Pages

Showing posts with label Ilmiah. Show all posts
Showing posts with label Ilmiah. Show all posts

Thursday, September 8, 2011

Infection

*ada setengah jam untuk menaip dan berkongsi ilmu. so, sila menulis dengan cepat!*

Cryptococcus neoformans
 Saya baru selesai discussion session minggu ini untuk topic Fungal Infection dan case study yang dipilih oleh lecturer terbabit adalah tentang fungi yang bernama Cryptococcus neoformans. Agak menarik sebab fungi ni akan menyerang dengan merbahanya kepada pesakit AIDS. Dan kebanyakan kes berlaku di Africa. Kenapa pesakit AIDS? Kenapa Africa? Apa yang pesakit tu alami? Apa treatment yang ada?

Tunggu dulu. Nanti saya kongsikan. Sebab baru dapat topik tadi, so kami ada masa seminggu untuk prepare presentation dan 2 minggu kemudian kena hantar essay. Nanti saya kongsikan bilamasa saya dah start berurusan dengan assignment ni. Agak suka, sebab melibatkan AIDS. Saya agak suka topik AIDS ni.. :D

Sebelum sesi discussion topik C.neoformans ni tadi, saya dah submit essay untuk topik sebelum ini, iaitu pasal  outbreak of E.coli infection  in Germany awal tahun ini, 2011. Topik ini pun menarik jugak sebab outbreak tersebut tersangat baru. And I think the outbreak is still  going on at the Europe countries. Opps.. lupa nak bagitahu. E.coli adalah bacteria dan C.neoformans kat atas adalah fungal.  Mereka berbeza species. Ini sangat penting untuk researchers.

Friday, August 5, 2011

Hendra Virus (vs) 'J Virus'

Hendra Virus

- Hendra Virus -
Assignment 'pembuka majlis' saya untuk semester ini adalah presentation and essay about Hendra Virus. Hendra virus adalah isu hangat di Brisbane khususnya, dan Australia amnya. Tak hairan kalau sahabat di Malaysia dan negara-negara lain tidak mengetahui isu ini. Tapi bagi sahabat di Australia yang mengikuti berita di media Australia akan mengetahui isu ini.

Apa masalahnya?

Hendra virus tetiba menyerang kuda-kuda Australia dengan seriusnya. Hal ini menyebabkan researchers kepeningan. There is no vaccine for this virus! In other words, there is no cure for this virus! Yang menakutkan adalah virus ini boleh merebak dari kuda kepada manusia. Dan boleh menyebabkan kematian. Tapi buat masa ini, tiada lagi kes jangkitan antara manusia dan manusia. Antara yang menjadi masalah berkaitan virus ini adalah ianya virus level PC4 lab. PC4 lab hanya ada dua sahaja di Australia (Malaysia cam tak ada.. =_=). Ini menyukarkan lagi research berkaitan virus ini. Dan sebenarnya virus ini berasal dari kelawar ataupun nama omputihnya adalah flying fox. Tapi yang menariknya, kelawar yang ada virus ni relax and cool je (maksudnya tak ada clinical effect), tapi bila virus tersebut menjangkiti kuda dan dari kuda boleh menjangkiti manusia, horses and human will be affected and develop many symptoms and most probably might lead to death.  The simple way to explain the virus transmission is : bats --> horses --> human. Till now, there is no evidence yet about human to human transmission.

Macam mana boleh berjangkit?

Virus ini bergerak dalam kenderaan jenis 'saliva' and 'urine' (in general). Example scenario is like this. The bats might urinated at their favourite trees (yes! they do have their favourite trees). Then, horses might come to that tree area and play or do whatever they want to do, and let say they have wounds, so the viruses from the bats urine might happily go into the new house (read: host). They will enjoy their life in the new house and developing and move around via blood stream. Suddenly, the lovely trainer of the horse who love to do this weird thing, put his hand into the horse throat. And of course, his hand might have a bit scratches for doing so. And thats it! The hendra virus who found new nice and lovely house will choose to migrate to the trainer's bloodstream. Yeehaaa! They said.  Then, both horse and its lovely trainer will get sick.

Apa yang 'menarik'?

Sunday, June 12, 2011

'Critical Period' untuk bercakap!

