Pages

Showing posts with label Mari Membaca. Show all posts
Showing posts with label Mari Membaca. Show all posts

Friday, December 10, 2010

Sesejuk Maaf di Kalbu

Api yang marak boleh padam dengan sejuknya air. Dendam yang marak, apa pula pemadamnya? Padamkanlah ia dengan sejuknya MAAF......


MAAF... itulah tema utama kisah ini. Sebuah novel adaptasi dari kisah benar hasil tulisan Nor Atiqah Ghazali. Sejujurnya ini adalah kali pertama saya membaca buku hasil karya beliau. Dan saya juga tidak mengenali beliau sebelum ini. Novel ini juga telah lama saya 'usha' di rak MPH, Subang Parade. Setahun yang dulu. Entah kenapa, dulunya, bilamana saya baca sinopsis ceritanya saya seakan tak berminat. Dan sekarang, bila dah selesai baca, baru terasa 'bahangnya'. Tak pasal-pasal mata merah. Dan yang pasti inilah realiti kehidupan. Saya suka baca novel sebab saya dapat belajar erti kehidupan dari novel sebegini. Saya suka novel berbentuk kesusahan hidup sebegini mungkin kerana saya juga anak orang susah dan saya rasa jalan ceritanya dekat dengan saya. Dan sememangnya menyentuh hati.

Kisah ini menceritakan tiga orang sahabat yang memulakan persahabatan semenjak di tadika. Kemudian persahabatan itu berterusan sehingga sekolah rendah. Apabila bersekolah menengah, pelbagai cabaran ditempuhi sehingga membuatkan mereka terpaksa memilih haluan masing-masing. Ketiga-tiga remaja ini mempunyai masalah keluarga tersendiri. Fazli, ibu bapanya sentiasa sibuk. Bapanya seorang pakar motivasi, ibunya pula sibuk dengan persatuan. Manakala Amirul, ibu bapanya berpisah. Bapanya berkahwin lain. Ibunya pula sakit mental. Dia dan adiknya disara oleh kakaknya dengan duit haram. Shukri pula dibesarkan ibunya, tanpa ayah. Dia tiga beradik dibesarkan oleh ibunya yang sanggup berkorban apa sahaja demi kejayaan anak-anaknya.

Siapa antara mereka bertiga yang terus menjadi mangsa keadaan? Dan siapa pula antara mereka yang berjaya menggapai impian masing-masing? Dan bagaimana pula dengan erti persahabatan mereka? Adakah terhenti di pertengahan jalan dan meninggalkan si teman yang terus dihimpit tekanan hidup? Atau kembali mencari dan mengingati kenangan bermain bersama sejak dari tadika?

Seperti diterangkan di atas, persahabatan mereka bermula sejak di tadika. Mereka yang masih baru mengenal kehidupan berdikari saling bertegur sapa pada hari pertama persekolahan mereka. Dimulakan dengan soalan keramat Azli yang bertanya, "Awak siapa?" Dan kemudian dijawab Amirul, "Kita Mirul". Dan soalan yang sama ditujukan pada Shukri pula dan jawabnya, "Mama kita panggil kita Uri". Di meja makan tadika itulah mereka memulakan perkenalan dan dari situ kisah mereka bermula. Seperti kanak-kanak lain, mereka gemar bertukar-tukar cerita dan salah satunya mengenai keluarga. Apabila Fazli dan Amirul tanya Shukri tentang ke mana perginya ayahnya, Shukri selalu menjawab tak tahu. Ayahnya tak balik lagi. Dan setiap kali balik sekolah, soalan itu pasti diulang-ulang tanya pada mamanya. Atas desakan soalan-soalan yang sama, mamanya 'ter'jawab bahawa ayahnya telah mati. Namun, mamanya menangis dengan kata-kata itu. Tapi itu je jawapan terbaik yang dapat mamanya bagi untuk kanak-kanak yang masih mentah seperti Shukri. Hakikatnya, ayah dan mamanya telah bercerai dan ayahnya bersikap lepas tangan dan langsung tidak ambil tahu tentang anak-anak. Bukan setakat nafkah tapi jenguk anak-anak pun tidak pernah menyebabkan Shukri membesar tanpa kasih sayang seorang ayah.


Di sebuah kondo, Amirul melalui kisah sedih hidupnya. Ayahnya garang dan selalu memarahi dan memukul ibunya, Puan Natrah. Ayahnya selalu cakap, "aku cerai baru tahu" pada ibunya. Ibunya yang sudah ada sejarah sakit mental kembali tertekan disebabkan selalu dimarahi dan dipukul. Namun Amirul agak matang dan mula mengerti keadaan hidupnya dalam usia semuda itu. Pada suatu malam ketika ibunya yang sedang meracau dan mengilai dalam bilik air, Amirul berjaga dan melayan adik kecilnya, Laili bermain. Dari situ, Amirul mula meletakkan ini dalam fikirannya, "Ayah jahat". Ayahnya jahat yang selalu marah-marah pada ibunya. Ayahnya jahat sehingga menyebabkan ibunya sakit. Ayahnya jahat kerana menyebabkan dia, kakak dan adiknya hidup tanpa kasih sayang ayah dan ibu. Kemudiannya ibunya dihantar ke hospital sakit mental dan ayahnya berkahwin lain. Pada mulanya, mereka dijaga oleh nenek sebelah ibunya namun kemudiannya terpaksa tinggal bertiga sahaja kerana neneknya sudah tua dan uzur. Kakaknya terpaksa menamatkan pengajian sehingga peringkat SPM sahaja dan kemudian bekerja di Mydin. Namun desakan hidup menyebabkan dia terjerumus ke lembah hina dengan menjadi pelacur demi mendapatkan wang untuk membesarkan adik-adiknya.

Di sebuah kediaman mewah, dalam keadaan yang kaya raya, ada satu jiwa kecil yang merasa kesunyian. Itulah Fazli. Anak tunggal kepada Dr Halim, seorang pakar motivasi terkenal dan ibunya Dato' Salmiah, seorang aktivis NGO sebuah pertubuhan amal. Kedua-duanya sibuk memanjang dan jarang berada di rumah. Kegembiraan Fazli adalah ketika berada bersama-sama Shukri dan Amirul di sekolah. Namun seperti kanak-kanak lain, Fazli juga mendambakan kasih sayang ayah dan ibu. Dia juga ingin bercerita tentang kawan-kawan kepada ayah dan ibunya.

Berakhirnya zaman tadika, mereka bertiga ke sekolah rendah yang sama. Masih berkongsi kisah dan cita-cita bersama sampaikan cikgu-cikgu juga tahu keakraban mereka bertiga. Namun, penipuan ibunya tentang kematian ayahnya membuatkan Shukri kecewa. Dalam usia mentah, di peringkat sekolah rendah, di jatuh sakit kerana terlalu kecewa dengan ayahnya. Dia sangat sedih dengan sikap ayahnya yang tinggalkan dia, ibu dan adik-adiknya. Dia ingin seperti kanak-kanak yang lain yang mempunyai ayah. Kerana jatuh sakit, Shukri tidak ke sekolah dalam tempoh yang panjang. Sampaikan ibunya terpaksa bawa Shukri jumpa doktor, Dr Farhan Hadi. (saya tersenyum sendiri membaca ini.. Dr Farhan Hadi, penulis buku Denyut Kasih Medik.. hehe.. mereka saling mengagumi sesama sendiri, dan saya mengagumi mereka.. ^__^).

Pada suatu hari, Amirul dan Fazli yang rindukan sahabat mereka ke rumah Shukri.

"Uri, tak best la awak tak ada," kata Amirul. Dia menghadiahkan sehelai sapu tangan kepada Shukri. Fazli turut menerima sapu tangan itu.

"Ini untuk apa?" tanya Shukri.

"Tak ada apa. Cuma tanda persahabatan. Inikan tahun terakhir kita bersekolah rendah." Jawab Amirul. Mereka bakal menduduki UPSR.

Namun kerana janji pada mamanya, Shukri kembali bersemangat belajar untuk UPSR. Mereka belajar bersungguh-sungguh. Namun Amirul dan Fazli agak sedikit malas dan akirnya ketika keputusan UPSR diumumkan, Shukri berjaya mendapat 5A. Manakala Amirul berjaya mendapat 2A 3B dan Fazli dengan 3A 2B. Kerana itu, Fazli dan Amirul tidak berjaya melayakkan diri ke mana-mana sekolah yang terbaik, hanya ke sekolah biasa. Tidak seperti Shukri yang berjaya menempatkan diri ke sebuah sekolah berasrama penuh. Namun di sekolah itu, Shukri yang agak 'skema' tidak punya ramai teman. Dia tetap merindui Amirul dan Fazli yang lebih memahami dirinya. Dia juga sering menjadi mangsa buli senior. Kerana terdesak tiada wang untuk membeli nasi lemak yang dipesan oleh senior (dibuli), Shukri mula belajar mencuri demi menyelamatkan diri daripada dipukul oleh senior tersebut. Dirinya juga kembali menjadi sensitif dengan isu ayahnya. Keadaannya yang tidak dipedulikan oleh seorang ayah menyebabkan dia tertekan dan balik ke rumah pada suatu hari. Dan meminta mamanya tukarkan dia ke sekolah lain. Pada mulanya mamanya marah namun setelah Shukri ceritakan kesnya dibuli, dia ditukarkan ke sebuah sekolah agama swasta dan berkenalan dengan sahabat yang baik, Suhaimi. Shukri pula semakin renggang dengan Amirul dan Fazli kerana mengikut pesan mamanya yang tidak mahu dia berkawan dengan mereka berdua yang dah masuk kategori 'budak-budak nakal'.

Amirul dan Fazli pula walaupun berlainan kelas tapi mereka tetap 'sekepala'. Walaupun Amirul masih tak faham apakah pekerjaan kakaknya yang selalu keluar dengan pakaian seksi, dan diambil oleh lelaki berlainan, dia seakan dapat menghidu sesuatu yang tidak elok. Namun, kakaknya yang 'berkorban' demi adik-adik sentiasa bagi duit yang banyak pada dia dan adiknya. Duit itu digunakan Amirul untuk merayau-rayau dengan motorsikal yang dibeli kakaknya bersama Fazli. Mulanya melepak dan berborak di sebuah wakaf tempat biasa mereka berdua kemudian beralih ke taman bunga. Puas mengorat dan bersiul-siul menyakat anak dara orang di taman bunga, mereka ke kedai makan. Pesan makanan kegemaran mereka dan makan apa yang mereka nak je. Selebihnya ditinggal. Sebelum balik, sempat lagi membeli rokok dan hari itu mereka mula belajar merokok. Mereka berdua juga semakin liar di sekolah. Banyak melakukan kesalahan disiplin. Dan akhirnya mereka tertangkap. Ibu bapa Fazli dipanggil dan kakak Amirul juga turut dipanggil. Kesalahan mereka tidak dapat dimaafkan dan kedua-duanya dibuang sekolah. Nasib menyebelahi Fazli kerana perbuatannya itu menyedarkan Dr Halim dan Dato' Salmiah akan kecuaian mereka dalam mendidik Fazli sebelum ini. Kedua-duanya insaf dan berusaha memberi sepenuh perhatian pada Fazli. Dihantar ke sebuah sekolah swasta dan makin diawasi oleh ibu bapanya menyebabkan Fazli pula semakin menjauhi Amirul. Gugur air mata Amirul apabila menerima satu mesej dari Fazli yang mengatakan, 'Mirul, mak ayah aku tak bagi jumpa kau lagi. Aku dah janji nak berubah. Kau jangan cari aku lagi ye.' Amirul kini sendiri mengorak langkah hidup tanpa teman bicara.

