Dua tiga hari ni saya cuba mencari kekuatan diri. Kekuatan yang memberi motivasi untuk menyiapkan assignments yang masih bersisa dan ulangkaji pelajaran untuk final exam secara BERSUNGGUH-SUNGGUH. Saya tak pasti dengan sahabat fillah yang lain, tapi saya kadang-kadang 'terhilang' sumber kekuatan. Saya hilang kekuatan yang membuatkan saya betul-betul bersemangat dan fokus. Memang saya boleh siapkan assignments ni, saya boleh menghadap buku tapi saya tak BERSUNGGUH-SUNGGUH. Jadi, seperti biasa, aktiviti normal jari saya, iaitu menari-nari di keyboard, mencari-cari artikal motivasi yang boleh mencetuskan semangat saya. Ya, saya jumpa banyak tips-tips motivasi. Tapi saya dah selalu baca. Semacam tidak memberi kesan pada saya. Tarian jari diteruskan. Aktiviti melepak di blog-blog dan website bermanfaat seperti biasa. Mungkin Law of Attraction bertindak di sini. Subconscious mind saya juga memainkan peranannya. Saya jumpa beberapa artikal yang best tentang study dan exam. Tercetus sedikit sebanyak semangat. Pagi tadi terbaca tips dari Osman Affan tentang mulakan dengan nyalaan api yang kecil. Masa baca tu tak adalah terasa sangat. Lagipun saya tak tahu apa nyalaan api saya. Pukul 8 hingga 2 saya ke kelas, lab saperti biasa. Setelah pulang ke rumah, saya terfikir tentang, "apa kata tengok movie sebagai nyalaan api kecil itu?". Dan movie yang dicadangkan subconcsious mind saya adalah 'Sang Murabbi'.
Bagi yang pernah menonton Sang Murabbi, jom refresh motivasi dari movie ni. Bagi yang belum, buat-buat faham k! hehe (jk!).. Tak adalah :). Senang je. Pergi je 'tubeawak' tu.
Sang Murabbi adalah kisah tentang perjuangan dakwah seorang murabbi dari usia mudanya hinggalah ke akhir hayat. Ini kisah benar seorang pejuang dakwah di jalan Allah, Ustadz Rahmat Abdullah.
Banyak nilai-nilai murni sebagai panduan untuk berseni dalam kehidupan dapat diambil dari movie ni.


Tapi yang pasti, setiap kata-kata Sang Murabbi dalam video ni lah yang sangat bermakna. Kata-kata beliau lah yang memberi semangat pada saya. (bukan lah kata-kata sebenar, saya ubah ayat mengikut kefahaman sebab tak faham sangat bahasa indon tu.. huhu .. =_=)
Perjuangan ini banyak dugaannya. Cabaran dan dugaannya hebat-hebat. Kalau dugaannya tak hebat manakan kita layak untuk mendapat ganjaran yang hebat.
Di antara kemiskinan yang paling merisaukan adalah kemiskinan azam dan tekad. Bukannya kemiskinan harta. Ini kerana azam dan tekad lah yang menentukan kita akan berharta atau tidak. Malah akan menentukan kita berilmu atau tidak. Kaya dengan azam dan tekad serta sanggup bekerja keras, pasti kita akan kaya dengan harta dan ilmu juga. InsyaAllah. dengan izinNya.
Buku ini gudang ilmu. Semakin banyak kita baca, semakin banyak kita dapat ilmu.
Kita perlu rapatkan barisan berjemaah. Sebatang lidi tak mampu berbuat apa-apa. Tapi kalau banyak lidi diikat dalam satu ikatan yang utuh, kotoran apa yang tak bisa dihilangkan.
Jadilah agent of change. Bertebarlah di seluruh dunia sebarkan dakwah.
Kisah monyet. Seekor monyet naik pokok hingga ke atas pucuk pohon kelapa. Kemudian ada 3 jenis angin datang. Angin puting beliung, angin taufan, angin satu lagi tak faham pe.. huhu.. maaf!. Tapi monyet ni berpegang kuat pada pohon kelapa tu. Tak jatuh. Tapi tiba-tiba datang angin sepoi-sepoi bahasa, meniup dan mengasyikkan. Monyet terkelip-kelip mata mengikuti godaan angin yang melenakan. Akhirnya monyet jatuh. Maksudnya (yang saya faham), kadang-kadang ujian yang berat tu akan memperteguhkan lagi kekuatan kita tapi bila diuji dengan kesenangan kita cepat lalai.
