Pages

Showing posts with label Diari. Show all posts
Showing posts with label Diari. Show all posts

Tuesday, November 1, 2011

Hebatnya mu dik!

Sambil-sambil study, tetiba teringat kisah benar cik adik Hebat ni. Kagum.

Pada suatu petang cik adik Hebat ni yang mempunyai masalah kewangan entah bagaimana (ada la sebabnya kot) telah berada di City (Brisbane). Berada keseorangan di City dengan wang $5. Wang dalam bank $0 (sebab JPA tak masukkan duit lagi). Credit dalam GoCard* jugak $0. Dan $5 itu bakal diguna untuk topup GoCard nya untuk naik train balik ke rumahnya. Tapi entah macam mana, datang seorang pakcik OZ ni, mintak $1. Mulanya dia cuba cari $1 dalam beg, tapi tak jumpa. Dengan hati yang hebat dan kental itu, cik adik ni bagi $5 nya pada pakcik tersebut. Dan dia berjalan kaki balik ke rumahnya, selama 1 jam!!! Whoaa! Betapa bersihnya hatimu dik. Kagum. Dalam ramai-ramai orang kat City tu, pakcik tu datang mintak duit dengan dia. Dengan hanya $5 terakhir dalam hidupnya saat tu, Allah masih pilih dia untuk diuji dengan hartanya. Ya Allah, hanya yang hebat sahaja mampu melepasi tapisan Allah. 


Saturday, October 1, 2011

Islam bukan hobi ya kawan-kawan!

Islam bukan seseronok mengatakan saya sayang islam,
Bukan juga seronok-seronok minat nasyid dan artisnya,
Seronok-seronok menggayakan busana muslimah,
Seronok-seronok ukhwah muslimin muslimat,
Seronok-seronok dakwah ala kadar,

Kalau mahu seronok sahaja, pasti liat berkorban,
Pasti suka dimanjakan dan suka tidur banyak,
Islamnya diamalkan begini,
"Senang, aku buat"
"Susah, jangan harap aku nak buat"
Bahkan orang begini tidak mahu berusaha sehingga senang membuat.

MENYEMBAH ALLAH JANGANLAH HANYA DI TEPI

“Dan di antara manusia ada yang menyembah Allah hanya di tepi, maka jika dia memperoleh kebaikan (kesenangan dunia) dia merasa puas, dan jika dia ditimpa suatu cobaan (musibah) dia berbalik ke belakang (murtad). Dia rugi di dunia dan di akherat. Itulah kerugian yang nyata.” [QS. al-Hajj: 11]


kopi pes dari sini

*****************************************************************************************

Seminggu telah berlalu... Dalam erti kata lain, seminggu  cuti spring saya sudah berlalu... Berlalu dengan bermukhayyam (dalam bahasa commonnya: camping). Tidur bertilamkan bumiNya dan beratapkan langitNya. 


Thursday, June 23, 2011

Kisah Ikhtilat



Tengok video ni teringat zaman muda-muda dulu. Masa itu, nasyid-nasyid macam ini la yang selalu dengar. Maklumla nasyid yang berunsur 'cinta baik' ini, ramailah yang suka. Dulu saya pun termasuk dalam kategori yang melayan nasyid-nasyid macam ni la jugak. Lepas tu, sampai satu tahap dah bosan dan mula la terfikir kenapa la nasyid banyak berunsur macam tu je? Mula bosan dan tinggal. Dan kenangan menerjah kembali dalam satu program awal tahun 2010 di Adelaide, Australia. Dalam satu slot bertajuk 'Jaga Ikhtilat'. Ustaz tu pasang video ni. Ada yang tersenyum simpul, ada juga yang tergelak. Bila dah besar-besar ni kelakar la jugak tengok story dalam video tu. Part tak menahan part watak lelaki duduk atas pohon kelapa.. :D

Hanya ingin berkongsi kisah mengenai ikhtilat

Iktilat maksudnya PERGAULAN atau PERCAMPURAN. Dan pergaulan yang dibincangkan adalah pergaulan antara lelaki dan perempuan. Tahu tak sahabat, saya yang berasal dari sebuah negara Islam, iaitu Malaysia ini belajar tentang apa itu ikhtilat dan melihat sendiri bagaimana ikhtilat itu dijaga adalah apabila saya berada di sebuah negara BUKAN ISLAM ini, iaitu Australia. Benar, saya tak tipu. Saya melihat dan mengagumi ajaran Islam yang satu ini di sini. Di sini, di sebuah negara yang saya dan muslim yang lain dikelilingi oleh mereka-mereka yang merupakan musuh agama kita. Bukanlah maksud saya mereka-mereka yang bukan Islam itu yang menjaga ikhtilat, oh tidak! Tersangatlah tak. Yang saya maksudkan adalah di sini saya temui saudara semuslim yang menjaga ikhtilat.