Mission: Menyiapkan post ini dalam masa 1 jam!
Begin: 1.20pm


Warning! Post Ilmiah - Psychology... kalau tak berminat, jangan sambung baca! :D

Baru sahaja selesai menghabiskan satu lecture psychology.. Topik Language Development (Developmental Psychology). Macam mana baby yang comel tu start belajar bahasa dan membuat struktur ayat yang sempurna dan kemudiannya bercakap dengan lancar. Tapi saya berminat dengan part terakhir lecture tersebut. Berkenaan 'critical period' for language development.

Its quite hard to explain what is critical period.

Tapi macam ni la. Kalau kita tak belajar bercakap sebelum umur 7 tahun, kemungkinan besar kita dah tak pandai bercakap dengan lancar dah. Same goes to deaf children of non-signing parents. Mereka perlu belajar menggunakan bahasa isyarat sebelum usia 7 tahun supaya mereka lancar untuk menggunakannya. Sama juga dengan accent ataupun dialek. Sebelum mencapai usia 7 tahun kanak-kanak mudah untuk mengikut sesuatu accent tapi kalau dah lepas usia 7 tahun agak susah untuk mereka bercakap mengikut accent yang baru. Hah! Sebab itu la, anak-anak postgraduate kat sini yang belajar di sekolah Aussie ni, accent diorang, fuhh! memang aussie la. Kalau berjumpa ramai-ramai orang Malaysia di sini, boleh dengar anak-anak itu bercakap sesama mereka dengan accent aussie. Speaking tuu! Walaupun berborak sesama kawan-kawan Melayu. Kitaorang yang tercabar.. huhu... Dah tua-tua, dah tak berapa muda ni memang susah sikit la nak speaking dengan accent aussie. =_=

~Genie~
Tapi ada satu kisah benar yang menarik nak berkongsi dengan yang sudi. Kisah tentang seorang kanak-kanak perempuan bernama Genie yang berasal dari California. Sedih sangat kisah dia. Genie tidak pernah bercakap selama 13 tahun! Dan dikurung dalam bilik selama tempoh itu oleh ayahnya yang merupakan pesakit mental! Ibunya pula buta dan tidak dibenarkan bercakap dengan anak perempuannya. Setiap kali Genie mengeluarkan suara, ayahnya akan memukulnya dan 'menyalak' untuk menghalangnya dari terus bercakap. Tapi pada usia 13 tahun, ketika bapanya tiada di rumah, ibunya berjaya membawa dia keluar rumah tersebut. Mereka diselamatkan. Apabila psychologist mengetahui kisahnya, Genie dipilih untuk dikaji tentang language development. Researchers cuba mengajar bahasa padanya. Namun, Genie memang tak boleh bercakap langsung dan tidak boleh diajar lagi. Kecuali beberapa perkataan. Kisah Genie yang seterusnya juga tidak begitu menggembirakan. Boleh tanya pakcik google untuk kisah seterusnya. Tapi saya nak kita fikir ni je,

BERSYUKURLAH ! Ibu dan bapa kita telah menjaga kita dengan sangat baik. Dan siapa yang mengizinkan itu berlaku? ALLAH SWT kan? DIA sayang sangat kat kita. Sebab itu DIA bagi kita lahir dan dibesarkan oleh ibu dan bapa yang baik dan menjaga kita dengan sebaik mungkin.

Imbas balik zaman kecik-kecik dulu. Entah berapa kali kita ulang tanya soalan yang sama pada ibu dan ayah. Mereka jawab dengan penuh kasih sayang. In fact, perkataan pertama yang keluar dari mulut kita itulah perkataan keramat buat mereka. Dan mereka akan cemas, terutamanya ibu, andai kata kalau dah berusia 2 tahun tapi masih tak dapat bercakap. Tak percaya, cuba tanya mak sahabat kisah-kisah sahabat mula-mula bercakap dulu. mesti comel kan awak time tu? :D

Ingat tak video ini?


Tetiba video iklan raya time-time exam nih? huhu... Tapi mesej video tersebut bukan sahaja untuk musim raya kan? Untuk sepanjang masa dan ketika!


TAPI!

Allah bagi kita peluang untuk bercakap dan berceloteh panjang lebar setiap hari ni tak ada sebab ke?

Mestila ada!

2 tujuan hidup.

