~Hikikomori~
Hikikomori adalah satu istilah di dalam Bahasa Jepun yang memberi maksud fenomena manusia yang memilih untuk menyendiri serta menarik diri daripada kehidupan bermasyarakat. Mereka memilih untuk mengasingkan diri dan tidak keluar rumah berbulan-bulan lamanya dan hanya akan keluar rumah jika ada keperluan yang mendesak.
Istilah ini merujuk kepada situasi di Jepun. Dr Tamaki Saito, pakar psikiatri berkaitan Hikikomori berpendapat, punca kepada fenomena ini berakar umbikan sejarah dan struktur sosial masyarakat Jepun.Ini kerana puisi-puisi dan muzik tradisional Jepun sering mengagung-agungkan pemencilan diri.
Tapi bagaimana pula situasinya dengan anak bangsa kita? Agak-agaknya ada tak golongan hikikomori dalam kalangan generasi muda kita sekarang?
Suatu hari di hari raya,
Mak Su: Kak Ngah, mana abang long? Dari tadi mak su tak nampak pun batang hidungnya. Saudara mara tengah ramai ni pun dia boleh menghilang. Dia balik cuti kan?
Kak Ngah: Abang long dalam bilik dia mak su. Dia balik je dari asrama semalam terus masuk bilik. Mengadap laptop dia la tu. Siapkan assignment katanya. tak pun tengah berkepit dengan PS2 dia.
Mak Su: Tapi kan ni hari raya. Saudara mara tengah ramai datang nak melawat ni boleh pulak dia duduk terperap dalam bilik. Pergi panggil dia keluar. Mak Su nak jumpa semua anak sedara mak su.
Kak Ngah: Baiklah Mak Su.
Abang Long keluar dengan telinga disumbat earphone, memegang ipod barunya. Setelah bersalaman dan menjawab sepatah dua soalan dari sedara mara, masuk bilik balik.

Menggusarkan bukan? Generasi kita semakin ke arah individualistik. Mungkin suatu hari nanti perkataan masyarakat hanya tinggal perkataan sahaja. Tiada lagi makna dan situasi kemasyarakatan itu.
Tapi, apa sebenarnya yang menjadi faktor ini?
Berdasarkan coretan Ustaz Hasrizal, faktor nya adalah kerana tiada tujuan hidup yang jelas. Betul. TIADA TUJUAN HIDUP YANG JELAS. Mungkin ada yang menjawab, mereka ada tujuan hidup. Tapi adakah tujuan itu jelas? dan jika ianya jelas, neraca apa yang diguna untuk menjadikan tujuan hidup itu jelas?
Jawapannya, AGAMA ISLAM.

Baliklah kepada agama Islam. Dari peringkat individu hinggalah kepada masyarakat atasan. Sangat banyak yang perlu dipelajari tentang Islam ni dan susah jugak untuk mengamalkan sepenuhnya dalam kehidupan seharian. Saya sendiri sedang mempelajari Islam dan semakin hari semakin banyak rasanya tak tahu atau lebih tepat yang saya tak ambil tahu sebelum ini.
Islam ajar solat berjemaah. Dijanjikan pahala berlipat ganda lagi. Berjemaah dapat mengelakkan fenomena hikikomori tu. Bukanlah bermakna pergi solat berjemaah dan berborak sakan. Tapi memadailah dengan memberi senyum dan bertegur sapa.
Untuk menguatkan kepentingan kebersamaan dan bergaul dalam masyarakat ni, perlu fahami ini:
Hadith Ibn Umar Radhiyallahu ‘anhuma,
“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar di atas kesakitan yang timbul akibat pergaulan itu, adalah lebih baik daripada seorang mukin yang tidak bercampur gaul dengan orang ramai dan tidak sabar di atas kesakitan akibat pergaulan itu”
(Al-Tirmidhi 2507, Ibn Majah 4032)
Dan sebenarnya banyak lagi kan cara kita untuk mengelak wujudnya hikikomori dalam diri. BERUKHUWAH lah.. Ukhuwah fillah itu manis. Percayalah! ^_______^
Akhir kata, jangan biarkan diri diselubungi sikap hikikomori. Dan rancanglah kehidupan yang baik untuk bakal anak-anak. Jauhi hikikomori dari diri mereka. Ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk mendidik anak-anak. Fikir banyak kali dan fikirkan sekali batas-batas sebelum membelikan anak-anak gadget berunsur 'pengasingan diri'.
rujukan asal dari saifulislam
Yup, saya seorang hikikomori. Umm.. mungkin sepertiga daripada tu kut haha. Tapi betul cakap admin, apa-apa pun perlu kembali kepada ajaran Islam sebenar. In shaa Allah, hikikomori akan hilang dari diri saya. Syukran di atas perkongsian ini ^^
ReplyDelete