Pages

Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Monday, August 4, 2014

Motivasi: Kisah Lelaki Tuan Berkain Pelikat

Rasa tak puas. Rasa tak cukup. Rasa nak macam tu jugak. Cemburu. Dan macam-macam lagi.

Tak tipu. Ada masa-masanya itulah perasaan yang datang. Terutama sekali selepas scroll down atas bawah facebook. Tengok orang tu macam tu, tengok si kawan yang ni bergambar di situ. Status kawan yang lain macam tu pula. Mungkin sebab tu kot ada yang memilih untuk tidak memiliki facebook. Supaya tak terjebak dalam perasaan banding-membanding ini.

Kita selalu rasa hidup orang lain lebih bahagia dan best. Kehidupan kita pula serba kurang, serba tak best, serba tak cukup. Dan itu semua membuatkan kita menjadi hamba yang tidak bersyukur. Astaghfirullah.

Saya sendiri juga tidak terlepas dengan ujian ini. Sebab tu, bila datang sahaja perasaan macam ni, cepat-cepat la istighfar dan tutup je la facebook tu. Fokus kepada kehidupan yang sedang dilalui. Tak perlu nak banding-banding. Dan ada banyak benarnya apa yang dikongsi seorang ukhti dalam WA group:


Dan antara yang saya lakukan juga adalah baca artikal-artikal yang memberi motivasi seperti di bawah.

Tak payah nak tengok kehidupan orang. Cuba lakukan semuanya seperti yang telah dilakukan orang berjaya seperti di bawah pun dah memakan masa sepanjang hayat. 

*******

Cerita ini asalnya dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Dato’ Roslan Ab Hamid. Dan ia mendapat perhatian ramai dengan menerima jumlah like dan komen yang tinggi. Cerita ini memberi inspirasi kepada orang ramai bagaimana mahu hidup dengan lebih bermakna di atas muka bumi ini. Kami kongsikan kisah Lelaki Tuan Berkain Pelikat ini di bawah. Enjoy!
****
Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di masjid.
Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid.
Rumah agam besar dan menarik.
Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan RM35juta. Pendapatan pasif kutip sewa RM70,000 sebulan. Belanja RM20,000. RM50,000 sedekah dan infaq.
Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.
Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu.
Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?
#1 – Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.
#2 – Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.
#3 – Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
#4 – Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,
“Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.
Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.
Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.
#5 – Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.Kata lelaki tua ini lagi:
#6 – Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..
#7 – Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.
#8 – Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri.Tenung mata dan baca “ayat ayat pengasih”. Hehehe. (Nota tambahan: Surah Yusuf: Ayat 4)
#9 – Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.
#10 – Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna.Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.
#11 – Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.
(Kedai mula mula di mulut sahaja.) Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong.sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.
#12 – Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri yang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.
#13 – Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar.Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu. Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.
***
(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, “baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20″. Saya buat contengan kata dia dalam kepala)
***
#14 – Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap.Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.
#15 – Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya “Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , “Dengan senyap senyap tapi cantik”. Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, “Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun”. Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.
#16 – Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.
Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.
Bacalah surah ar Rahman ayat 46, “Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga”
#17 – Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.
Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.
#18 – Anak… Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.
Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, “Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu”. Cuba anak check siapa perawinya. (nota: Hadis riwayat at Tirmizi)
#19 – Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,
“Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itu sahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula”
Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.

#20 – Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya’. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja.

JOM AMALKAN!

Monday, November 26, 2012

Yang Besar Bukanlah Bermula dengan Yang Besar

Izinkan saya untuk berkongsi satu kisah,

Kisah seorang anak kecil berlari dengan tergesa-gesa menuju ibunya lalu berkata, "Bu, apa nama lubang yang ada di depan rumah kita?" Ibunya menjawab, "Ibu sedang sibuk memasak. Pergilah ke ayahmu!" Anak itu pun berlari menuju ke ayahnya dan menanyakan hal serupa, "Ayah, apa nama lubang di depan rumah kita?" Ayahnya menjawab, "Ayah sedang membaca Quran. Pergilah ke kakakmu!"
Kemudian anak itu berlari ke arah kakaknya dan menanyakan hal serupa, "Kak, apa nama lubang di depan rumah kita?" Sang kakak menjawab, "Namanya sumur." Anak kecil lalu berkata, "Kak, cepatlah pergi ke lubang itu. Adik kita jatuh ke dalam lubang itu, kak".