Amirul melepaskan tekanannya yang tidak berteman dengan merokok di wakaf tempat biasa dia dan Fazli melepak. Ada kalanya, Fazli atau Shukri akan lalu di depan wakaf tersebut namun kedua-duanya memalingkan muka dan tidak menegurnya langsung. Pilu hatinya yang kesunyian. Pada suatu hari, seorang lelaki datang menyergahnya dan mengajak Amirul join gengnya. Amirul hanya menurut. Dan akhirnya terlibat dengan Geng 7, geng yang banyak melakukan jenayah besar, merompak, seluk saku, menyamun, mencuri motorsikal dan sebagainya. Mereka licik untuk lari namun setinggi-tinggi tupai melompat jatuh juga ke tanah. Dalam satu cubaan mencuri motorsikal, Amirul tak sempat melompat ke motorsikal teman gengnya untuk lari apabila kegiatan mereka disedari seseorang. Akhirnya dia tertangkap dan dimasukkan ke sekolah juvana. Dua tahun dia berada di situ. SPM juga diambil dalam sekolah juvana itu. Pada tahun pertama dia kerap menerima surat dari kakaknya namun tidak untuk tahun kedua. Setelah keluar dari situ, Amirul ke rumah mereka. Namun terkejut rupanya kakak dan adiknya tiada lagi di situ. Dalam kebuntuan tiada arah, Amirul ke rumah Fazli. Walaupun dalam keadaan serba salah kerana mungkin sahaja Fazli tidak mahu menerima bekas banduan sepertinya, namun tidak bagi Fazli, sahabatnya itu dipeluk dengan penuh kerinduan. Sebenarnya Fazli dan Shukri tahu rentetan kisah sedih Amirul dan mereka menyesal kerana meninggalkan Amirul terkapai-kapai sendiri tapi pada masa itu, mereka juga lemah dan terpaksa mengikut kata ibu bapa. Setelah ditanya, tahulah Amirul bahawa kakaknya telah dihantar ke Rumah Pengasih setelah tembelangnya pecah manakala adiknya dihantar ke Rumah Bakti, rumah kebajikan. Amirul sedih dan kecewa. Membawa diri ke wakaf tempat biasanya.

Tanpa disangka rupanya, Geng 7 sentiasa tunggu Amirul keluar dari tahanan. Amirul yang tiada arah tujuan kembali aktif dalam Geng 7 itu. Kegiatan mereka makin berleluasa. makin dikehendaki polis. Amirul juga makin 'mahir' dalam kerja-kerja jenayah itu. Dalam Amirul melalui zaman kegelapan hidupnya itu, Shukri telah pun berjaya menjadi seorang doktor manakala Fazli telah berjaya menjadi seorang pendidik dan juga berkahwin dengan seorang pendidik. Namun kedua-duanya masih mnegikut perkembangan Amirul yang sering keluar berita tentang Geng 7. Mereka berdua selalu berdua agar Amirul kembali ke pangkal jalan. Amirul pula, sejahat-jahat dia, dia tidak merosakkan anak gadis orang sesuka hati. Dia berkahwin dengan seorang perempuan yang juga bernasib malang. Walaupun dia berniat untuk mengumpul duit dan tinggalkan Geng 7 dan cari kakak dan adiknya, semuanya tidak semudah itu. Dia terus bergelumang dengan kerja-kerja jenayahnya, dan mereka makin diburu polis. Dalam cubaan melarikan diri, mereka berjaya ditumpaskan pihak berkuasa. Ada antara gengnya terbunuh ditembak polis, tapi Amirul koma, isterinya yang sedang sarat juga selamat. Mereka ditahan. Dan Amirul menerima hukuman gantung kerana sememangnya dia penjenayah yang paling dikehendaki.

Dalam penjara, Amirul bertaubat dan kembali kepada Yang Maha Esa. Dia masih teringat pada kedua-dua sahabatnya, Shukri dan Fazli. Dan Fazli yang sememangnya lebih rapat dengan Amirul selalu datang melawat dan memberi perangsang supaya terus bertaubat kepada Allah. Sebelum Amirul dihantar ke sel terakhir, Shukri sempat mencari peluang melawat Amirul. Shukri menangis kerana dia sedih kerana gagal melaksanakan hak bersahabat kepada Amirul. Namun apa kata Amirul dalam sebak,

" Uri, kenapa kau menangis? Kau sepatutnya menangis ketika aku sesat dulu. Kini, kau sepatutnya gembira sebab aku dah kembali bertaubat. Hanya taubat yang boleh membahagiakan kita. Uri, jangan nangis lagi. Berbuallah dengan aku. Aku dah tak lama lagi, Uri. Esok atau lusa aku akan dihantar ke sel terakhir."


Setelah habis masa untuk berjumpa dan diarah keluar oleh warden penjara, Shukri menyapu air matanya dengan sapu tangan yang pernah diberikan oleh Amirul suatu masa dulu. (saat ni, saya yang terpaksa cari sapu tangan untuk sapu air mata, sedihnya).

Pada hari hukuman, Amirul dibawa ke bilik pertemuan terakhir untuk berjumpa dengan mereka buat kali terakhir. Wajahnya kelihatan tenang walaupun dengan tangan dan kaki yang bergari. Fazli yang telah tiba lebih awal sempat berjumpa dan memberi nasihat yang terakhir pada Amirul. Isteri dan anak Amirul juga ada di situ. Amirul memohon maaf pada mereka semua. Anaknya yang tidak mengerti akan maksud semua itu hanya mampu menyebur 'Ayah!'. Kerana kelewatan Shukri terkocoh-kocoh datang dan memanggil, "Mirul! Mirul!". Namun kerana telah tiba masanya, warden tegas dan menarik tangan Amirul. Fazli dan Shukri terduduk dan mereka mengisi masa dengan membaca Al-Quran dan berdoa sehinggalah datang warden yang mengajak mereka untuk melihat mayat sahabat mereka. Wajah Amirul kelihatan tenang meski di lehernya terdapat kesan jerutan dan kelihatan lembik akibat terjerut. Shukri dan Fazli lah yang menguruskan urusan pengebumian.

**********************************************************************************

Begitulah sepatutnya ikatan persahabatan kan? Tetap bersama hingga ke akhirnya. Namun pengajaran juga buat kita dalam bersahabat. Perlunya menunaikan hak kepada sahabat. Jangan abaikan mereka. Senang kan untuk diungkapkan tapi susah untuk dilaksanakan. Susah macam mana pun sama-samalah berusaha untuk menjaga sebuah ikatan persahabatan. Jaga hak dalam bersahabat dan berhati-hatilah dalam menyentuh hati mereka. Sentuh hati mereka kepada kebenaran tapi jangan kecilkan dan lukakan hati mereka. Kerana sekali terluka, parut akan terus di situ walau luka boleh sembuh. Tak semua mampu forgive and forget kerana kebanyakannya forgive yes, but forget no.

Bagi yang ada kesempatan dan rezeki, dapatkan dan bacalah buku ini. Sangat menyentuh hati bagaimana seorang kanak-kanak melalui zaman kehidupan yang penuh berliku. Kalau sahabat baca sendiri, saya rasa kesannya lebih terasa. Tiada siapa minta untuk lahir dan diuji sebegitu hebat kan? Dan sebenarnya bila seseorang budak nakal itu nakal, bukanlah salah dia semata-mata. Tapi kita cepat sangat menghukum mereka yang nakal dan jahat ini sebagai 'sampah masyarakat'. Sedar tak bila kita kata mereka 'sampah masyarakat', kita juga 'sampah' itu. Sebab kita sama sahaja. Kita tak pernah nak ambil tahu kisah hidup mereka. Kita pentingkan diri dan cepat je mulut menghukum mereka.

Saya sedar saya lemah dan tak mampu nak tolong dan bantu mereka. Tapi dari jauh hati saya tetap kasihankan mereka. Saya ada saudara yang merupakan pesakit mental. Saya ada saudara yang terlibat dengan gejala penagihan dadah. Saya ada saudara yang terlibat dengan kes budak-budak nakal. Mungkin ramai yang akan terus marah-marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pesakit mental apabila mereka mengacau orang tak tentu pasal. Tapi pernah terfikir tak, seorang pesakit mental itu ketika warasnya, dia merupakan seorang abang yang baik. Sanggup ketepikan hak kepada diri sendiri. Tangan lebih banyak bergerak dari mulut berbeza dengan kebanyakan yang waras yang mulut je banyak bergerak, tangan tak. Seorang abang yang berada di dapur sehingga lewat malam membersihkan periuk belanga yang besar-besar itu selepas majlis kenduri kahwin adik perempuannya, dia yang menjaga arwah ayah mereka sepanjang ayahnya sakit sehinggalah si ayah meninggal dunia tapi si adik tadi? pulang ke rumah bersama suami setelah ayah meninggal.

Mungkin ramai antara kita membenci dan menghina mereka-mereka yang terlibat dengan masalah-masalah sosial ini. Samalah seperti saya juga sebenarnya. Sampaikan bila pulang ke kampung yang jarang-jarang tu pun, bila golongan ini tegur dengan mesra, 'bila ayu balik?", saya jawab sepatah je. Sedangkan saya mungkin terlupa, masa saya kecik-kecik dulu, entah-entah mereka yang dukung dan main-main dengan saya. Mungkin juga mereka pernah membeli gula-gula untuk saya. Memang betul kita patut berhati-hati dengan mereka, tambah-tambah lagi kalau kita perempuan, tapi kita tak patut sisihkan mereka dan adanya 'ego'. Mana tahu penghujung hayatnya dia akan berubah dan lafaz taubatnya selama 2 jam sebelum nafas terakhir itu jauh lebih baik dari kita yang mengatakan diri tak pernah melakukan dosa-dosa itu selama 20/30/40/50 tahun.

Dan saya sangat kagum dan menghormati ibu bapa dan kanak-kanak yang membesar dari keluarga yang susah. Terus terang saya cakap senyuman saya kepada seseorang yang bekerja kampung, buruh atau penjual-penjual tepi jalan jauh lebih ikhlas dari senyuman saya kepada seseorang yang berjawatan profesional. Mungkin sebab saya rasa lebih dekat dan merasakan 'itu saya' bila berdepan dengan orang susah. Saya suka bila dapat senyum dan cakap 'good morning' setiap pagi pada seorang pakcik Australian yang jaga lalu lintas di sini (sebab ada construction). Selalu jumpanya dalam perjalanan menuju ke uni. Kadang-kadang dia yang akan cakap dulu, "Good morning, how're you going?" dan bila saya jawab, "morning, good, i'm good." Dan dia akan cakap, "thats good". Dan dia menegur soalan yang sama pada semua orang yang lalu. Walaupun ada yang tak suka (antaranya kawan-kawan saya yang merasakan tak perlu lah pakcik itu tegur semua orang), tapi saya suka dan saya rasa tenang untuk ke kelas dengan memberi senyuman pada pakcik itu.

Walau apa pun, setiap orang berlainan pendapat berdasarkan background history masing-masing.


~Sekadar perkongsian dan untuk ingatan kepada diri sendiri tentang siapa diri ini yang sebenar~

Monday, November 29, 2010

Denyut Kasih Medik

Andai Tautan Hati berkisah tentang Asiah Yusra, seorang mujahidah, Denyut Kasih Medik pula berkisar tentang Dr As-Solihul Muslih, seorang mujahid. Dan penulis kedua-dua novel adalah pasangan suami isteri. Tautan Hati ditulis Fatimah Syarha manakala Denyut Kasih Medik pula ditulis oleh zauj beliau, Dr Farhan Hadi.

Saya rasa kebanyakan teman-teman yang mengambil jurusan medik akan berminat, akan membaca dan ramai juga yang telah membacanya. Maklumlah medik. Ada perkataan Kasih lak tu. ^__^. Namun bagi saya yang merupakan seorang budak biotech ni, Denyut Kasih Medik tetap ada aura nya sendiri. Mana tau 10 tahun lagi lahirnya "Derap Cinta Biotech" dari TZ mewakili muslim biotechnologist. =)). Berangan je la nih..