1) Khalifah

Maksudnya: Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi......... (2:30)

2) Beribadah -Hamba

Maksudnya: Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku. (51:56)

Itulah gunanya suara dan kebolehan bercakap yang Allah kurniakan kepada kita. Bukankah Allah dan permudahkan sikit tugas menjadi khalifah iaitu menyampaikan walau sepotong ayat itu, dengan mengizinkan kita kebolehan bercakap? Dan teror menyusun ayat-ayat dengan sempurna dan boleh difahami oleh insan sekeliling. Dan gunakanlah juga suara dan nikmat bercakap itu untuk beribadah padanya. Berusahalah untuk membanyakkan membaca Al-Quran dan perbetulkan bacaan mengikut hukum tajwid yang betul. Dan pelbagai lagi amalan yang kita boleh lakukan dengan mudah dengan adanya kebolehan bercakap dengan lancar yang Allah kurniakan ini.


Jom! Belajar dari apa yang kita belajar!

dan

Bersyukur dengan kebolehan berkata-kata dengan sempurna ini. Tunjukkan rasa syukur itu dengan menyampaikan ilmu-ilmu bermanfaat pada insan-insan di sekeliling.



Alhamdulillah!

Mission accomplished at 2:11 pm!
~time to contine study~
~terima kasih sudi membaca bebelan saya~
BF, Brissy, 17 degree


Monday, March 7, 2011

Mempengaruhi dan Dipengaruhi


Ingin rasanya berkongsi dengan sahabat di TZ tentang ilmu psikologi yang merupakan topik pertama saya untuk subjek psikologi semester ini. Term yang akan saya gunakan merupakan term dalam bahasa inggeris tapi huraian InshaAllah dalam bahasa Melayu. Will see how it goes… (=

Apa yang saya bakal kongsikan adalah mengenai Pengaruh Sosial (Social Influence) yang merujuk kepada kesan faktor-faktor tertentu kepada cara manusia berfikir, rasa dan bertindak balas.

Compliance


Yang membawa maksud kita memberi persetujuan terhadap permintaan seseorang yang pada mulanya tidak mendapat persetujuan itu. Dengan erti kata lain, kita bersetuju untuk mengatakan ‘Ya’ walaupun sebenarnya kita tak nak kata ‘Ya’. Agak-agaknya macam mana nak buat seseorang itu mengatakan ‘Ya’ pada kita padahal mereka tidak ingin mengatakan ‘Ya’?

Secret 1: Foot-in-the-door technique

Dalam teknik ini, mula-mula kita buat permintaan kecil, kemudian buat permintaan besar dan permintaan itu hendaklah permintaan yang berkaitan.

Sebagai contoh, ada satu kajian yang telah dilakukan oleh Freedman dan Fraser (1966). Mereka bertanya 36 orang samada mereka akan ingin atau tidak untuk menyertai satu survey tentang penggunaan produk dalam rumah. Kemudian, mereka panggil orang yang sama dan menanyakan samada mereka akan membenarkan beberapa orang lelaki daripada projek tersebut untuk memasuki rumah mereka selama 2 jam dan memeriksa produk dalam rumah mereka. Dan 53% peserta bersetuju untuk membenarkannya. Tetapi pada masa yang sama, pihak projek juga menghubungi 36 orang berlainan dan bertanya samada mereka akan membenarkan beberapa lelaki memasuki mereka dan memeriksa produk dalam rumah (mereka ini tidak perlu menjawab survey dulu). Dan hanya 22% sahaja yang bersetuju.

Nampak bukan perbezaan jika menggunakan Foot-in-the-door technique. Lebih tinggi peratus mereka yang bersetuju padahal agak tak logik juga la untuk membenarkan mereka yang tidak dikenali masuk rumah.

Kenapa agaknya mereka yang 53% itu bersetuju?



Secret 2: The Power of Commitment

Ini kerana apabila sesuatu keputusan telah dilakukan (setuju untuk menjawab survey), mereka merasakan ‘pressure’ untuk memberi respon yang konsisten dengan komitmen yang awal-awal tadi walaupun sebenarnya mereka perlu memberi komitmen/kerjasama yang lebih tinggi (membenarkan beberapa lelaki memasuki rumah).

Secret 3: Low-balling

Maksudnya, seseorang itu membuat satu permintaan/tawaran yang nampak macam bagus, tapi kemudiannya akan dedahkan ‘hiddden cost’ yang sebenar.