Pengalaman pertama saya melihat pelaksanaan jaga ikhtilat ini adalah dari program-program yang saya sertai. Adanya penghadang antara peserta lelaki dan perempuan untuk slot-slot ceramah. Untuk aktiviti yang boleh diasingkan, sememangnya akan diasingkan. Tak usah kata nak tengok pihak satu lagi, bilangan mereka pun kitaorang tak boleh nak agak. Tapi tak kisah pun. Bukannya berminat nak ambil tahu pun. Hanya rasa 'selamat' dengan pelaksanaan ajaran Islam ini. Teringat dengan isi penyampaian seorang bekas penyanyi rap yang famous bersama Usher, iaitu Loon yang telah pun memeluk Islam yang datang ke uni saya tempoh hari. Nama Islamnya Amir Junaid Muhadith. Antara isinya yang terkesan pada saya, katanya, Islam is a protective. Ya, apa yang Islam ajarkan itu adalah berbentuk protective. (kalau berminat untuk dengar talk beliau boleh ke tiubawak di sini ).

Dan yang paling saya terasa pelaksanaan penjagaan ikhtilat ini adalah ketika mengikuti program di AMYN Centre. Sebuah centre untuk Muslim di Brisbane ini. Syeikh Aslam adalah syeikh yang selalu memberi talk di sini dan pada hari jumaat malam di UQ, uni saya. Setahun ini, hanya kelas fiqh hari jumaat itu je yang saya join. Tapi Allah bagi rezeki dan peluang, cuti summer kali ini, saya berpeluang untuk ke AMYN centre dan join dua program yang dikendalikan Syeikh Aslam, iaitu Reading Riyadus-Saliheen dan Arabic Class. Di centre ini, sisters akan berada di tingkat atas dan brothers akan berada di tingkat bawah. Kami hanya mengikuti program melalui sebuah tv besar dan speaker di tingkat atas. Dan untuk on TV dan mendapatkan signal, senang cerita, technical problem perlu diselesaikan sebelum program bermula. Dan selalunya seorang brother iaitu, adik ipar Syeikh Haslam ini yang selalu menyelesaikannya. Tapi beliau merupakan seseorang yang sangat menjaga ikhtilat. Beliau langsung tak akan pandang sisters yang lain. Pernah satu masa tu, saya teman seorang sister turun ke bawah untuk beritahu bahawa TV tu tak berjaya on. Dan kebetulan brother tersebut juga sedang nak naik ke atas untuk betulkan TV tersebut. Pendek cerita, mereka seakan bertembung. Tapi brother tu seakan larikan diri sedikit dan tundukkan pandangan dan pandang ke tempat lain. MasyaAllah, saya terpegun di sebalik pintu.

Dan selalunya brother tersebut akan naik ke atas untuk betulkan TV bila Sister Hasleena, kakaknya yang juga merupakan zaujah Syeikh Aslam tiada atau belum sampai. Jika Sister Hasleena ada, Syeikh Aslam akan menghubungi dan bertanya zaujahnya samada technical problem tersebut sudah selesai atau belum. Tidak perlu kami yang sisters lain ini bercakap dengan brothers. Di situ saya juga belajar pentingnya suami dan isteri yang bersama-sama dalam urusan dakwah. Mereka akan menjadi penghubung komunikasi dan seterusnya menjaga ikhtilat antara sisters dan brothers yang bukan muhrim ini.

Bukanlah saya ingin mengatakan di Malaysia tiada semua ini. Ada. Malah dari kecil lagi kita diajar sebenarnya. Contoh paling senang, pembahagian tempat duduk antara pelajar lelaki dan perempuan dalam dewan perhimpunan di sekolah. Pelajar lelaki di sebelah kanan, pelajar perempuan di sebelah kiri atau sebaliknya. Tapi ianya seakan menjadi 'adat' semata sampaikan kami merasa janggal untuk melanggar 'adat' itu ketika awal-awal berada di Taylors College dulu, ketika saya mengikuti program persediaan. Dalam satu majlis perjumpaan pelajar-pelajar tajaan (kebanyakannya melayu-Islam), kami dengan sendiri akan mewujudkan dua bahagian, iaitu bahagian lelaki dan perempuan. Sebab itu kan kebiasaan kita? Tapi kemudiannya kami ditegur oleh lecturer Cina dan menyuruh kami campur. Nak tak nak kami ikut. Agak janggal hingga ke hari akhir di Taylors juga saya janggal. Tapi hanya itukah erti jaga ikhtilat? Hanya pembahagian tempat duduk dalam majlis sahaja kah? Bagaimana dengan hubungan dan pergaulan seharian? Lepas je keluar dari dewan majlis boleh bertepuk tampar dengan berlainan jantina kah? Tidak! Boleh bermain mata kah? Tidak! Ada batasnya dan kena jaga ikhtilat. Alang-alang berkisah tentang ikhtilat, saya sertakan sedikit panduan interaksi antara lelaki dan perempuan:


1) Niat

Mestilah diniatkan kerana Allah.