Denyut Kasih Medik merupakan kisah seorang doktor pelatih, Dr Muslih menjalani kehidupan sehariannya sebagai doktor muda. Hidupnya penuh bersyariat menjalankan tugas seorang hamba dan khalifah yang berperanan sebagai seorang doktor di wad, juga sebagai seorang kawan, juga sebagai seorang anak, tunang yang kemudiannya menjadi seorang suami. Perjalanan cerita penuh hikmah dan banyak diselitkan nota-nota tentang hukum fiqh perubatan, fiqh wanita dan fiqh cinta. Sejujurnya saya belum lagi menjumpai novel yang menyelitkan hukum-hukum fiqh sebegini dan ternyata sisipan nota-nota fiqh itu tidak mencacatkan jalan cerita sedikit pun. Malah membuatkan pembaca lebih memahami dan menerima sesuatu hukum itu berdasarkan rujukan ayat Al-Quran dan hadis tertentu. Banyak juga dapat belajar medication terms yang diterangkan maksudnya. Emosi saya turun dan naik mengikut posting Dr Muslih. Kisah di wad Ortopedik, Perubatan Am, Obstetrik, Gynecology, Surgery, Pediatrik, NICU dan Maternity membuatkan saya kadang-kadang, huhu, thats why I dont want to be a doctor. Tak sanggup nak berdepan dengan cabaran mencemaskan itu. Buat teman-teman medik, go on guys. You are the chosen one to do all those noble jobs. Do it because of Allah!

Posting pertama: Wad Ortopedik


Ortopedik merupakan bidang perubatan yang berkaitan dengan penyakit-penyakit tulang, sendi dan struktur yang berkaitan. Antara part yang menarik adalah isu Clexane. Clexane merupakan sejenis ubat mencairkan darah yang mengandungi protein khinzir. Dr Muslih diarahkan untuk menggunakan ubat tersebut untuk pembedahan menggantikan sendi lutut seorang pesakit Muslim. Dr Muslih yang mengetahui bahawa hukumnya haram berusaha untuk meminta kebenaran dari doktor-doktor pakar untuk menukar ubat tersebut kepada Heparin (yang sama fungsi dan keberkesanannya). Ada sesetengah doktor buat endah tak endah hinggalah Dr Muslih menelefon doktor pakar yang menjaga wad tersebut. Kebenaran untuk menggunakan heparin itulah yang diharapkan oleh Dr Muslih. Dengan rasa tanggungjawab untuk ummah, dengan beraninya, Dr Muslih mengambil pen marker berwarna merah dan menconteng protokol rawatan di wad tersebut yang menggunakan Clexane pada asalnya, dengan menulis "FOR EVERY MUSLIM PATIENT, PLEASE GIVE S/C HEPARIN". S/C tu adalah kaedah menyuntik ubat ke dalam kulit.

Satu lagi kisah menarik di wad Ortopedik adalah mengenai Pakar Cucuk Jalanan. Dalam kepenatan on call dan baru selesai kerjanya sebelum subuh pagi tersebut, Dr Muslih memilih untuk membelek tafsir surah Al-Baqarah yang selalu dibawanya ke mana-mana sambil menunggu Subuh sebab kalau tidur takut terlajak Subuh. Tiba-tiba dikejutkan oleh panggilan seorang nurse tentang ada patient baru masuk dari emergency. Seorang drug addict yang dah sampai tahap cucuk badan sendiri, Encik Misman. Disebabkan urat-urat di tangannya dah habis rosak, Misman mula mencucuk heroin di pangkal pahanya pula. Kerana itu, pangkal paha kirinya membengkak dan bernanah. Dr Muslih menyarankan operation untuk buang nanah tersebut. Dan Dr Muslih juga menyarankan untuk membuat ujian HIV dan Misman bersetuju. Tapi bila nak ambil sampel darah, Dr Muslih gagal sebab salur darah di badan Misman telah menjadi keras dan kecil. Berpeluh-peluh Dr Muslih mencuba. At last, Misman sendiri yang menyuntik pangkal paha kanan dan menyedut darahnya. Nasihat Dr Muslih dalam usikan, "Hmm, ni kalau belajar sungguh-sungguh dulu, boleh jadi pakar cucuk nih. Kalau ada anak, didik dia jadi pakar cucuk bertauliah. Jangan jadi pakar cucuk jalanan". Misman tersengih.. =D. Petangnya, nurse bagitau Misman tu ingin berjumpa dengan Dr Muslih. Bengkak nanah di pahanya dah pecah. Bila ditanya kenapa boleh jadi camtu, katanya "Saya rasa gatal sangat kat bahagian ni, saya picitlah. Tak tahan dah. Nak tidur pun susah". Dr Muslih tersenyum lucu. Hatinya berbisik, 'Masya-Allah, drug addict ni memang berbakat jadi doktor. Semalam ambil darah sendiri. Hari ini buat operation nanah sendiri pula. Kalaulah dia sedar potensi dirinya sejak awal, kan bagus'. Disebabkan itu Misman dibenarkan pulang. Tak jadi operation.. hehe..
Tapi Dr Muslih sempat berpesan kepadanya supaya jangan lagi cucuk dadah dan dia berjanji untuk ke pusat pemulihan. Dan Misman kotakan janjinya. Setelah beberapa bulan, Misman hadir dengan badan yang lebih berisi dan berkopiah dan bersalaman dengan Dr Muslih (ketika itu ayah Misman dimasukkan ke wad dan meninggal dunia di situ).

Posting kedua: Jabatan Perubatan Am dan kemudian ditukar ke Wad Hepatology

Posting kedua Dr Muslih di Jabatan Perubatan Am. Tapi disebabkan didenda oleh Timbalan Pengarah Hospital yang degil dan tak berapa bertimbang rasa, Dr Muslih ditukarkan ke Wad Hepatology. Sebabnya mudah. Kerana Timbalan Pengarah menerima aduan dari seorang waris pesakit yang marah apabila lambat dilayan, hanya kerana ingin mengetahui penyakit abangnya. Ketika itu Dr Muslih terpaksa menyiapkan report dan urusan discharge pesakit yang dibenarkan pulang pada hari tersebut di wad lain. Bagi Dr Muslih itu lebih penting sebab urusan itu perlu disegerakan sebelum farmasi untuk ambil ubat ditutup, bagi pesakit yang dah dibenarkan pulang.

Di wad Hepatology (penyakit-penyakit yang berkaitan dengan hati), saya belajar satu medication term yang menarik, needle prick. Maksudnya jarum atau peralatan hospital tercucuk di badan sendiri. Ianya sangat bahaya terutamanya di wad Hepatology kerana kebanyakan pesakit di wad tersebut adalah pesakit yang mempunyai penyakit berjangkit yang amat bahaya seperti HIV dan hepatitis. Yang mengejutkan adalah kawan Dr Muslih, Dr Neezam yang kepenatan malam itu disebabkan kerja-kerja yang banyak dan on call terkena needle prick. Natijahnya, Dr Neezam menjadi trauma. Dia tak mampu bekerja berbulan-bulan lamanya. Menggeletar apabila memegang jarum dan akhirnya terpaksa balik rumah. Namun akhirnya berkat kesabaran Dr Muslih untuk menolong sahabatnya, Dr Neezam kembali pulih. Dr Muslih membawa Dr Neezam berjumpa dengan Ustaz Basir, ustaz yang selalu memberi tazkirah kepada Dr Muslih dan usrahnya. Hanya dengan perbualan mesra dan kata-kata suntikan semangat dari Ustaz Basir, Dr Neezam mampu melawan traumanya dan kembali bertugas.

Pada suatu malam, ada pesakit perempuan yang masih berada di alam persekolah dimasukkan ke wad kerana menelan 20 biji panadol. Kenapa? kerana putus cinta, tengok boyfriend menunggang motorsikal dengan budak perempuan lain! huhu.. Nak bunuh diri sebab itu je. Tak berbaloi habis duit beli panadol banyak-banyak dik oi! Biasalah cinta monyet. Monyet yang bercinta pun heran agaknya nape la manusia suka sangat 'cinta monyet' . Tapi seperti biasa, Dr Muslih merawat dengan penuh hikmah dengan kata-kata yang penuh nasihat. Dr Muslih berpesan supaya budak itu belajar sungguh-sungguh dan belajar cintakan Allah, agama, ibu bapa, keluarga dan pelajaran. Esoknya, setelah budak perempuan itu berlalu dengan ibu dan kakaknya keluar dari hospital, seorang cleaner datang memberi sepucuk surat kepada Dr Muslih.

Terima kasih kepada Abang doktor kerana merawat saya. Sesungguhnya saya sudah benci kepada teman lelaki saya. Abang doktor kelihatan seorang yang sangat baik. Sudilah kiranya abang doktor menjadi teman hidup saya. Bimbinglah saya. Hati saya telah terpaut kepada abang doktor. Sila hubungi nombor di bawah ini untuk berkenalan dengan saya. I love you so much.

Daripada,
Adik xxx
012-347xxxx


keh2.. :D... dik, kalau akak biotech yg tulis cmni kt abang doktor pon konfom kene reject.. haha... adoyai!

Agak-agak Dr Muslih buat apa?
>>Terus gumpal dan buang dalam tong sampah. Baginya ada seribu sebab kenapa dia tak perlu melayan.

Sebab satu, Dr Muslih dah mengikat tali pertunangan dengan Qani'ah. Melayani gadis lain walau hanya dengan niat untuk membimbing hanya akan mengundang fitnah. Kedua, tidak mahu cinta yang tak berlandaskan syariat. "berhubung dengan telefon? Cintaku tak semurah itu", bisik hati Dr Muslih. Ketiga, dia hanya mendambakan cinta Allah SWT. Cinta yang bakal dicurahkan kepada seorang yang bernama isteri kelak, hanyalah atas dasar cinta kepada Allah SWT. Keempat, dia tidak mahu memilih seseorang yang bermasalah seperti remaja tersebut. Jika dijadikan pasangan hidup, tentu memerlukan masa untuk mendidiknya beragama. 'Baik memilih produk yang sudah siap. Terjamin sikit didikan anak-anakku nanti. Wanita solehah tetap pilihan setiap lelaki yang beriman'.

Posting ketiga: Obstetrics and Gynaecology (O&G) -Perbidanan dan Sakit Puan

Antara isu yang menarik di wad ini adalah isu merancang kehamilan. Setiap doktor di wad O&G dimestikan untuk menasihati setiap ibu yang mengandung untuk merancang kehamilan. Dan cara yang disarankan adalah seperti makan pil, suntikan hormon dan susuk (norplan), menggunakan alat dalam rahim (IUD) atau pembedahan ke atas suami isteri kalau perlu. Berkerut dahi Dr Muslih yang tidak bersetuju dengan polisi pihak hospital. Baginya, tidak perlulah sampai diwajibkan menasihati dan menyarankan setiap ibu yang telah bersalin untuk merancang kehamilan dan memilih salah satu kaedah tersebut. Cukuplah sekadar kepada ibu-ibu yang mempunyai masalah kesihatan dan hal-hal sepatutnya. Ibu-ibu yang masih muda dan mempunyai suami yang bekerja tidak seharusnya merancang kehamilan dengan kaedah-kaedah tersebut. Islam sendiri telah mengajar kaedah merancang kehamilan semula jadi yang sepatutnya iaitu ibu perlu menyusu lengkap selama dua tahun manakala bagi si suami perlu melakukan azal (pancut air mani di luar faraj isteri) untuk merancang kehamilan isterinya. Hebat jugak la perdebatan antara Dr Muslih dan pakar-pakar O&G yang tetap bertegas dengan polisi mereka.

Dan banyak lagi kisah-kisah menarik sepanjang perjalanan kisah doktor muda ini di hospital tersebut sebelum ditukarkan ke hospital lain. Dan banyak juga hukum-hukum fiqh yang disertakan. Antaranya, hukum fiqh perlukah bersuci dan solat bagi seorang pesakit? Hukum doktor lelaki merawat pesakit wanita. Ada juga info khatan bayi perempuan. Hukum adakah darah yang keluar selepas keguguran adalah darah nifas dan perlukah menunaikan solat ke atas janin yang gugur? Info haid dan istihadhah. Info tanda-tanda awal kehamilan dan sebagainya.