Contoh kajian yang dijalankan Cialdini et al. (1978), mereka bertanya kepada peserta samada mereka ingin mengikuti satu eksperiman. Kemudian, barulah mereka bagitahu kepada peserta yang berminat itu bahawa jadual untuk eksperimen itu bermula pada jam 7 pagi. Dan 56% antara mereka tetap juga bersetuju. Tapi sebaliknya hanya 31% bersetuju apabila mereka disoal samada berminat untuk menyertai eksperiman yang bermula jam 7 pagi.

Jadi, berhati-hati dengan istilah ‘hadiah percuma’ aka ‘free gifts’. ;p

Secret 4: The Power of Reciprocation

Salah satu perkara normal yang berpengaruh dalam social adalah apabila seseorang buat baik dengan kita, kita akan membalas dengan hal-hal yang baik juga.

Bukanlah bermakna kita tidak boleh membalas kebaikan dengan kebaikan. Salah tu. Tapi cuma ingin bagitau bahawa itu adalah salah satu cara kita boleh dieksploitasikan oleh pihak-pihak tertentu. Terutamanya pihak-pihak yang membawa ke arah negatif. Perlu berhati-hati.

Secret 5: Door-in-the-face technique

Maksudnya seseorang itu membuat satu permintaan yang besar yang orang lain tak berminat untuk buat, kemudian diikuti dengan permintaan yang lebih kecil dan mampu dipenuhi.

Sebagai contoh, situasi dalam rumah pelajar perempuan yang salah satu lampu mereka rosak terbakar dan tidak lagi menyala. Si A tahu Si B tidak berapa berminat untuk panjat tangga dan tukar lampu tersebut, tapi permintaan itu tetap juga diajukan kepada Si B dan seperti yang dijangka Si B menolak permintaan untuk panjat tangga dan tukar lampu tersebut. Tapi bila diminta untuk keluar dan membeli lampu tersebut, kemungkinan besar Si B akan bersetuju.

Mungkin situasi ini tidak signifikan di rumah pelajar lelaki, tetapi di rumah pelajar perempuan, Ya. Maklum la kitaorang memang tak reti hal-hal macam tu.

Secret 6: Obedience

Sesuatu yang mengarahkan kita untuk berubah, dan kita ikut.

Satu kajian yang sangat popular untuk menerangkan konsep obedience ini adalah kajian Milgram (1963).

Mereka mengarahkan peserta untuk memberi kejutan elektrik kepada peserta lain yang berlagak sebagai pelajar dan mereka sebagai guru dan mereka diberitahu bahawa itu adalah learning eksperiment. Setiap kali ‘pelajar’ memberi jawapan yang salah, ‘guru’ tersebut perlu memberi kejutan elektrik yang bermula dari voltan yang rendah hingga voltan yang tinggi (450V) yang boleh menyebabkan kecederaan yang teruk. Yang mengejutkan lebih 2/3 daripada guru’ tersebut meneruskan proses tersebut sehingga 450V walaupun pada ketika itu mereka tidak lagi mendengar apa-apa suara dari ‘pelajar’ mereka (yang merujuk kepada mereka mungkin sudah tidak sedarkan diri mahupun telah meninggal). Tetapi kerana obedience kepada arahan dan procedur eksperimen, ‘guru’ tertentu meneruskan. Tapi yang sebenarnya, tiada ‘pelajar’ yang terkorban pun. ‘Guru’ tersebut sebenarnya seakan-akan ‘ditipu’. Jeritan sakit daripada pelajar adalah suara yang direkod dan jawapan yang salah juga disengajakan. Memang ada ethical issue di sini, namun result eksperimen yang sebenar itu yang perlu diberi perhatian.

Result eksperimen Milgram ini menunjukkan bahawa kebanyakan antara kita akan setuju dan patuh (obey), tanpa sebarang pengecualian, apabila meyakini bahawa arahan tersebut datang daripada sumber yang sah dan berpengaruh.

Video eksperimen Milgram itu boleh didapati di sini. Boleh tengok macam mana eksperiman itu dijalankan.

Eksperimen yang agak kelakar pada mulanya, tapi tidak setelah memikirkan soal ethical issue dan juga bila mengetahui tentang result eksperimen itu.

Akhir kata

Sekadar perkongsian ilmu psikologi. Mungkin setelah membaca ini, sahabat akan mengatakan, “La, tu je ke nak cerita, dah tahu. Dah biasa’. Memang hal-hal biasa pun, tapi research mereka membuktikan kebetulan teori-teori berkaitan.