2) Matlamat

Melibatkan perkara yang perlu dan diharuskan di dalam Islam, contohnya perubatan, pembelajaran serta pengurusan yang bertepatan dengan syara'.


3) Cara / Method

Suara dan gerak geri mempunyai peranan utama di dalam interaksi, samada secara fizikal atau melalui alat-alat komunikasi. Matlamat tidak mengharuskan cara. Garis panduan asas mesti sentiasa diikuti, antaranya termasuklah:

i) menjaga pandangan
ii) memelihara aurat
iii) bersuara dengan intonasi yang formal atau yang sepatutnya
iv) mengawal gerak geri agar berpadanan dengan tujuan
v) bertutur dengan perkara yang perlu sahaja


Pendapat peribadi, sebenarnya kita akan berasa SELAMAT bila berada dalam biaah/suasana
soleh solehah yang menjaga ikhtilat ini. Dan boleh juga memperkuatkan sikap malu dengan perkara haram dalam diri. Mungkin ada antara sahabat perempuan merasakan 'tak bestnya, tak dapat borak-borak dan hang out dengan lelaki'. Mungkin ada juga yang lelaki mengatakan 'bosannya tak dapat lepak dengan perempuan'. Tapi perlu ke semua itu? Sebenarnya, pendapat peribadi saya, berpada-padalah dalam ikhtilat itu. Tengok kepada keperluannya macam mana. Jangan terlampau rigid dan jangan terlalu memudah-mudahkan ajaran Islam yang mudah ini. Kalau terlebih-lebih sangat dalam urusan percampuran dan pergaulan itu, kurang-kurangkanlah. Dan Islam menyuruh kita menjaga ikhtilat ini bukannya apa. Untuk kebaikan kita juga. Supaya diri lebih mahal. Saya suka analogi jam tangan ini.

Di sebuah kedai jam tangan ada dua bentuk jam tangan yang sama jenis dan sama cantik dan mempunyai harga yang sama. Mengikut citarasa kita yang memang tengah mencari jam tangan seperti itu. Tapi satunya diletak di luar untuk pameran dan sesiapa sahaja boleh pegang, boleh sentuh. Dan sememangnya dah ramai yang sentuh dan cuba pakai. Kalau buat DNA fingerprint, memang akan banyak jenis DNA cap jari manusia di jam tangan tersebut (selingan). Tapi ada satu lagi jam tangan tu, jenis yang sama tapi berlainan bentuk sikit je. Sekali tengok tak jauh beza pun. Tapi yang membezakannya adalah kerana yang kedua ini diletakkan dalam satu kotak yang cantik. Dan hanya yang bersetuju membelinya sahaja boleh pegang dan sentuh. Agak-agaknya, bila kita dah berpuas hati cuba pakai jam yang pertama tu, kita akan ambik yang itu ke? Atau yang kedua dalam kotak cantik tu? Kedua-duanya jenis yang sama. Harga pun sama. Tapi satu dalam kotak cantik, satu lagi dah semua orang cuba pakai (yang mana berminat la try pakai).


Kalau saya, saya pilih yang dalam kotak cantik. Sahabat bagaimana? Yang dalam kotak cantik tu 'saham' lagi tinggi kan? Betul tak?

Samalah juga dengan diri kita. Jadikan diri kita 'mahal' seperti jam tangan yang dalam kotak cantik itu. Dan 'mahal' kita itu tak semestinya pada harga, tapi pada nilai-nilai yang ada pada kita. Applicable untuk sahabat lelaki dan perempuan. Kan kita semua tahu ayat ni (Surah An-Nur: 26) :



Maksudnya: Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga).


Jika ingin penerangan yang lebih lanjut tentang persoalan ikhtilat ini, boleh baca artikal Akhi Hilal Asyraf, di Langit Ilahi bertajuk Bila Kami Bising Fasal Ikhtilat. Beliau menerangkan isu ini berserta ayat Al-Quran dan penerangannya jelas. Saya sangat cetek ilmu tentang bahasa Arab dan kecantikan susunan ayat-ayat Al-Quran yang menerangkan isu mendekati zina. Boleh baca di situ untuk mengetahui dengan terperinci.

Dan sekadar selingan, bahagia juga kadang-kadang berada di luar negara ini. Tiada mata-mata lelaki yang akan memandang. ngeh2.. :D. Sebab mana la Australian men ni berminat nak tengok kita yang berpakaian menutup aurat. Selamat la dari pandangan mata. Tapi tak adalah selamat sepenuhnya pun. Kalau malam-malam weekend tu, kadang-kadang terpaksa keluar rumah untuk program tertentu, ada je yang akan menjerit tak tentu pasal kat kita yang bertudung ni. Normal dan kena pandai-pandai bawa diri.