Tanggungjawab menyampaikan

Dr Muslih sebenarnya mempunyai dua orang sahabat yang sama-sama bertugas sebagai doktor pelatih di hospital tersebut iaitu Dr Neezam dan Dr Nazir. Tapi kedua-dua sahabatnya ini jenis yang tak mementingkan agama. Mereka kerap keluar dating dan berpegangan tangan dengan wanita bukan muhrim. Juga bertukar-tukar wanita. Setiap kali mereka makan bersama, pasti Dr Muslih akan menasihati mereka. Namun ada sahaja alasan mereka. Akhirnya Dr Nazir berkahwin. Tapi Dr Muslih tak mampu berada lama di majlis perkahwinan Dr Nazir kerana tak sanggup tengok isteri Dr Nazir yang berpakaian yang menunjukkan aurat. Dadanya didedahkan. Adanya sesi tepung tawar dan merenjis bunga mawar yang jelas mengikut adat Hindu, bukan ajaran Islam. Sebelum pulang, sempat Dr Muslih menghantar mesej kepada Dr Nazir:

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuan dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Al-Ahzab 33: ayat 59).


Dan pada suatu hari, di surau hospital, Dr Muslih terserempak dengan Dr Nazir yang sedang membaca Al-Quran tersekat-sekat. Dari situ, Dr Nazir meminta bantuan Dr Muslih untuk mengajarnya membaca Al-Quran. Mereka menetapkan perjumpaan pada hari-hari tertentu, hari yang mereka tidak on call. Perjumpaan (usrah) itu kemudiannya turut disertai oleh Dr Neezam. Dan yang kelakarnya mereka berdua tak tahu pun perjumpaan mereka itu dikenali sebagai usrah. Pada hari perpindahan Dr Muslih ke hospital lain barulah mereka mengetahui apa itu usrah padahal mereka telah pun mengikutinya telah lama. ^___^

Baitul Muslim (Keluarga Islam) Dr Muslih

Di awal cerita lagi, telah diterangkan bahawa Dr Muslih sudah pun bertunang. Dan tempoh pertunangan mereka selama setahun sangat terjaga. Malahan kisah urusan jodoh mereka juga mengikut syariat. Semuanya bermula ketika Dr Muslih masih di tahun akhir pengajiannya. Mulanya Dr Muslih tidak mahu berfikir lebih tentang urusan perkahwinan kerana ingin menamatkan pengajian terlebih dahulu. Tapi seorang Ustaz yang dikenalinya telah cuba menjodohkan Dr Muslih dengan seorang gadis iaitu, Qina'ah. Hanya kerana agamanya yang sempurna, Dr Muslih menerima Qina'ah selepas istikharah. Urusannya cukup mudah apabila ibu bapa Qina'ah menerima dengan baik hajat Dr Muslih melalui telefon. Kemudian Dr Muslih bagitahu ibu bapanya dan kedua-dua buah keluarga pun bertemu dan berbincang. Mereka pun bertunang. Dr Muslih sangat pemalu dan langsung tak pandang Qina'ah pada hari pertunangan mereka. Qina'ah juga sama. Hanya berada di sebalik tirai dan di kalangan muslimat sahaja. Sebab itu Dr Muslih menerima bulat-bulat kata-kata saudara mara yang mengatakan Qina'ah bersaiz XL menyebabkan jubah yang dibeli untuk hantaran juga bersaiz XL. (bagi yang telah membaca 'Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasulullah" akan tahu persamaan cerita ini.. ;p).

Urusan pernikahan mereka juga sangat simple. Tak perlu wang hantaran berpuluh-puluh ribu walaupun Qina'ah adalah lulusan master. Mas kahwin mereka hanyalah RM84 sahaja dan hantaran juga tidak disyaratkan. Sungguh mudah bukan? Tak perlulah RM88 888.88 dengan hantaran 15 berbalas 13 serba satu.. fuhh! jenuh nak bayar hutang tu.. Lagipun kan, 3 ciri kesempurnaan wanita adalah murah maharnya, mudah urusan perkahwinannya dan subur rahimnya (lahirkan anak ramai). Dan pada hari pernikahan mereka pun, kedua-duanya masih malu-malu bila diusik suruh bergambar berdua. Tapi pada malamnya setelah solat sunat pengantin, barulah Dr Muslih menyedari yang isterinya hanyalah bersaiz S ataupun M je. Dan malu-malu mereka dirobohkan dengan kreatif dan romantisnya taaruf mereka berdua. Selebihnya, rahsia mereka berdua. Dan antara yang menarik adalah sikap tanggungjawab Dr Muslih. Sebelum mereka berkahwin lagi Dr Muslih telah pun membeli sebuah rumah untuk mereka berdua. Dia sendiri yang mengemas dan membeli barang-barang perabot selengkapnya. Itulah yang sepatutnya kan? Bukti kesungguhan untuk mendirikan rumah tangga.

Itu je la. Yang selebihnya, sila dapatkan buku ini di pasaran. InsyaAllah tak akan rugi. Sememangnya berbaloi. Saya sangat sarankan agar dimiliki oleh kaum Adam. Lagipun kan 'Leaders are Readers'. Boleh tahu macam mana dalam kesibukan urusan kerja, urusan daie itu tetap dijalankan. Dan boleh juga tahu hal-hal kewanitaan. Lelaki yang bakal jadi suami dan ayah kena ambil tahu... :DD . Tapi yang perempuan juga perlu dapatkannya. Banyak manfaat. InsyaAllah.. ^___~

Saturday, November 27, 2010

Travelog Seorang Da’i

Saya banyak berfikir selepas berjaya habiskan sebuah buku yang berkisar kisah benar ini. Jarang atau mungkin sebenarnya saya tak pernah mengetahui perjalanan kisah benar seorang ustaz yang sebegitu mencabar. Kalau pernah pun sebahagian daripada kisah perjalanan hidup Ustaz Hasrizal yang mencabar yang masih terngiang-ngiang lagi part-part menarik cerita beliau. Cerita itu dikongsi oleh beliau ketika saya mengikuti satu program persediaan awal tahun aritu. Tapi selalunya saya membaca kisah perjalanan hidup yang mencabar dari seorang yang berjaya dalam kerjaya seperti seorang usahawan dan sebagainya. Ini adalah kali pertama saya membaca sebuah kisah benar perjuangan seorang ustaz yang melalui hidup susah dari usia muda. Sebenarnya saya dah lama ‘usha’ buku ini di rak buku MPH Subang Parade (tempat yang selalu saya ‘lepak’ tahun lepas semasa masih belajar di Malaysia). Tapi entah kenapa saya tak memilih untuk membelinya. Mungkin sebab tajuk ada perkataan Da’i (yang dulunya agak asing bagi saya kerana belum memahami). Dan mungkin juga sebab saya rasakan buku ini seperti buku untuk lelaki (ini agak entah pape!). Tapi betul, itulah yang saya fikir dulu. Tapi saat ini saya telah pun selesai membacanya dan terasa sangat terkesan. Dan saya juga sangat sukakan covernya. Hijau dan biru, gambar yang saya sangat suka , pertembungan langit dan bumi (sebab tu saya ‘usha dia’ dulu ^___^).

Kisah motivasi dari seorang ustaz. Ustaz Abdul Rahman Mohamed. Menarik! Jom selongkar sikit.

Ustaz Abdul Rahman adalah seorang ustaz yang berasal dari Singapura. Patutla tak pernah dengar nama ustaz ni di Malaysia kan. Ustaz Abdul Rahman ni bukanlah lahir dari keluarga yang ustaz pun. Malahan beliau lahir dalam sebuah keluarga yang sangat susah dan sememangnya beliau tidak langsung mengamalkan ajaran Islam termasuklah solat di usia remajanya. Malahan beliau pernah terlibat dengan budak-budak samseng di Singapura. Namun dengan hidayah Allah yang diberikanNya pada insan yang terpilih sahaja, Ustaz Abdul Rahman menuntut ilmu dan menjalankan kerja-kerja dakwah tanpa pernah jemu. Jatuh bangun dalam kehidupan seharian beliau sangat mencabar dan mengagumkan apabila beliau mampu bangkit dan meneruskan usahanya. Saya review part yang menarik dalam buku ini.



Zaman kanak-kanak hingga usia remaja yang berliku

Ustaz Abdul Rahman merupakan anak kelima dari enam adik beradik. Beliau telah menjadi anak yatim sejak kecil lagi apabila abahnya meninggal dunia dalam satu kemalangan ketika ingin ke tempat kerja pada suatu malam. Sejak itu, mereka sekeluarga hidup susah dan ibunya menjadi seorang pemarah kerana tertekan dengan kesempitan hidup. Semasa di sekolah rendah, beliau akan ke sekolah dengan membawa 5 sen sebagai belanja, itupun jika ibunya mempunyai duit. Tapi selalunya beliau ke sekolah tanpa duit belanja, tanpa makan di rumah, dan juga terpaksa berjalan kaki pergi dan balik dari sekolah. Kerana itu, pada waktu rehat beliau akan ke tandas untuk meneguk air sampai 'kenyang'. Kadangkala beliau akan ke kantin, bukan untuk membeli makanan tapi sekadar untuk melihat dan mengecek teman-temannya makan. Beliau pernah dihalau oleh seorang makcik yang menjual mee rebus kerana perbuatannya berdiri di depan warung dianggap mengganggu perniagaan. Beliau berlalu dengan hati yang sangat sedih dan tak berani lagi berdiri di situ. Dengan kuasa Allah entah macam mana, makcik mi rebus itu tahu tentang beliau yang merupakan seorang anak yatim yang hidup susah dan melarat. Makcik itu memberinya makan sepinggan mi rebus. Kata beliau, " Hanya Allah saja yang tahu betapa sedapnya makanan tersebut bagiku. Itulah makanan yang saban hari aku tengok tetapi tidak mampu untuk mendapatkannya". (Saya terharu dengan ayat ni. =_=)

Beliau juga terpaksa menolong ibunya menyara anak-anak seramai 6 orang termasuk dirinya dengan berjaja nasi lemak dan kuih muih bersama abangnya. Sebelum jajaanya habis, beliau tidak berani pulang kerana khuatir dimarahi ibunya atau dia tidak sanggup melihat ibunya menangis. Pernah satu ketika beliau menjaja di kawasan National Stadium yang dalam pembinaan, beliau dijanjikan oleh Bai Sarbat untuk membeli semua nasi lemak dan kuih muihnya. Tetapi sebenarnya Bai Sarbat itu mempunyai tujuan yang tidak baik. Tetiba Bai tersebut mula menyelak kain dan...... (fikir sendiri... :p). Dia ingin meliwat. Dengan kehendak Allah tetiba datang seorang mandur India dan mengajak anak penjual nasi lemak itu ke pejabatnya. Mulanya seperti hero yang datang menyelamatkan tetapi sebenarnya seperti 'lari dari mulut harimau, masuk mulut buaya'. Mandur India juga mempunyai niat yang sama. Nasib baik beliau yang masih berusia 10 tahun ketika itu sempat melarikan diri.

Dalam kesempitan hidup yang berlarutan dan dihambat cikgu kerana tidak membayar yuran, akhirnya beliau berhenti sekolah dan mula bekerja. Dan dalam usia remajanya yang jauh dari pegangan agama, beliau mula terlibat dengan budak-budak samseng. Kerap kali beliau ditahan di lock-up. Beliau juga mula merokok seawal usia 14 tahun sehinggalah berhenti pada usia 27 tahun. Beliau pernah menjalani latihan Perkhidmatan Negara, suatu perkara yang paling ditakuti anak remaja kerana latihan ketenteraan yang sangat lasak dan disiplin yang ketat. Tapi tidak bagi Ustaz Abdul Rahman. Beliau gembira di NS kerana beliau dapat makan! Makan tiga kali sehari adalah suatu nikmat yang beliau tidak pernah rasakan sebelum itu. (terharu lagi sekali.. =_=)

Semangat menuntut ilmu dari usia muda hingga senja

Beliau mula mengenali Islam setelah diajak oleh abangnya untuk sama-sama belajar agama dari Ustaz Osman, yang merupakan Ustaz pertama beliau. Bagaikan seorang jahiliah yang memeluk Islam di zaman Rasulullah SAW, beliau begitu terpegun dengan ajaran-ajaran Islam yang murni. Ada yang menyebabkan beliau menangis insaf, insaf betapa sebelum ini beliau telah mensia-siakan hidupnya dan tidak mengenang segala nikmat dan rahmat kurniaan Allah kepadanya. Dari situ, minatnya pada ajaran Islam semakin bertambah. Beliau mula mencari guru-guru tambahan. Beliau belajar sebanyak 8 kali seminggu dengan guru-gurunya mengikut bidang masing-masing. Beliau tidak berlengah dalam urusan dakwah. Beliau telah cuba berdakwah dengan menyampaikan ajaran Islam pada sebuah keluarga pasangan suami isteri. Namun beliau mula menyedari bahawa untuk melayakkan diri untuk mengajar perlunya melalui sistem pembelajaran yang sistematik dan teruji. Beliau menyambung pelajarannya ke Jawa. Ketika menuntut ilmu di Jawa beliau juga menjalankan urusan dakwah sampaikan ada gadis yang berminat untuk berkahwin dengannya termasuklah seorang anak paderi yang diislamkannya (hensem kot Ustaz Abdul Rahman ni.. ^__^). Tapi jodoh beliau dengan gadis Singapura juga. Anak paderi yang baru memeluk Islam tu frust dan menghilang entah ke mana. (penangan putus cinta.. ish2). Moga-moga tetap Islam hingga hujung nyawa.

