kisah sangat bab jodoh ni. Doa supaya dapat pasangan yang baik-baik je. Kalau tak jadi pun tak rasa apa-apa sangat. Februari 2015 entah mana datang mertua sekarang datang rumah dan dari situla semuanya mudah. Suami saya bukan akh yang faham tarbiyah dakwah pun. Saya terima dia seadanya sebab Allah yang hadirkan dia untuk saya. Pada saya asalkan cukup solat, tak merokok, rajin bekerja dan sikit-sikit nilai yang lain maka ok la. Saya serahkan pada Allah. Dah Allah mudahkan kami sah jadi suami isteri maka inilah jodoh saya kot.

Dan 2017 ni, Alhamdulillah kami dah ada anak! Baby girl! Dah 3 bulan dah pun :)

Jadi, dah bergelar isteri dan ummi ni, maka kecenderungan saya lebih kepada ilmu rumahtangga, ilmu keibubapaan, ilmu pendidikan awal kanak-kanak, bisnes kecil-kecilan untuk tambah pendapatan, dan tak kan pernah tinggal tarbiyah dzatiyah.

Terlalu banyak yang dilalui sebelum ini. Emosi-emosi yang naik dan turun semenjak mula bekerja, berhenti sebab nak kerja dekat dengan suami, kemudian mengandung, lalui perubahan-perubahan yang pelbagai sepanjang mengandung, dah masuk bulan ke 9, dah sarat tu, suami pulak pindah kerja tempat lain, tinggal sorang, berhenti lagi sekali, balik ke rumah mak ayah untuk bersalin dan berpantang, kemudian pengalaman bersalin yang penuh drama, daripada bukaan dah penuh untuk bersalin normal, doktor buat keputusan untuk bedah sebab baby berak dalam perut tapi tak sempat sampai dalam dewan bedah, dekat koridor tu jugak, nurse yang baik-baik tolong untuk bersalin normal, diorang tengok boleh, diorang tolak masuk labour room plak. Kat situ plak dapat amaran dari doktor jika tak dapat bersalin dalam setengah jam, dia nak vakum la plak. But Alhamdulillah, my baby girl is so brave and I get the strength to push her out. The strength is from her strength. Sebab ingat lagi cakap kat dalam hati masa last push yang menyebabkan baby keluar, 'baby, tolong ummi baby'. But yes of course, everything is do able with HIS help. Saya bersyukur untuk segala susunan yang Dia atur dan untuk segala sakit, sedih, luka, kecewa ini saya boleh jadi hamba yang lebih baik.

Dan Alhamdulillah juga walau tak seaktif di luar negara dulu, saya masih dapat ikut usrah, cuma sejak cuti bersalin berpantang tak start lagi. InshaAllah moga diri terus mampu untuk kekal walau dah bertambah komitmen anak sekarang.


My little princess.. My strength