Bukanlah 100% betul pun. Dalam ilmu sains, sesuatu fakta itu diterima betul bila ada research yang membuktikan kebetulan itu dan tidak akan ditolak selagi tiada kajian lain yang membuktikan ketidakbetulan fakta tadi.

Hanya sekadar perkongsian. Mana tahu boleh jadi peringatan agar tidak menjadi mangsa kepada teknik-teknik di atas yang mungkin merugikan kita dan membawa kita kepada anasir tidak baik dalam kehidupan seharian.

Tapi pada masa yang sama, kita boleh aplikasikan teknik-teknik tersebut dalam kehidupan seharian. Bukan untuk kerja-kerja tidak baik. Jaga-jaga, setiap amalan bermula dan ditentukan oleh niat. Tapi gunakanlah untuk urusan yang baik dalam mengajak orang ke arah kebaikan yang diredhaiNya, InshaAllah. Moga dipermudahkan. InshaAllah… ^____^

“Selamat Mempengaruhi Kebaikan dan Elakkan daripada Dipengaruhi Keburukan”

Sunday, August 15, 2010

Kejadian Manusia.. Tulang atau daging dulu?


Ada satu video di youtube yang bertajuk Scientific Error in Quran - First the Bones, then CLOTHE WITH Flesh???. Tajuknya saje sudah meragukan bukan? Video selama 10.02 minit boleh membuatkan diri pening seketika. Apa yang cuba disampaikan sebenarnya? Apabila baca description, Conclusion: There is no stage where all bones are formed and then clothe with Flesh. Quran is in serious error!!!. Ok, something wrong somewhere. Dua kali ulang cuba nak faham apakah isu yang dipertikaikan sangat tu. Sebenarnya (pendapat peribadi dari yang saya faham), mereka pertikaikan ayat-ayat Al-Quran yang mengatakan bahawa terjadinya daging dahulu sebelum tulang. Betulkah? Sedangkan sepatutnya tulang dahulu la kan barulah diselaputi daging?

Sebelum faham 'daging dulu sebelum tulang' atau 'tulang dulu sebelum daging', lebih baik sebenarnya faham tentang kejadian manusia berdasarkan ayat-ayat Allah.

Allah menciptakan manusia daripada satu tahap ke tahap yang lain.
Nuh (71) : 14 >> " Padahal Dia menciptakan kamu dalam beberapa tingkat kejadian."

Kejadian manusia bermula dari persenyawaan (fertilisation) iaitu percantuman antara benih lelaki iaitu sperma dan benih perempua
n iaitu ovum membentuk embrio. Proses persenyawaan ini disebut dalam Al-Quran sebagai nuthfah amsyaaj.
Al-Insan (76) : 2 >> " Sungguh, kami telah menciptakan manusia dari setitis air mani yang bercampur..... "

Kemudian, dari nuthfah embrio berubah menjadi alaqah.

Al-Mukminun (23) : 14 >> "Kemudian dari nuthfah jadikannya alaqah. "
Alaqah dalam bahasa Arab mempunyai tiga
maksud iaitu segumpal darah, suatu yang melekat dan juga lintah. Pentafsiran ini selari dengan penemuan semasa kerana selepas berlaku percantuman benih atau nuthfah, semasa embrio berumur lebih kurang dua minggu, ia menyerupai seekor lintah. Tafsiran darah beku juga ada logiknya kerana pada masa itu sistem darah sudah memenuhi embrio (walaupun darahnya belum mengalir) sehingga menjadikannya seperti seketul darah beku.

Selepas embrio menjadi alaqah, ia bertukar menjadi mudghah berdasarkan ayat 14 dari surah al-Mukminun juga, " Kemudian daripada alaqah Kami jadikan mudghah
Mudghah ini ditafsirkan sebagai 'daging yang dikunyah'. Begitu lah sebenarnya rupa embrio semasa ia berumur lebih kurang empat minggu. Keadaan ini berpunca daripada sel-sel yang dikenali sebagai somites yang menyerupai tanda-tanda gigitan persis 'daging yang dikunyah' yang terdapat di atas embrio. Somites ini akhirnya bertukar menjadi tulang belakang atau vertebrae.

Setelah itu, embrio ditutupi tulang dan daging, berpandukan penjelasan Allah dala
m ayat 14, surah al-Mukminun jugak, " Kemudian daripada mudghah kami jadikan tulang dan kami tutup tulang itu dengan daging".