Pada 1990, beliau berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di peringkat universiti di Madinah. Walaupun dimomokkan oleh orang lain dengan mengatakan bahawa
Madinah tempat penyebaran fahaman Wahabi, namun Ustaz Abdul Rahman tetap meneruskan usaha menuntut ilmunya hingga akhirnya lulus dengan membawa pulang Ijazah Kepujian Kelas II Rendah dalam bidang Syariah pada 1993. Pada usia 32 tahun beliau mampu melakukannya, inikan pula insan yang bakal 22 tahun ni.. Muhasabah...

Antara rahsia kejayaan yang beliau amalkan:

1. Usaha belajar bersungguh-sungguh
2. Kumpulkan nota-nota setiap mata pelajaran untuk dibaca berulang-ulang kali sebelum hari peperiksaan
3. Setiap kali berjaya memahami sesuatu, bersyukur kepada Allah dengan mengatakan: "Ya Allah, aku berterima kasih kepadaMu kerana memberi kefahaman kepadaku. Tambahkanlah lagi kefahamanku dan jadikanlah ilmu yang aku pelajari ini bermanfaat".
4. Setiap kali solat dan berada di tempat dan masa yang mustajab, berdoa meminta kejayaan yang cemerlang.
5. Memberi salam. Kerana memberi salam adalah doa dan orang yang menjawab salam itu juga akan mendoakan kita.


Disember 1995, beliau sekali lagi berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia untuk mengikuti kursus sijil Pentadbiran. Walaupun subjek seperti Ekonomi dan Accounting menggunakan istilah-istilah yang asing buat seorang Ustaz seperti beliau, namun belia berjaya lulus cemerlang dan mampu mengalahkan semua pelajar yang lain.

Dakwah tanpa jemu walau diuji

Ustaz Abdul Rahman ditawarkan untuk berkhidmat di sebuah masjid sehingga beliau mampu mengimarahkan masjid tersebut dengan pelbagai aktiviti. Namun beliau tetap tidak terlepas dari ujian. Fitnah wanita yang mengganggu urusan dakwahnya menyebabkan beliau terpaksa mengambil keputusan untuk berpoligami. Ustaz Abdul Rahman ni hensem kot, sampaikan isteri orang pun tergila-gilakan beliau. hehe..

Dan beliau sekali lagi diuji apabila disingkirkan dari masjid yang diimarahkan beliau. Namun rezeki Allah adalah tidak disangka, beliau 'dilamar' ke sebuah masjid yang lain pula. Beliau berjaya meningkatkan taraf pembelajaran tadika dan madrasah di masjid tersebut. Tapi lagi sekali beliau diuji. Urusan birokrasi kadang-kala banyak menyekat urusan dakwah. Beliau pernah ditangkap dan dikaitkan dengan 'Lashkar Jihad", iaitu pasukan pemberontak dari Indonesia. Tapi akhirnya beliau dilepaskan kerana tidak bersalah. Namun, beliau juga menerima nasib yang lebih kurang sama di masjid yang pertama. Disingkirkan dengan alasan yang mudah.

Kemudiannya, beliau memilih untuk berniaga. Lagi senang untuk beliau berdakwah dan mencari rezeki.

Kreatif dan inovatif serta gigih berniaga dan berdikari mencari nafkah

Ustaz Abdul Rahman mencari nafkah halal dengan cara berniaga. Perniagaan pertama yang diceburinya adalah bidang penyaluran paip (plumbing). Ini adalah perniagaan pertamanya sebelum menerima tawaran untuk berkhidmat di masjid. Beliau meminjam $2500 daripada pakciknya sebagai modal kerana sememangnya beliau tidak ada modal. $1700 digunakan untuk membeli sebuah van terpakai yang selalu meragam. Pada mulanya beliau menjalankan kerja-kerja tersebut bersama sepupunya tapi akhirnya sepupunya berhenti kerana tidak dibayar gaji. Ini kerana kontraktor mula menunda pembayaran hasil kerja-kerja mereka. Akhirnya beliau gulung tikar.....

Setelah mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat dengan pengurusan dan ahli jawatankuasa masjid, beliau menubuhkan FIQH Consultancy & Services. Beliau mengeluarkan bahan-bahan pendidikan masyarakat seperti buku dan cd. Namun beliau tidak terlepas dari hasad dengki dari orang sekeliling. Difitnah sehingga perlu melibatkan mahkamah. Analogi mi rebus telur babi yang menarik tentang hasad dengki:

Di sebuah kawasan jajaan makanan Melayu, ada sebuah kedai mi rebus yang laris jualannya dan berjaya menarik pelanggan dari merata tempat. Ada seorang Melayu lain juga berhasrat membuka warung mi rebus bersebelahan kedai mi rebus tadi. Dia berniat menandingi warung pertama tersebut. Namun mi rebusnya jauh berbeza dan gagal menarik pelanggan ke warungnya. Pelbagai usaha dilakukan namun tidak juga berjaya. Akhirnya setelah tangkal dan pelaris tidak berjaya, dia menyebar fitnah. Biasanya mi rebus ada telur kan? Dia menyebarkan fitnah mengatakan kononnya warung pertama menggunakan telur babi. Perkataan babi sememangnya perkataan yang sensitif di kalangan orang Melayu Islam. Tapi entah kenapa, cepat sangat percaya dan terlupa bahawa babi mana la bertelur. Aiyo!

Moralnya: jangan cepat percaya dengan fitnah k!

Sebenarnya banyak lagi cabaran dan pencapaian Ustaz Abdul Rahman. Beliau pernah diberi peluang untuk menyewa tapak di bazar ramadhan. Gerai itu diusahakan bersama salah seorang isterinya. Namun hingga lebih separuh Ramadhan berlalu, gerai mereka tidak laku kerana rupa-rupanya lokasi tapak gerai itu tidak strategik dan tersorok. Banyak makanan untuk jualan dibazirkan dan duit untuk membayar sewa tetap juga tak berjaya dikumpul. Namun dalam keadaan terdesak itu, ada rezeki yang ditetapkan Allah. Beliau berjaya juga bayar sewa dan berjaya memiliki sebuah kedai di kawasan yang strategik. Berkat kesabaran beliau sekeluarga. Kedai itu diusahakan sendiri untuk menjual buku-buku dan cd-cd nya. Sikap kreatif dan inovatif beliau berjaya mencipta formula sabun sertu, tisu tayamum, sabun ihram (yang tiada wangian), dan juga tandas Muslim. Menakjubkan bukan? Namun tak semudah itu perjalanan beliau. JAKIM sukar untuk meluluskan sabun sertu nya. Agensi haji juga tidak berminat dengan sabih ihram beliau. Ada sesetengah masjid juga sukar untuk meluluskan persetujuan untuk pemasangan tandas Muslim rekaan beliau. Malahan untuk menjual buku-buku dan cd-cd nya juga sukar di sesetengah masjid.

Walau apa pun, saya banyak belajar dari perjalanan hidup beliau yang mencabar. Pesanan beliau yang bermakna:

Janganlah kesusahan itu menyebabkan kita berputus asa dari rahmat Allah. Kalau kita memilih iman kepada Allah, maka bersedialah untuk diuji. Ketahuilah ditetapkan kesusahan dahulu bagi orang beriman dan senang akan menyusul kemudian. Janganlah pula kita terpesona dengan kemewahan orang tidak beriman di dunia ini, untuk mereka kesenangan dahulu dan kesengsaraan kemudian. Kita bukanlah orang paling malang di dunia ini. Ada yang lebih malang. Kalau mahu terlepas dari kesempitan yang kita alami, sediakanlah diri kita untuk membantu orang lain walau dalam apa cara sekalipun. Semoga segala masalah kita hadapi segera diganti dengan kesenangan di dunia, atau kesenangan akhirat pasti menanti kita. Itulah kesenangan hakiki yang abadi.


klik untuk ke blog Ustaz Abdul Rahman

Thursday, October 7, 2010

Tautan Hati


Puas kumerayu, Puas kuseru,
Jawapanmu tetap yang dulu.
Oh, sukarnya mengajakmu!
Namun, kasihku padamu cukup padu,
Lantaran itu,
Aku kan terus menyerumu,
Pada Yang Satu.
Kugenggam kukuh suatu azimat,
"Kita hanya penyeru, bukan penghukum."
Ya Allah, kuharap bantuan-Mu mengiringiku.
Seru dan terus menyeru,
Itu tugas Rasul-Mu,
Akan kuteruskan semampuku,
Hingga ke hujung waktu.


Novel yang dibeli pada 2/2/2010 baru sahaja saya habiskan pada 7/10/2010 malam ni.. Novel ini antara yang terbang tinggi juga untuk sampai ke sini. Jauh perjalanan novel ni ikut saya semata-mata demi mendapatkan manfaatnya. Masa kat Malaysia, sebelum fly, tak sempat habis baca dan sejak dua minggu yang lepas baru start baca balik sebab 'kawan baik' saya yang satu ni baru tiba (suruh umi post sekali dengan bungkusan raya aritu). Dan Alhamdulillah saya tak menyesal membaca setiap ayat dalam novel ni. Banyak sangat manfaat dan terasa bersemangat. Rasa cinta juga makin meningkat... :)

Tema utama adalah mengenai dakwah dan tarbiyah. Watak utama diberi nama Asiah Yusra. Seorang mawar berduri yang sangat bersemangat mujahidah sebenar dalam meneruskan tugas Rasulullah, iaitu menyampaikan. Mad'unya bukanlah dari kalangan yang hebat-hebat dan faham tarbiyah, tapi mad'u dalam halaqoh cintanya mempunyai cerita-cerita dramatik masing-masing. Setiap mereka menguji kesabaran Asiah Yusra. Setiap cerita mad'unya memberi pengajaran bermakna. Namun Asiah Yusra juga ada kisah tersendiri. Kisah cinta seorang daie (panduan penting nih.. :p)

Saya review buku ni dengan menekankan dua tema penting dalam perkembangan watak utama (Asiah Yusra), iaitu 'Dakwah dan Tarbiyah' dan 'Cinta'.


Dakwah dan Tarbiyah

Bertemu cinta dalam halaqoh,
Hidup lebih indah terarah,
Menyulam tautan hati kerana Allah,
Terpateri ikatan akidah.


Asiah Yusra adalah puteri bongsu dari sebuah keluarga tarbiyah. BOnda dan ayahandanya adalah mereka yang hebat dalam dakwah dan tarbiyah walaupun keduanya adalah dari golongan profesional, mereka bergelar Dr. Dari itu Asiah Yusra dan abang serta kakak-kakaknya menerima didikan agama yang hebat dan mereka adalah pejuang yang meneruskan tugas Rasulullah dengan wasilah(medium) masing-masing.

Di universitinya, Asiah Yusra adalah sebutir mutiara yang berkilau. Dia berusaha mendekati semua sahabat yang dirasakan ada potensi menerima. Beberapa kali perjumpaan halaqoh cinta yang cuba dibentuk dihadiri oleh dirinya seorang sahaja. Tiada yang hadir. Masing-masing mencipta alasan. Namun setiap mad'u nya adalah mereka-mereka yang hebat. Hebat kerana diuji dengan pelbagai dugaan dan berkat kesabaran, sopan santun, kebaikan, ketenangan Asiah Yusra mereka memilih untuk di jalan Yang Esa. Asiah Yusra menyentuh hati mereka terlebih dahulu, dan proses ini mengambil masa dan menuntut kesabaran. Sebab itu, menyentuh hati adalah aspek yang paling penting berbanding menyentuh akal. (mungkin orang lain tidak tapi saya yakin dengan ini.)