Sahabat sekalian, yang besar itu bukanlah bermula dengan yang besar, namun dimulai dengan hal-hal kecil yang dilakukan dengan kesungguhan dan cinta. Cinta itulah roh perubahan, cinta itulah yang menghidupkan segala rasa sakit.
-Solikhin Abu 'Izzuddin, New Quantum Tarbiyah


Kadang-kadang kita suka untuk meremehkan atau mengambil mudah 'hal-hal kecil'. Yang tanpa kita sedar itulah yang sebenarnya membantu kita untuk mendapatkan sesuatu yang besar.

Dan kadang-kadang hal-hal kecil itu kita tak suka untuk lakukankannya sebab ianya tak best, tak suka, tak seronok, bukan taste kita, bukan cara kita, 'itu bukan aku', 'anti dengan itu' dan pelbagai lagi alasan. Atau mungkin juga kerana ujian-ujian yang melanda, orang marah kita lakukannya, kawan tinggal, ayah mak tak suka, member ejek dan lain-lain ujian hati.


Tuesday, February 7, 2012

Pengasas produk kecantikan berpurdah

Puan Rozita yang kini berpurdah

Mengapa Jutawan Sendayu Tinggi Pakai Purdah?

Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.



Ambil tahu masalah 'cik tikus'


Pada suatu masa dahulu ada seekor tikus yang tinggal di sebuah rumah. Suatu hari tu, tuannya membeli sesuatu. Bila cik tikus ni pergi tengok, rupanya itu merupakan perangkap tikus. Cik tikus mulai gusar kerana sudah pasti tuannya ingin menggunakan perangkap tikus itu untuk membunuhnya.

Cik tikus tersebut pun keluar rumah dan bercerita dengan cik ayam.

Monday, November 28, 2011

Pilihlah untuk jadi PEKAK!

Seekor cicak yang kecil kelihatan sedang berjalan terkedek-kedek untuk ke tempat pertandingan memanjat satu batang pokok pinang yang licin dalam satu acara tahunan di sebuah kampung. Pemenang akan dinobatkan sebagai jaguh kampung. Lawan untuk cicak kecil tadi adalah seperti monyet, ular, biawak, kera dan sebagainya. Lawannya besar-besar dan hebat-hebat. Cicak hampir-hampir tidak disertakan dalam penyertaan. Urus setia pertandingan siap kutuk cicak lagi, "Nak panjat pokok pinang ke nak panjat akar pokok pinang?'. Disambut dengan gelak jantan haiwan lain. Katak pun antara yang mengambil bahagian dalam acara kutuk mengutuk cicak. Diorang gelakkan cicak yang kecil itu sebab berangan hendak menyertai pertandingan hebat itu. Tapi sebenarnya yang mengutuk cicak itu semua tidak menyertai pun pertandingan tersebut. Tak setanding dengan kekuatan mereka katanya. Hampeh! 
Tapi cicak dengan selamba meneruskan misinya. Setelah pertandingan dimulakan oleh gajah (yang kalah sebelum bertanding) yang meniupkan serulingnya, monyet, kera, biawak dengan pantas sekali mendahului. Semua binatang bersorak girang menyokong binatang pilihan masing-masing yang diyakini bakal menjuarai pertandingan tersebut. Sekali lagi katak mengutuk cicak, 'Cicak, sudah-sudahla. Turun saja lah sebelum kamu jatuh terjelepuk'. Tapi cicak tetap teruskan tanpa menghiraukan setiap ejekan binatang lain. 

Friday, November 11, 2011

Separuh Penuh atau Separuh Kosong?




Cuba tenung dan tengok gambar gelas tu betul-betul.

Separuh penuh atau Separuh kosong?

Jawapan yang pertama terlintas itula jawapan dari diri kita.