Ilmu embriologi mengesahkan kejadian tulang atau cartilage bermula terlebih dahulu sebelum kejadian daging atau muscles atau flesh. Ia terjadi daripada sel-sel awal yang dikenali sebagai somatic mesoderm.

Kemudian, berlakulah perubahan ke atas embrio sehingga ia berubah kepada bentuk yang lain berdasarkan kenyataan Allah dalam ayat 14, surah al-Mukminun juga, "Kem
udian Kami jadikannya makhluk berbentuk lain. Maha suci Allah, pencipta yang paling baik."

Maksudnya, selepas tulang diselaputi daging, embrio berubah kepada rupa bentuk manusia, berbeza daripada rupa bentuk sebelumnya yang menyerupai lintah dan daging yang
dimamah. Perubahan ini berlaku semasa embrio memasuki tahap umur 6 minggu dan pada masa itu embrio mempunyai sel-sel asas bagi pembentukan organ-organ. Pada peringkat ini, embrio telah berubah menjadi janin atau human foetus.

Selepas itu, roh ditiupkan dan pancaindera dikurniakan berdasarkan kata-kata Allah dalam surah as-Sajdah ayat 9 yang bermaksud,
"Kemudian Dia menyempurnakan kejadian dan meniupkan roh ke dalamnya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan af-idah (akal) dan sedikit sekali kamu bersyukur."


Persoalan 'tulang dulu baru daging' atau 'daging dulu sebelum tulang'




Jika diperhatikan keja
dian manusia ikut turutan adalah :

nuthfah --> alaqah --> mudghah ('daging yang dikunyah') --> pembentukan tulang --> daging (otot) membaluti tulang-tulang --> perkembangan janin.

Perasan tak :


daging --> tulang --> daging

Pada pendapat peribadi itulah yang dipertikai
kan. Mereke fokuskan pada :

daging --> tulang

yang sepatutnya:


daging --> tulang --> daging

atau yang lebih tepat:

mudghah ('daging yang dikunyah') --> pembentukan tulang --> daging (otot) membaluti tulang-tulang

Pembentukan mudghah itu memanglah sebelum terbentuknya tulang tapi mudghah itu adalah 'daging yang dikunyah' atau yang sebenarnya adalah sel-sel somites yang menyerupai tanda-tanda gigitan seperti daging yang dikunyah!


Rujukan:
1) Quran Saintifik, bahagian 3: Manusia dan Asal-Usulnya, tulisan Dr Danial Zainal Abidin.
2) website ini




Monday, August 9, 2010

Deinococcus radiodurans



Dalam kelas Microbiology and Immunology hari ini, berkenalan dengan Deinococcus radiodurans. Sangat menakjubkan ciptaan Allah yang satu ini. Bakteria juga antara makhluk Allah yang wujud di dunia ini. Malahan bilangan makhluk ini tersangat-sangatlah banyak. In fact, there are 10-100 microorganisms per breath! Agaknya kalau microorganisms tu mengenyangkan, manusia dah tak perlu masak nak makan dah, just breath.. hehe.. :p

Deinococcus radiodurans ini termasuk dalam kumpulan bakteria. Dan merupakan spesis yang hebat.


Deinococcus radiodurans is listed in the Guinness Book of World Records as "the world's toughest bacterium. Deinococcus can survive in most of the extreme conditions including drought conditions, lack of nutrients, and, most important, a thousand times more radiation than a person can.

What makes this Deinococcus radiodurans such great?

An efficient system for repairing DNA is what makes the microbe so tough. High doses of radiation shatter the D. radiodurans genome, but the organism stitches the fragments back together, sometimes in just a few hours. The repaired genome appears to be as good as new.


Dan tambah mengejutkan lagi apabila saintis US sudah mula mengkaji keupayaan Deinococcus untuk menyimpan maklumat!

message which can be encoded in the form of artificial DNA can get stored in the genomes of various bacteria which have ability to multiply, and then can be later retrieved later when needed.


Maksudnya, semua maklumat boleh ditukar dalam bentuk DNA dan disimpan dalam bakteria!
Sebagaimana kita save files dalam hard disk.

Subhanallah. Mengagumkan bukan. Sangat hebat bakteria itu. Tetapi Pencipta nya jauh lebih hebat. Malah Maha Agung. Deinococcus itu hanya melakukan apa yang diizinkan Allah sahaja tanpa ingkar sedikit pun. Tapi manusia yang mengkajinya yang masih tak sedar-sedar dan ingkar padaNya.