Mad'u Asiah Yusra yang pertama, Imtisal. Watak pertama yang diperkenalkan dalam Tautan Hati namun inilah watak yang terkorban kerana pembunuhan kejam saudara darah daging sendiri. Imtisal ditetak berkali-kali oleh adik tirinya sendiri yang sebenarnya seorang bekas pesakit mental, tapi tidak disedari sesiapa sehinggalah kejadian pembunuhan kejam itu. Part ini sangat menyedihkan kerana Sal sangat baik. Dari kecil hidup susah kerana ibu ayahnya bercerai. Dia dibesarkan abang longnya yang sangat baik. Selalu membela dan melindungi Sal dan adiknya Wildan dari dipukul mak ayah mereka. Sanggup membiar diri dipukul sampai pengsan demi adik-adik. Bila ibu ayah mereka meninggalkan mereka, abang long mereka yang bekerja walau usia masih muda demi membesarkan adik-adiknya. Tapi Wildan yang kekurangan kasih sayang hanyut dengan cinta lelaki tak berguna dan lari dari keluarga. Imtisal berjaya ke universiti berkat usaha sungguh-sungguh abang long. Namun abang long pergi selamanya dalam keadaan yang menyedihkan. Meninggal di langgar lori ketika ingin ke hospital melihat anak pertamanya yang baru dilahirkan dengan motor buruknya. Dia tak sempat melihat bayi pertamanya. Disebabkan itu kakak ipar Sal seperti gila meroyan. Sangat menyedihkan apabila kakaknya bertindak membunuh bayi itu dengan menyelamkan baby tu dalam air. Katanya ingin baby tu tidur dengan tenang dan jumpa ayahnya. Dan lagi sedih bila kakaknya itu bertindak membunuh diri dengan menggantungkan dirinya sendiri. Sal yang selalu mendapatkan nasihat dengan Asiah Yusra kerana dia mengalami masalah akidah. Ada gangguan yang datang berbisik padanya mengatakan Allah sama dengan makhluk lain dan Sal selalu mnjerit mnjawab "Dia tak sama". Dari situ Sal mula rapat dengan Asiah yusra yang sentiasa hadir ketika dia memerlukan seseorang. Dan kisah-kisah sedih hidup Sal itu juga sering ditemani Asiah Yusra yang sentiasa hadir memberi sokongan.

Kisah Layyinul Harir juga tak kurang hebatnya. Seorang gadis yang baik tapi hanyut dengan cinta seorang lelaki. Pada awalnya selalu memberi alasan untuk tidak hadir majlis ilmu dan halaqoh Asiah Yusra tapi akhirnya terbuka juga pintu hati untuk memilih cinta mana yang lebih penting. Asiah Yusra tidak pernah menghalang kisah cinta Lien (lbh dikenali dengan nama ini) dengan ketegasan tapi hantinya disentuh dengan berhikmah. Nasihat yang sedikit demi sedikit membuka pintu hati Lien.

Kisah Hana juga menarik. Tapi kisah cinta nenek Hana lagi menarik. Cinta Mak Ngah Siah pada seorang lelaki yang mengajar tentang Pencipta sangat utuh hinggalah ke usia tuanya. Mak Ngah Siah sangat suka mengikuti kelas agama Yaakob. Cinta sejatinya. Tapi disebabkan keadaan orang kampung pada zaman itu yang masih tidak mengamalkan cara Islam yang betul, mereka telah bertindak menghalau Ustaz Yaakob yang mengajar agama di kampung tersebut. Yaakob terpaksa keluar tapi berjanji akan pulang mencari dan menikahi Mak Ngan Siah. Dari hari itu hinggalah ke usia tuanya, Mak Ngan Siah menunggu kepulangan Yaakob yang difitnah orang kampung. Namun, disebabkan Mak Ngah Siah adalah gadis rebutan kampung, pelbagai propaganda berlaku dan menyebabkan Mak Ngah Siah berkahwin lain termasuklah menggunakan bomoh. Yaakob pernah kembali namun bila mengetahui Mak Ngah Siah telah bernikah (dipaksa), Yaakob pergi membawa diri. Namun tanpa disangka pada usia tua mereka, mereka disatukan. Pada mulanya, Mak Ngah Siah setuju untuk kahwin semula dengan bekas suaminya yang pertama setelah suami ketiga meninggal dunia. Itupun atas desakan anak-anak. Tapi pada hari pernikahan pasangan veteran itu, Yaakob kembali. Agak dramatik bila lafaz akad nikah telah disahkan antara Mak Ngah Siah dengan bekas suami pertamanya yang sebenarnye telah banyak memfitnah Yaakob. Tapi, situasi dramatik itu diteruskan apabila bekas suami pertama itu terkejut dengan kemunculan Yaakob dan terkena serangan jantung dan meninggal di situ. Akhirnya Mak Ngah Siah dapat bersama dengan kekasih yang ditunggu selama ini.

Kisah Muslimah juga menakjubkan. Nama sebenar Muslimah sebelum Islam adalah Christene. Sebelum memeluk Islam, Muslimah seorang kristian yang agak kuat pegangannya. Dia yang selalu cuba 'berdakwah' tentang agamanya pada Imtisal dan Asiah Yusra. Sal tidak berapa kuat untuk menjawab persoalan akidah dari Christene dan minta bantuan Asiah Yusra. Dan Asiah Yusra sentiasa berhemah dan menjawab persoalan akidah dari Christene dengan cara paling berhemah tanpa menyinggung perasaan Christene. Dan peristiwa yang menjadi turning point dan menyebabkan Christene menjadi Muslimah adalah kerana kucing. Kerana anak-anak kucing yang lahir dari ibu kucing yang Sal amanahkan pada dia untuk menjaganya (sebab Sal pergi kelas hari itu). Anak-anak kucing itu lahir dengan adanya kalimah Allah dan Rasulullah (tak ingat sangat kalimah apa sebenarnya). Walaupun anak-anak kucing itu mati tapi kalimah-kalimah itu membuatkan Christene mengucap Lailahaillallah di depan Imtisal. Sejak itu Muslimah (Christene) adalah antara yang setia dengan halaqoh cinta Asiah Yusra.

Cinta

Ramai orang berpandangan,
Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan,
Tanpa perkenalan, mustahil cinta bertandang,
Tanpa percintaan, mustahil keserasian dikesan,
Mereka sebenarnya terlepas pandang,
Dalam Islam ada taaruf dalam tempoh risik dan bertunang,
Yang melibatkan mahran bukan berdua-duaan.
Taaruf itulah mendedahkan keserasian,
Cuma takrif 'taaruf' dan 'serasi' dalam fikiran manusia berlainan,
Islam mengajar manusia taaruf yang ada sempadan,
Terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan,
Bukan taaruf melalui bercinta sakan,
Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan,
bukan serasi dengan kehendak pasangan,
Cinta aL-Rahman menjana kebahagiaan,
Lantaran itulah, batasanNya tidak boleh dipermainkan.


Kita review kisah cinta Asiah Yusra ok.

Umar al-Mujahid sangat menaruh hati pada Asiah Yusra. Selalu sangat menghantar mesej rindu kepada Asiah Yusra sedangkan dirinya adalah antara singa yang mengaum hebat di sekolah Taman Islam mereka dulu. Kedua-duanya lahir dari tarbiyah yang hebat di Taman Islam dan ditakdirkan di universiti yang sama. Entah kenapa Umar tidak thiqoh (boleh dipercayai) seperti di Taman Islam dulu. Dirinya seakan hanyut dan kehilangan taring mujahidnya. Tapi setiap mesej dari Umar deleted serta merta oleh Asiah Yusra. Antara mesej yang buat saya nak tergelak:

-This time I'm sure about what I'm feeling and I'm gonna say it...

-I L.
-I L.O
-I L.O.V
-I L.O.V.E
-I L.O.V.E y.o
-I L.O.V.E yougurt
sedap tau!

~hehe.. teringat zaman msej2 cmni dulu.. opps, bukan dr lelaki ajnabi yg berniat ntah apa-apa tapi dr kawan2 yang klakar.. dah berlalu zmn msej2 cute cmni smnjak dtg oz nih~

Sambung kisah Asiah Yusra tadi.

Sampai satu masa, Umar dah kecewa tunggu Asiah Yusra sebabnya langsung tidak dibalas apa-apa. Entah kenapa rasa kecewa dan rasa ingin menyayangi dan disayangi itu menyebabkan Umar terpengaruh dengan cinta palsu dengan seorang perempuan gedik (bagi saya ni kategori gedik, maaf agak kasar tp memang betul pun.. huhu). Tak nak cerita sangat kisah-kisah maksiat mereka, tak bermanfaat pun. Tapi macam mana Umar boleh insaf dan kembali pada halaqoh sangat menarik. Sahabat sefikrah Umar, Banna menyedari perubahan Umar. Diajak ke halaqoh pelbagai alasan diberi. Suatu hari Banna ke bilik Umar untuk ajak ke halaqoh, Umar sedang tido, Banna masuk ke biliknya dan terbaca mesej di komputer dari 'pemberi cinta palsu' Umar, ajak dating di PWTC esoknya. Seperti biasa, bila diajak ke halaqoh, Umar memberi alasan ada asignment. Kerana terbaca mesej tersebut, Banna mendapat idea untuk mengajak halaqohnya mmbuat perjumpaan di PWTC. Adegan Umar dan 'pemberi cinta palsu' itu di taman PWTC agak 'dramatik maksiat'. Umar cuba menepis tapi tetap terbuat. Dan tetiba Umar ternampak satu perkumpulan. Rupa-rupanya itu halaqoh Banna dan teman-temannya yang lain. Mereka sedang memerhatikan gelagat Umar sebenarnya. Umar tersangat segan dan ambik selendang 'pemberi cinta palsu' nya untuk tutup muka (keh2.. kelakar!). Tapi akhirnya Umar tertunduk rebah malu dengan dosa sendiri di depan semua sahabat fillah itu. Dari situ Umar mula insaf dan mencari cinta sebenar, cinta Allah.

Sambung balik kisah Asiah Yusra.

Sebenarnya Asiah Yusra juga menaruh hati pada Umar. Perasaan itu adalah fitrah. Cuma cara Umar 'merisik' bukan cara yang terbaik. Sebab tu, Asiah Yusra tidak pernah menjawab/ reply apa-apa. Tapi Banna lebih dahulu mengorak langkah merisik Asiah Yusra melalui perantara yang sepatutnya. Asiah Yusra istikharah untuk menerima atau tidak. Akhirnya Asiah Yusra menghantar satu email pada Umar:
........................................... Ana menghargai risikan anta dalam hidup ana. Ana tak sangka ana ada tempat di hati anta. Entahlah samada tempat ana itu telah sedia dipenuhi yang lain atau tidak. Bagi pihak ana, dari dulu sampai sekarang, keyakinan ana pada agama anta tak pernah berubah biarpun ana telah mendengar pelbagai cerita tentang anta...................................... Kini, ana telah bersedia. Ana sedia dipetik....


Berulang kali Umar baca dan sangat gembira. Tapi bila sahabatnya Banna datang dan menjemput ke majlis pertunangannya bersama Asiah Yusra, Umar tahan air mata kecewanya. Keyakinan pada ketentuan Allah menguatkannya.

Pada hari pertunangan, Asiah Yusra menitiskan air mata kerana bakal zauj yang diharapkan adalah Umar namun rombongan yang datang sebenarnya dari keluarga Banna. Asiah Yusra sangat terkejut kerana padanya risikan yang diterima itu dari Umar tapi rupanya tidak. Agak dramatik majlis pertunangan itu bila Asiah Yusra gagal menjawab untuk menerima pinangan Banna atau tidak. Dan Tiba-tiba Banna bangun dan mengatakan ingin mewakili Umar al-Mujahid untuk meminang Asiah Yusra kerana Banna tahu Umar menaruh hati pada Asiah Yusra sebenarnya. Jawapan kini di tangan Asiah Yusra. Berpegang pada ayat 2:216, Asiah Yusra menerima pinangan Hassan Al-Banna.

