Ada satu video di youtube yang bertajuk Scientific Error in Quran - First the Bones, then CLOTHE WITH Flesh???. Tajuknya saje sudah meragukan bukan? Video selama 10.02 minit boleh membuatkan diri pening seketika. Apa yang cuba disampaikan sebenarnya? Apabila baca description, Conclusion: There is no stage where all bones are formed and then clothe with Flesh. Quran is in serious error!!!. Ok, something wrong somewhere. Dua kali ulang cuba nak faham apakah isu yang dipertikaikan sangat tu. Sebenarnya (pendapat peribadi dari yang saya faham), mereka pertikaikan ayat-ayat Al-Quran yang mengatakan bahawa terjadinya daging dahulu sebelum tulang. Betulkah? Sedangkan sepatutnya tulang dahulu la kan barulah diselaputi daging?
Sebelum faham 'daging dulu sebelum tulang' atau 'tulang dulu sebelum daging', lebih baik sebenarnya faham tentang kejadian manusia berdasarkan ayat-ayat Allah.
Allah menciptakan manusia daripada satu tahap ke tahap yang lain.
Nuh (71) : 14 >> " Padahal Dia menciptakan kamu dalam beberapa tingkat kejadian."
Kejadian manusia bermula dari persenyawaan (fertilisation) iaitu percantuman antara benih lelaki iaitu sperma dan benih perempuan iaitu ovum membentuk embrio. Proses persenyawaan ini disebut dalam Al-Quran sebagai nuthfah amsyaaj.
Al-Insan (76) : 2 >> " Sungguh, kami telah menciptakan manusia dari setitis air mani yang bercampur..... "
Kemudian, dari nuthfah embrio berubah menjadi alaqah.

Alaqah dalam bahasa Arab mempunyai tiga maksud iaitu segumpal darah, suatu yang melekat dan juga lintah. Pentafsiran ini selari dengan penemuan semasa kerana selepas berlaku percantuman benih atau nuthfah, semasa embrio berumur lebih kurang dua minggu, ia menyerupai seekor lintah. Tafsiran darah beku juga ada logiknya kerana pada masa itu sistem darah sudah memenuhi embrio (walaupun darahnya belum mengalir) sehingga menjadikannya seperti seketul darah beku.
Selepas embrio menjadi alaqah, ia bertukar menjadi mudghah berdasarkan ayat 14 dari surah al-Mukminun juga, " Kemudian daripada alaqah Kami jadikan mudghah

Setelah itu, embrio ditutupi tulang dan daging, berpandukan penjelasan Allah dalam ayat 14, surah al-Mukminun jugak, " Kemudian daripada mudghah kami jadikan tulang dan kami tutup tulang itu dengan daging".
Ilmu embriologi mengesahkan kejadian tulang atau cartilage bermula terlebih dahulu sebelum kejadian daging atau muscles atau flesh. Ia terjadi daripada sel-sel awal yang dikenali sebagai somatic mesoderm.
Kemudian, berlakulah perubahan ke atas embrio sehingga ia berubah kepada bentuk yang lain berdasarkan kenyataan Allah dalam ayat 14, surah al-Mukminun juga, "Kemudian Kami jadikannya makhluk berbentuk lain. Maha suci Allah, pencipta yang paling baik."
Maksudnya, selepas tulang diselaputi daging, embrio berubah kepada rupa bentuk manusia, berbeza daripada rupa bentuk sebelumnya yang menyerupai lintah dan daging yang dimamah. Perubahan ini berlaku semasa embrio memasuki tahap umur 6 minggu dan pada masa itu embrio mempunyai sel-sel asas bagi pembentukan organ-organ. Pada peringkat ini, embrio telah berubah menjadi janin atau human foetus.
Selepas itu, roh ditiupkan dan pancaindera dikurniakan berdasarkan kata-kata Allah dalam surah as-Sajdah ayat 9 yang bermaksud,
"Kemudian Dia menyempurnakan kejadian dan meniupkan roh ke dalamnya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan af-idah (akal) dan sedikit sekali kamu bersyukur."
Persoalan 'tulang dulu baru daging' atau 'daging dulu sebelum tulang'
Jika diperhatikan kejadian manusia ikut turutan adalah :
nuthfah --> alaqah --> mudghah ('daging yang dikunyah') --> pembentukan tulang --> daging (otot) membaluti tulang-tulang --> perkembangan janin.
Perasan tak :
daging --> tulang --> daging
Pada pendapat peribadi itulah yang dipertikaikan. Mereke fokuskan pada :
daging --> tulang
yang sepatutnya:
daging --> tulang --> daging
atau yang lebih tepat:
mudghah ('daging yang dikunyah') --> pembentukan tulang --> daging (otot) membaluti tulang-tulang
Pembentukan mudghah itu memanglah sebelum terbentuknya tulang tapi mudghah itu adalah 'daging yang dikunyah' atau yang sebenarnya adalah sel-sel somites yang menyerupai tanda-tanda gigitan seperti daging yang dikunyah!
Rujukan:
1) Quran Saintifik, bahagian 3: Manusia dan Asal-Usulnya, tulisan Dr Danial Zainal Abidin.
2) website ini
0 comments:
Post a Comment
Komen anda..