Tuesday, November 8, 2011

Hadis: Pena telah diangkat

disklaimer: hiasan semata-mata sempena musim jacaranda berbunga di UQ~
Dari Abil Abbas Abdullah bin Abbas dia berkata :

“Dahulu aku pernah berada di belakang Rasulullah, lalu beliau bersabda :
“Wahai anak kecil sesungguhnya aku ingin mengajarimu beberapa kata, jagalah Allah, maka pasti Allah menjagamu, jagalah Allah pasti kau akan menjumpai-Nya dihadapanmu. Apabila engkau meminta maka mintalah kepada Allah dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah, seandainya suatu umat berkumpul untuk memberikan manfaat kepadamu maka mereka tidak bisa memberi manfaat tersebut kecuali yang telah ditakdirkan Allah untukmu dan apabila mereka berkumpul untuk memadharatkanmu maka mereka tidak bisa memadharatkanmu kecuali dengan apa-apa yang ditakdirkan oleh Allah atasmu, telah di angkat pena dan telah kering tinta”

(HR. Tirmidzi, dan dia berkata hadits hasan shohih).







5:52pm, 8 November 2011
BF, Brisbane
....::: takut dan nervous serta agak-agak trauma... pena saya bakal menari di atas kertas jawapan exam esok, moga dakwatnya tidak akan kering hingga habis noktah terakhir. keputusan exam ni dah ada lama. Allah dah tetapkan. hanya ingin melaksanakan tanggungjawab hamba, iaitu BERUSAHA, untuk redha Nya, InsyaAllah... ::::....




Thursday, October 20, 2011

Just Keep Swimming



Sambil berjalan ke uni pagi ini, entah kenapa bahu terasa berat. Nak kata cik epal putih berkulit biru ni berat sangat, tak adalah. Dah selalu bawak. Beg pun tak ada la berat sangat. Macam biasa-biasa sahaja. Tak kan la sebab puasa. Allah tak akan mensyariatkan puasa andai itu boleh melemahkan hambaNya, sekali-kali tidak! Hurmm, adalah tu sebabnya (weak internal strength)...

Sambil berjalan menuju ke tempat yang dituju, beberapa kali terdetik di hati, berhentila jap. Nanti sambung jalan. Tapi, the other side of me said, 'tak apa, jalan je, slow pun tak pe. Nanti sampai gak'. Masa ni, teringat klip video Finding Nemo yang 'keep swimming, keep swimming' tu. Tersenyum sorang-sorang... ^_^

Kemudian, terfikir jugak pasal kisah yang memotivasikan ini, pernah terbaca kat mukabuku:


Sunday, October 9, 2011

Gambar: Camels in the desert


This is a picture taken from directly above these camels in the desert at sunset. It is considered to be one of the best pictures of the year. When you look closely, you can see that the camels are the little white lines in the picture.
The black images you see are just the shadows!

Sometimes, our "problems" seem to be as big as the shadows...but they are little.
~no doubt~


Wednesday, October 5, 2011

Belajarlah Menjual Waktu

jangan biarkan waktu itu berlalu tanpa mengingatiNya
Semalam, saya belajar untuk menjual.

Menjual Waktu...

Menjual Waktu Dengan Pahala Allah....

Kesimpulannya (wah! awal-awal dah kesimpulan....), kita luangkan masa (jual waktu kita) ke jalan Allah untuk mengejar pahalaNya.  Menarik tak urusan jual beli dengan Allah ni? Kita jual waktu kita padaNya, dan DIA bayar dengan pahala. Contoh, kita ni penjual bunga (sekarang kan musim bunga di sini), kita pun jual la bunga kepada seorang gadis yang ingin menghadiahkan bunga kepada teman bulatan gembiranya, dan dia akan membayar kepada kita sejumlah wang. Ini urusan jual beli dengan manusia. Tapi urusan jual beli dengan Allah ni jauh lagi menarik.

Jual --> Waktu
Dibayar --> Pahala !!!!

Tapi, apa maksudnya dengan menjual waktu kita kepada Allah yang melayakkan kita untuk dibayar dengan pahala nih?

Sudah semestinya, dengan cara kita meluangkan waktu yang kita ada untuk agamaNya. Lakukan apa yang disuruhNya dan tinggalkan apa yang dilarangNya.

Kita tengok ayat cintaNya jap (57:16):

Maksudnya: Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.


Kita sama-sama tadabbur (bukan tafsirkan) ayat ni:


Tuesday, October 4, 2011

Bukan saja-saja.......

BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..
...
MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..

Adakah anda masih lagi tidak BERSYUKUR?