Namun sepanjang tempoh pertunangan itu, Asiah Yusra sering bermimpikan Umar. Istikharah yang dilakukannya sering memberi tanda Umar. Asiah Yusra pernah mimpi Umar datang membawa mahar Al-Quran padanya.

Dan sememangnya perancangan Allah itu yang terbaik. Sebelum sambung pengajian ke Amerika, di lapangan terbang, Hassan Al-Banna melepaskan Asiah Yusra kepada Umar Al-Mujahid. Kedua bonda dan ayahanda Asiah Yusra juga menerimanya. Dan jodoh Hassan Al-Banna adalah Elya Khadeeja, sahabat sejati Asiah Yusra yang kebetulan sama-sama ke Amerika untuk smbung belajar.

Elya Khadeeja adalah sahabat sejati Asiah Yusra yang sangat hebat. Mereka adalah permata bernilai yang menyuburkan benih-benih tarbiyah di Taman Islam (sekolah mereka). Mereka berjuang kerana Allah dan ukhuwah mereka ukhuwah fillah. Dan akhirnya jodoh mereka adalah bersama pejuang-pejuang hebat dari Taman Islam juga. Dengan itu tarbiyah dan dakwah makin berkembang.

Dalam soal jodoh ni juga, Tautan Hati mengajar suatu nilai yang baik. Ikhwah dalam halaqoh bersedia menerima akhowat yang tiada rupa asalkan dapat selamatkan akhowat tersebut dari dimiliki seorang lelaki yang tidak faham dakwah dan tarbiyah. Yang lebih dipentingkan adalah dakwah dan tarbiyah.

Baiti Jannati


Bersih wajahnya,
Menggunung harapanku padanya,
Petah lidahnya,
Melaut doaku buatnya,
Aduhai Si Kain Putih tercinta,
Dikaulah permata ayah bonda,
Harapan Ummah seluruhnya.

"Abang, Elya nak pergi ziarah Asiah Yusra. Boleh kan bang?" Elya Khadeeja meminta izin dari suaminya.

"Pergilah, MOga Allah mudahkan. Subhanallah, cantik puteri-puteri abi! Nak jumpa kholah Yusra ke? Mari salam dengan abi dulu." Al-Banna memuji sambil menghulurkan tangannya. Berlari-lari kedua puterinya, diikuti Elya Khadeeja untuk bersalam dengan suaminya.

"Umi, Solah nak ikut". Tiba-tiba muncul anak lelakinya yang berusia tujuh tahun.

"Tadi, Solah buat apa sayang?" tanya Elya Khadeeja. Dia mahu mendidik anaknya yang dari tadi menonton televisyen.

"Err, Solah tengok cerita Lipas Man." Solahuddin Al-Ayyubi tunduk akur dengan kesalahnnya.

"Dari pukul berapa?". Elya ingin menguji puteranya.

" Solah tak tengok jam tadi. Tapi, lama juga. Solah juga makan depan televisyen". ujar puteranya perlahan, mengaku kesalahannya kerana sememangnya mereka sntiasa diajar untuk bercakap benar.

"Sebelum Lipas Man, Solah tengok Mickey Mouse. Kak Long dah cakap Lipas Man tu tipu, mana ada manusia yang boleh terbang tapi dia tengok juga. Tonton cerita Lipas Man samalah seperti menyerah diri untuk ditipu. Kan umi?" sampuk puteri sulungnya.

"Umi tak halang sekali sekali nak tengok kartun. Tapi jangan terlalu lama dan asyik. Sejam cukuplah. Sambil menonton, kena banyak puji Allah supaya kita tidak tertipu." Elya Khadeeja mengusap kepada puteri sulungnya.

"Solah tak buat lagi. Umi, Solah nak ikut ke rumah kholah Yusra". Solahuddin Al-Ayyubi mengulangi permintaannya.

"Ha, Solah tak boleh ikut Umi sebagai denda yang berulang. Tapi, Solah telah bercakap benar, itu sifat terpuji. Ada hadiahnya. Apa hadiahnya abi?" tanya Elya Khadeeja.

Al-Banna mengakhiri kerjanya. Laptop ditutup. Dari bilik komputer dia menjenguk ke ruang tamu. Jari-jari digerakkan, isyarat memanggil. Solahuddin Al-Ayyubi berlari-lari anak.

" Hadiahnya, jom ikut abi jalan-jalan! Kita berlatih kuda di taman rekreasi. Orang lelaki Muslim kena kuat. Lebih kuat daripada Lipas Man. Kita mesti kuat untuk jaga Islam yang kita cintai, supaya Allah sayang. Beriadah adalah salah satu cara nak jadi kuat." jelas al-Banna sambil mengusap kepala Solahuddin Al-Ayyubi yang melompat girang.


Friday, December 18, 2009

Langit Ilahi, by Hilal Asyraf



Buku ini adalah terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Ianya merupakan buku tarbiyah
rohani yang mengusik iman insan yang terbuka pintu hatinya. Dan kalau dalam
buku ini Hilal menggunakan perkataan qalb untuk hati. Qalb yang
berbolak-balik. Sememangnya hati kita sentiasa berbolak-balik. Jadi amat wajar
sekali kita mengisi rohani kita dengan ilmu mengenal Allah agar diri lebih
mempercayaiNya dan seterusnya menyayangiNya sepanjang hayat yang sementara ini.

Langit Ilahi ini telah ditulis oleh Hilal dengan baik sekali dan bagaikan
ditulis oleh seorang insan yang berpengalaman. Namun, Muhammad Hilal Asyraf
bin Abd Razak ini masih muda sebenarnya. Pada tahun 2009, usianya barulah 20
tahun. Tetapi ilmu dan pengalaman yang dikongsi jauh lebih matang dari usianya.


Langit Ilahi ini bertemakan Tuhan tidak lupakan kita. Betul ke? Secara
peribadi, sebenarnya tidak mudah untuk kita mempercayai hakikat itu.
Jadi, tidak hairanlah jika kita selalu alpa padaNya. Mudah sangat berputus asa
dengan ujianNya yang tidak seberapa. Mudah sangat tergoda dengan nafsu
ajakan syaitan. Langsung tidak sedikit pun sedar Allah sedang memerhatikan
kita dan TIDAK LUPAKAN KITA.

Jadikan hidup kita seluruhnya sebagai ibadah. Sempurnakan ibadah-ibadah
khusus seperti solat 5 waktu, puasa, zakat, membaca Al-Quran, berzikir
dan sebaginya. Di samping itu jadikan aktiviti seharian yang lain juga sebagai
ibadah. Asalkan memenuhi 2 syarat ini;
1. niatnya baik dan
2. perkara itu baik di sisi syarak.

Antara perkara penting yang turut disentuh Hilal dalam buku ini juga adalah
soal HATI. Dalam hal ini, hati yang dimaksudkan lebih tepat didefinisikan
dengan perkataan qalb. Qalb terdiri daripada 3 tahap:
1. Qalb hidup
2. Qalb sakit
3. Qalb mati
Sama-samalah menjaga hati agar ianya tidak menjadi hati yang sakit agar
kita dapat mnegecapi kemanisan ibadah yang kita lakukan. Jadi, seandainya
kita merasakan kita tidak dapat merasai kemanisan ibadah yang kita lakukan
ada baiknya jika kita memeriksa kembali hati kita dengan muhasabah dan
banyakkan berfikir dengan hati yang terbuka. Pastinya hati kita sedang
sakit dan memerlukan ubat ketenangan yang hanya boleh didapati
dengan selalu berjumpa doktor sekalian doktor. Selalulah ingatiNya dan
berusahalah mencari keredhaanNya.

Tidak dinafikan dalam meniti hari-hari yang penuh dengan pancaroba dan
dugaan, kadang-kadang kita dihimpit kegelisahan. Selalunya tanpa disedari
juga kegelisahan berpunca dari diri kita sendiri sebenarnya. Apa kata kita pergi
ke tempat-tempat yang menenangkan jiwa, duduk bersama dengan orang yang baik
dan melaksanakan ibadah pada penghujung malam. Dan yang saya selalu amalkan,
carilah ilmu, bacalah dan cuba amalkan. Carilah ilmu mengenal Allah
walaupun kita sibuk dalam mencari ilmu mengejar kejayaan dunia yang
sebenarnya lebih kepada 'paksarela'.

Sama-samalah kita berusaha untuk menjadi mukmin yang memiliki 10 sifat
peribadi unggul ini.
1.Akidah yang sejahtera
2.Ibadah yang sahih
3.Akhlak yang mantap
4.Luas pengetahuan
5.Sihat badan
6.Mampu berdikari
7.Melawan nafsu
8.Sangat menjaga masa
9.Tersusun urusannya
10.Bermanfaat kepada orang lain

Sebenarnya banyak sangat ilmu yang boleh diambil dan diamalkan dari buku
Langit Ilahi hasil tulisan Hilal Asyraf ini. Sememangnya menjadi satu
peringatan penting dalam menjalani hidup sebagai seorang hamba. Kadang-kadang
diri ini selalu terlupa dan alpa. Namun, Alhamdulillah Allah bukakkan pintu
hati untuk memilih buku ini walau ada buku lain yang menjanjikan
pengisian yang padat juga. Yang pasti jiwa ini, rohani ini, hati ini,
akal ini, qalbu ini dan insan hina ini memerlukan pengisian. Pengisian
rohani. 'Food for soul'.

Akan kucuba mengenaliNya dengan lebih lanjut agar cinta ini hanya tertumpah
pada yang hak, Pencipa ku, Ya Ilahi. Moga diri ini kuat untuk bermujahadah
di jalanMu Ya Allah.


Monday, December 14, 2009

Syabab Musafir Kasih, Fatimah Syarha



Sebuah novel islamik yang sangat menarik. Tidak rugi membelanjakan sedikit
wang untuk mendapatkannya. Fatimah Syarha merupakan seorang penulis yang
sangat berbakat. Sangat mengagumi tulisannya ini. Kisah seorang pemuda
Syabab yang hidupnya diajar oleh Cikgu Pengalaman banyak menginsafkan
diri ini. Membuat daku banyak berfikir tentang diri ini sendiri.
Tentang prinsip, hala tuju, matlamat, amanah, tanggungjawab dan azam
yang kugenggam.

Permulaan cerita yang menarik apabila penulis memulakannya dengan kisah
seorang kanak-kanak lelaki yang istimewa dirinya, Syabab. Anak yatim
berusia 7 tahun yang menjalani kehidupan seharian sendiri. Belajar
segala-segaalnya sendiri. Namun, seorang gadis berhati suci tidak pernah
jemu menasihati dan mendidik jiwa suci yang mencari arah itu. Diajar
bagaimana menjaga kebersihan, bagaimana untuk menjaga diri membuatkan
Syabab sangat menyayangi Kak Zah, lebih dari kakak kandungnya
sendiri. Kelincahan dan kesucian hati Syabab pada zaman kanak-kanaknya
mampu mencuit hati ini.

Namun, Syabab kehilangan arah apabila Kak Zah meninggalkannya untuk
mencari ilmu di bumi Anbiya'. 6 tahun Syabab membesar dan mencari diri
tanpa nasihat dan bimbingan membuatkan Syabab tersalah arah dan terjerumus
ke lembah hitam bersama pemuda kampung yang tidak bermoral. Kepulangan
Kak Zah hambar baginya. Kak Zah terkejut namun tidak berputus asa untuk mengembalikan Syabab kesayangannya ke jalan yang benar. Berkat usaha
Kak Zah dan suami, Ustaz Mursyid, Syabab kembali mencari jalanNya.
Cuba untuk menyambung pelajaran sebagaimana saranan Kak Zah namun
kegagalan menjadi trauma dalam diri Syabab.