Kita kena berusaha berhabis-habisan kerana Allah. Berikan sabar di atas sabar. Allah pasti datang memberi bntuanNya.
Kata-kata yang paling memberi kesan pada saya adalah:
Di antara kemiskinan yang paling merisaukan adalah kemiskinan azam dan tekad. Bukannya kemiskinan harta. Ini kerana azam dan tekad lah yang menentukan kita akan berharta atau tidak. Malah akan menentukan kita berilmu atau tidak. Kaya dengan azam dan tekad serta sanggup bekerja keras, pasti kita akan kaya dengan harta dan ilmu juga. InsyaAllah. dengan izinNya.
Dan kisah Hilal Asyraf ini juga sangat bermakna:
Satu hari, semasa keputusan imtihan awwal(peperiksaan pertama) bagi maddah(pelajaran) Fiqh Ibadat 2 keluar, ramai pelajar mendapat markah yang rendah. Oh, pembetulan. Ramai pelajar yang mendapat markah yang teramat-amat rendah.
Maka pensyarah yang mengajar, Sheikh Dr Ibrahim Jawarneh melenting di dalam kelas.
Satu ayat dia yang paling tidak boleh saya lupa adalah:
“Antum allaziina la yakhafuunallah!”
Atau dalam bahasa melayunya: “Kamu adalah orang-orang yang tidak takutkan Allah!”
Ayat itu keluar, atas sebab markah peperiksaan kami yang rendah pada hari itu.
Apa kaitan tidak takutkan Allah, dengan markah rendah dalam peperiksaan?
Ada pelajar arab marah dengan ‘tuduhan’ itu. Apa kaitan markah peperiksaan, dengan keimanan kepada Allah? Tidak takutkan Allah adalah tuduhan yang berat sebenarnya.
Tetapi Dr Ibrahim Jawarneh tetap dengan kata-katanya.
“Pelajaran kamu semua adalah amanah. Kamu bermain-main dalam pelajaran kamu. Sebab itu kamu dapat markah yang rendah!”
Maka ada pelajar arab yang lain berkata: “Soalan kau yang susah sangat!”
Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Soalan yang mana? Tunjukkan pada aku!”
Bila pelajar arab itu menunjuk, maka Dr Ibrahim Jawarneh membuka kitab dan menunjukkan jawapan. “Bukankah jawapannya di sini? Apa yang susahnya? Apakah kamu tidak membaca buku dengan baik?” Pelajar itu diam.
Seorang pelajar lagi berkata: “Kau ajar, kami tak faham. Uslub kau susah!”
Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Apakah kau pernah datang ke bilik aku dan suruh aku terangkan semula apa yang kau tidak faham? Tidak pernah bukan?” Pelajar itu diam.
Ada pelajar berkata: “Yang soalan ini kau tidak ajar pun!”
Dr Ibrahim Jawarneh menjawab: “Benarkah? Atau kau yang ponteng kelas pada hari itu?”
Pelajar itu diam.
Akhirnya Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Kamu semua, bermain-main dalam pelajaran kamu. Kamu tidak menuntut ilmu dengan serius. Ini adalah amanah! Kamu semua adalah orang-orang yang tidak takutkan Allah!”
Baiklah, jom belajar SUNGGUH-SUNGGUH ! Bittaufiq Wannajah untuk final sem2, 2nd year, 2010 Ayu Saidi ^______^
terima kasih atas artikel yang sangat baik ini :)
ReplyDeleteMari menjadi manusia
terima kasih kembali atas kesudian utk ziarah ke TZ ^__^
ReplyDeletesalam sister.
ReplyDeletesubhanallah suka baca your blog :)
jazakallah khair.memberi banyak input buat saya ^^
salam taaruf :)
anonymous >> trlupa tlis nama ke? kl tlis nama lg sng nk knal..
ReplyDeletewksalam.. jazakallah, ambikla yg brmnfaat, abaikn yg x baik kt blog ni, kl sudi tegur lgi baik.. salam taaruf jgak! ^____^
Jazakallah Hukhair atas menulis kembali kata-kata hikmah daripada sang murabbi...Insyallah
ReplyDeletebalik2 tengok ni cerita (sang Murabbi) tapi kadang kala lupa mutiara kata2 daripada sang murabbi tu...jazakallah hukhair