Monday, September 19, 2011

Hadis 19: Pertolongan dan perlindungan Allah

Sambil menunggu Isyak tadi, saja baring-baring dan belek-belek Hadits Arbain (hadis 40, Imam Nawawi). Rasa sangat suka dengan Hadis 19 ini. Saja nak share di sini. Intipati hadis pun straight forward, InsyaAllah semua sahabat boleh faham.

HADIS 19
~ my favourite picture and quote~


Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: 

Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: 


Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran lembaran telah kering (dakwatnya). 

Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih. 

Dalam riwayat selain al-Tirmizi, hadis berbunyi: Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau. Kenalilah Allah ketika senang,nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu. 
Ketahuilah bahawa bersama kemenangan ada kesabaran, bersama kesusahan ada jalan keluar,  dan bersama kesusahan itu ada kesenangan. 





8:18pm, 19 September 2011
BF, Brisbane
...::: sambil memerhati apa jua konflik/ dugaan/ cabaran/ mehnah di sekeliling, diri ini tersedar, semuanya Allah dah tetapkan dengan cantik sekali.. kenapa nak gelabah sangat... usaha dan buat kerja kita... selebihnya serahkan pada DIA... ::::....

Kecantikan sebenar sekeping hati

Kadang-kala hari-hari yang kita lalui ini perlu diuji. Dan ada antaranya adalah ujian hati.


Sekeping hati itu diuji dan sekeping hati yang teruji itu juga yang perlu diguna untuk memberi sebanyak-banyaknya sehabis baik.


Sekadar ingin berkongsi satu kisah sekeping hati yang banyak terluka, patah, berlubang dan bertampal-tampal.. Tapi itulah hati yang paling cantik dan indah.. kenapa? teruskan membaca... dan carilah erti sebenar sekeping hati yang indah dan cantik itu... ^_^


******************************************************************


Suatu ketika, seorang pemuda yang tampan berdiri di tengah-tengah kota dan mendakwa bahawa dia memiliki sekeping hati yang paling cantik. Lalu diangkat hatinya setinggi yang boleh agar kilauan dari hati yang indah itu dapat dilihat oleh orang lain di sekitarnya.

Tersebar bicara kekaguman orang ramai. Sememangnya hati pemuda itu, tiada cacat celanya. Tidak carik walau sedikitpun. Permukaannya licin sempurna. Warnanya juga segar dan menyerlah pesona seorang anak muda.

Pemuda tampan itu mulai merasa bangga dengan pujian yang diterima. Sorakannya semakin kuat mewar-warkan betapa indah sekeping hati yang dimilikinya.

Tiba-tiba, di tengah-tengah keriuhan itu, muncul seorang tua. Langkahnya perlahan menuju ke arah pemuda tampan. Lagaknya, seolah dia mahu membicarakan sesuatu.

“Wahai anak muda, mengapa kulihat hatimu hampir tidak seindah hatiku?” Orang tua tersebut bertanya dalam nada suara yang agak lemah tetapi penuh keyakinan. Orang ramai dan si pemuda mulai berkeliling mengerumuni orang tua.



Wednesday, September 14, 2011

Kita tidak pernah sunyi

Stress? Rasa tiada siapa bersama-sama? Tekanan belajar@kerja bertimbun dan merasakan diri sudah sampai ke limitnya? Akhirnya semua itu membuatkan diri rasa tersepit dan terhimpit? Rasa sunyi? 

Ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan.

Sesungguhnya, kita tidak pernah sunyi.

Mari kita lihat kehidupan yang lebih besar daripada diri kita ini. Sesungguhnya Allah SWT menemani.

Melihat Alam Yang Luas


Mari kita lihat pokok-pokok yang berada di dalam hutan. Yang tidak disiram atau dibaja manusia. Bukankah mereka itu hidup mekar dan tumbuh melata?

Mari kita lihat pula ikan-ikan di laut yang tidak diberi makan jauh sekali dijaga oleh manusia. Bukan mereka itu hidup segar dan aktif sentiasa?

Mari kita lihat pula semut-semut yang tidak diternak atau disuap oleh manusia. Bukankah tiada antara mereka itu mampu bergerak dan meneruskan kehidupan mereka?

Monday, September 12, 2011

Positif dan bersangka baik

Pada suatu petang sesekor telah dituduh.......


dituduh curi ikan.......