Sebelum SPM, Syabab mengalah dan bertindak melarikan diri ke kota.
Kasih sayang Allah bersamanya, Syabab bertemu insan berfikiran terbuka,
Michael Lim. Syabab menumpang kasih di rumahnya. Walaupun berlainan
agama namun Syabab tidak pernah melupakan nasihat dan bimbingan Kak Zah
dan Ustaz Mursyid untuk menjunjung agamanya. Di situ, bermulanya Syabab
mula mencipta nama. Rindu seorang ibu membawa Syabab pulang ke kampung.
Namun, apabila sampai masanya ibu yang sakit tetap pulang bertemu Tuhannya.

Syabab menerima ajakan dan pujukan Kak Zah dan Ustaz Mursyid untuk
membangunkan pemuda kampung dan membimbing mereka ke jalan keredhaan Allah.
Dengan bantuan dan dorongan Imtiyaz, Ustaz Mursyid dan Kak Zah, Syabab
mampu membawa pengaruh yang baik kepada para pemuda kampung. Namun tidak
lama. Syabab membuat keputusan menggembirakan semua pihak untuk menyambung pelajarannya.

Kembara ilmu membawa Syabab ke Syam, bumi berkat. Bertahun-tahun Syabab
menuntut ilmu dengan pelbagai Syeikh membuatkan semangat Syabab berkobar-kobar
untuk pulang dan membantu pemuda desa.

Syabab pulang tanpa disambut namun dia membawa harapan. Tidak disangka
harapan berkecai apabila melihat pemuda kampung yang dipimpinnya dulu
kembali ke perangai asal. Remuk hatinya. Namun, seperti selalu dorongan
Kak Zah mengembalikan semangat Syabab untuk berganding dengan Imtiyaz
menggerakkan apa yang pernah mereka lakukan dulu. Alhamdulillah, mereka
berjaya.

Untuk berdakwah pada orang lain jauh lebih senang berbanding pada
keluarga sendiri. Namun, Syabab, kasih dan sayang pada Kak Longnya
mendesak dia membuat cubaan berani ke tempat lumba haram. Dalam
perlumbaan berani mati itu, tidak disangka telah meragut nyawa insan mulia,
Ustaz Mursyid. Kak Zah kini sendiri bersama 4 orang anaknya.
Kak long pula makin insaf.

Syabab makin berjaya dengan ladangnya dan juga bisnes animasi yang
diterajui bersama Michael Lim. Ketulusan ukhwah dan keikhlasan iman
Syabab mneyebabkan Michael Lim mengucap syahadah. Alhamdulillah.

Bagaimana soal cinta Syabab? Orang lain yang menaruh hati orang lain
yang menjadi pilihan Syabab. Kak Zah, walaupun janda tapi itulah
cinta hakiki Syabab. Siapa sangka, hanya Syabab yang mengetahui.
Cinta pertama yang tidak mungkin diduakan. Namun, Syabab tidak membiarkan
hanya dirinya mengecapi nikmat berumahtangga. Insan istimewa lain
dalam hidupnya turut mendapat tempias mulianya hati Syabab. Najihah
yang menaruh hati padanya dijodohkan dengan Mursyid Lim manakala cucu
Syeikh yang merupakan tawaran untuk dirinya pada mulanya
dijodohkan dengan Imtiyaz.

Begitulah tulusnya seorang pemuda, Syabab.

Andai diri ini mampu menjadi sepertimu..... Alangkah.......

Friday, December 11, 2009

Tarik Kekayaan dengan Kuasa Minda, by Amar Mahmood



Dengan membaca tajuk buku ini barangkali ramai akan berfikir bahawa buku ini untuk individu yang ingin mengejar kekayaan duniawi. Kadang-kadang sesetengah pihak akan memandang serong pada insan yang ingin mengejar kekayaan. Apa salahnya pada mengejar kekayaan? Secara jujur, saya mempunyai perancangan jangka panjang dalam mengejar kekayaan tapi disebabkan adanya pandangan tidak berapa betul mengenai kekayaan, saya hanya memilih untuk berdiam
diri. Ramai mengatakan orang yang mengejar kekayaan adalah materialistik dan tak mementingkan agama. Betul ke?




Sebenarnya semuanya bergantung pada niat dan cara perlaksanaan kita.
Tiada salahnya mengejar kekayaan duniawi cuma pastikan ianya selaras
dengan agama agar kita berjaya menggenggam duniawi dan juga ukhrawi.
Namun hidup ini tidak semudah diucap.

Dalam buku ini saudara Amar menerangkan tentang salaha satu cara yang
paling penting dalam menarik kekayaan. Dan bagi saya ianya bukan
applicable untuk mengejar kekayaan sahaja tapi untuk mengejar apa
jua kejayaan dalam hidup ini. Rahsianya adalah MINDA.

Dalam bahagian 1 (Hakikat Kekayaan dan Kemakmuran), saudara Amar
menerangkan apa itu kekayaan yang sebenarnya.
1. Kekayaan adalah kuasa dan kereta, rumah, wang adalah simbol kuasa itu.
2. Perlunya untuk mewujudkan kekayaan dalam minda terlebih dahulu
barulah kita mampu untuk merealisasikan kekayaan itu.
3. Manusia terdiri dari 4 tubuh, fizikal, mental, emosi, spiritual.
Keempat-empat perlu seimbang untuk mencapai kemakmuran.
4. Kekayaan adalah aliran tenaga. Di mana fikiran anda pergi, di situ
tenaga akan mengalir.
5. Jangan mudah membuat self audit kerana itu akan merendahkan
keyakinan diri sendiri.
6. Lepaskan kepercayaan tidak berguna tentang kekayaan dan benarkan
energi kekayaan mengalir masuk.

Dalam bahagian 2 pula, saudara Amar menerangkan tentang cara menggunakan
kekuatan minda bagi menarik kekayaan.
1. Kehidupan adalah apa yang kita percaya setiap hari.
2. Tukarkan pemikiran negatif kepada prosperity thinking
3. Aktifkan reticular cortex dengan selalu membaca kisah-kisah kekayaan
orang lain, gambarkan diri dengan kekayaan dan selalu gunakan kata-kata
kekayaan.
4. Tulis affirmasi atau keinginan yang dicitakan sebanyak mungkin.
5. Banyak menggunakan kata-kata positif seperti sukses, gembira, bagus,
baik, kaya, untung, mewah etc dalam tutur kata seharian.

Dalam bahagian 3, saudara Amar menerangkan cara menggunakan energi emosi
bagi menarik kekayaan.
1. Gunakan energi dari badan untuk menarik kekayaan.
2. Bukan sahaja positive thinking, tapi emosi juga perlu sentiasa positif
tentang wang.
3. Gunakan emosi untuk menarik apa yang kita inginkan dan juga sebeanrnya
yang terbaik untuk kita.
4. Pemikiran adalah energi. Gunakan untuk tarik apa yang diingini, seperti
magnet.

Dalam bahagian 4 berkisar tentang kekuatan spiritual bagi kekayaan.
1. Tuhan adalah sumber kekayaan.
2. Sediakan ruang bagi kekayaan mengalir masuk. Lepaskan pemikiran lama dan
kepercayaan negatif dan bagi ruang pada pemikiran dan kepercayaan positif
yang baru.
3. Untuk menerima kekayaan mulakan dengan memberi atau lebih tepat bersedekah.
Bersedekah dengan ikhlas bukan mengharapkan sesuatu.

Thursday, December 3, 2009

Terasing, Hilal Asyraf



Semalam baru sahaja selesai membaca buku Hilal Asyraf, Terasing...

Menarik sangat jalan ceritanya. Dapat membantu mengisi masa lapang dan Alhamdulillah rohani jua terisi. Buku ini bertemakan cinta. Cinta. Semua orang perlukan cinta. Tanpa cinta hidup tidak bermakna. Bagi insan yang meningkat usia remaja pula pastinya dilema cinta. Konsep ingin dicintai dan mencintai. Tak salah tapi cara kena betul. Dan yang pasti bagi remaja muslim carilah cinta Illahi kerana di situ
letaknya cinta insani. Percayalah!




Personally
, bangga dengan hasil tulisan Asyraf. Jalan cerita yang menarik.
Cerita yang berkisar dengan dua janji yang dilafaz pada seorang sahabat.
Daripada 2 janji itu, jalan cerita dikembangkan dengan konflik yang sangat
menarik. 2 janji yang dilafaz pasa seorang teman 11 tahun dulu menuntut
kesetiaan seorang teman.

Kata Zaman,"Janji padaku 2 perkara. Pertama ingati aku dalam doamu.
Kedua,kalau aku jatuh, hulurkan tanganmu padaku. Bila aku bengkok,
kau luruskanlah aku."

Itulah janji yang dipersetujui Saifullah bersama sahabatnya Zaman.
Janji pertama sentiasa ditunaikan Saifullah dalam setiap doanya,
tapi janji kedua?

Itulah yang berpusar dalam kehidupan Saifullah setelah beberapa kali
bermimpi mengenai janji mereka. Bagaikan Zaman sedang menuntut janji
kedua supaya ditunaikan. Tapi tidak mudah bagi Saifullah kerana
mereka telah terputus hubungan sejak bertahun lamanya.Namun kemelut
itu seakan reda apabila Zaman kembali dan bertemu Saifullah.
Persahabatan mereka terjalin seperti zaman persekolahan dulu.

Namun, langit tidak selalu cerah.Dalam perjalanan menuju ke tempat kerja,
tiba-tiba seseorang telah mencuba untuk menembak Saifullah. Kejadian itu
tidak selesai di situ. Kompleks Tuju Penyayang yang merupakan kompleks
milik keluarga isteri Saifullah, Tengku Atikah juga turut diserang malah
lebih teruk situasinya. 10 lelaki bermotorsikal dari kumpulan Homurodama
telah datang menyerang kompleks tersebut. Namun berjaya ditewaskan pasukan SEG.

Konflik dihangatkan lagi apabila Atikah, isteri Saifullah bersama 3 orang anak mereka telah diculik oleh kumpulan pengganas yang dikehendaki itu. Pada ketika itulah Saifullah betul-betul tertekan dan sebagai mukmin sejati, Saifullah
banyak menghabiskan masa dengan beribadat dan bermohon pada Allah.
Wataknya adalah watak seorang mukmin yang tenang dan sentiasa ingat
Allah ketika diuji.

Sebenarnya, apa yang dikehendaki kumpulan terbabit adalah cip penting
kumpulan mereka. Itu sahaja. Tapi yang menjadi masalahnya adalah tanpa
disengajakan cip tersebut termasuk dalam beg Saifullah
ketika mereka sekeluarga melancong ke Jepun. Dan sekarang cip
tersebut telah bersama pihak SEG. Tebusannya adalah Atikah dan anak-anak.

Dalam pergelutan antara Saifullah, Amiri (ketua SEG), Zaman (sahabat Saifullah
yang telah berpaling dari Allah) dan Khairul Anwar (ketua Homurodama di Malaysia), segala yang tersurat dan tersirat tersingkap. Sememangnya
Zaman perlukan pertolongan untuk bangkit dan kerana itulah Saifullah
sanggup bergadai nyawa demi mengotakan janjinya 11 tahun dulu.

Rupa-rupanya Zaman yang mengasingkan dirinya dari Saifullah.
Dia kecewa apabila Atikah yang dicintainya memilih untuk menjadi isteri
Saifullah, sahabatnya sendiri dan menyangka Saifullah mengkhianatinya
padahal Saifullah tidak tahu apa-apa mengenai itu. Kerana kecewa dengan
cinta, Zaman sanggup menyertai kumpulan Homurodama yang membelot
dengan negara sendiri. Tapi dengan niat suci Saifullah untuk menyedarkan
sahabatnya kembali, Zaman kembali sedar dan menyelamatkan nyawa Saifullah
dari mati di tangan Khairul.

Bukan setakat cintakan sahabat yang menjadi tema dalam cerita ini,
tapi cinta hakiki Saifullah kepada Atikah, isteri tersayang juga membantu
cerita ini untuk lebih menarik. Kedua-duanya juga sangat mencintai
anak-anak mereka dan terbukti apabila anak-anak dididik dan dibesarkan
dalam cara Islam dan sempurna sekali.

Dan yang paling penting saya belajar 'uhibbukafillah',
saya cintakan kamu kerana Allah... :p

Rujukan: Terasing, Hilal Asyraf, Telaga Biru