Cop! Jangan cepat sangat menuduh dan bersangka buruk.... Check hati kita dulu....


Berfikiran positif dan optimistik sepatutnya ada pada semua manusia terutama orang Islam. Walaupun dugaan datang bertali arus tetapi, bersangka baik kepada Allah Taala itu sangat perlu. Hal ini amat penting terutama bagi seseorang yang ingin menebus kegagalan lalu. Tukarlah pemikiran daripada pesimis kepada optimistik dan positif untuk menjadi seorang hebat.

Sebagaimana yang semua manusia maklum bahawa hidup ini tidak semudah bagaimana dikata. Ia sentiasa diwarnai dengan air mata dan gelak tawa. Pelbagai jenis ragam manusia yang membolehkan manusia tertawa dan pelbagai peristiwa berlaku mengundang tangisan dan air mata. Apa yang pasti, manusia tidak akan dapat melepaskan diri daripada musibah-musibah yang melanda.

Orang yang mendakwa tidak pernah mengalami masalah sebenarnya merekalah yang paling bermasalah. Jalan yang paling baik ialah bersabar dan tabah dengan apa jua yang berlaku sambil kembali kepada Allah atas apa yang diturunkan. Jika seseorang bersikap positif, maka diatasinya masalah itu dengan berfikiran positif dan optimistik.


Monday, August 15, 2011

Choose to GRAB!

dalam bilik di sebuah rumah di Bumi Kanggaroo ini, tika tersedu sedan menahan sedih, dan kebuntuan untuk mencari kekuatan bagi meneruskan perjalanan kehidupan, Allah tunjukkan saya poster ini. Entah macam mana pada masa tu baru perasan kewujudan poster ini di dinding padahal saya pernah masuk berulang kali ke bilik tersebut sebelum itu. Masa tu, rasa sedikit lega. Kalau pokok boleh tumbuh di kawasan kering kontang, masakan saya tidak boleh survive dan teruskan perjalanan di Bumi yang penuh dengan nikmat dari Allah ini. There are so many opportunities. The only 'brick wall' here is ME, its depend on me. To grab or to let them go. And I choose to GRAB! InsyaAllah, dengan keizinanNya... ^_^

Sunday, August 14, 2011

Tips Hilang Penat Dari Rasulullah SAW

- dia penat tapi maintain comel -
Bilamana kepala bahagian belakang hingga ke belakang tengkuk dan turun ke bahu terasa berat semacam, ditambah lagi dengan tarik nafas yang terasa seperti berat, ini maknanya diri penat. Penat fizikal. Dan bilamana mulut lebih suka diam berbanding berbicara, mata lebih suka pandang ke bawah berbanding pandang manusia lain itu maknanya diri penat. Penat emosi.

Bilamana keputusan nekad untuk keep going, 'bekerja' sambil belajar, percayalah penat fizikal dan penat emosi akan selalu datang. Cuma, perlu berjaga-jaga, jangan sampai rohani juga 'penat'. No matter what happen, jangan biar rohani dan iman kita 'penat'. Tak kiralah sepenat manapun fizikal dan emosi kita, rohani dan spiritual kena maintain cergas dan sihat.

Dan malam ini, fizikal dan emosi saya mula penat. Bilamana weekdays penuh dengan urusan belajar dan 'belajar' dan weekends penuh dengan 'bekerja', pada malam Isnin untuk minggu seterusnya seperti ini, saya perlu refresh balik tumuhat (obsession) saya yang mula goyah bila penat datang melawat.

Sekadar ingin berkongsi dengan sahabat TZ tentang Tips Hilang Penat dari Rasulullah SAW (yang diajarkan Baginda kepada Saidatina Aisyah:

Friday, July 29, 2011

Cant' Direct The Wind But....


Kadang-kadang kita gelabah bilamana 'arah angin' kita sudah berubah dengan ketentuanNya. Tapi kita terlupa kot ea yang kita boleh ubah 'layar' kita...

*mode: disebabkan tak boleh buat apa-apa dengan arah angin yang baru, jom! bersemangat untuk kemudikan layar kehidupan dengan strategi yang baru....

Bak kata Mat Saleh: You can't direct the wind but you can adjust your sails...