Mission: Menyiapkan post ini dalam masa 1 jam!
Begin: 1.20pm
Warning! Post Ilmiah - Psychology... kalau tak berminat, jangan sambung baca! :D
Baru sahaja selesai menghabiskan satu lecture psychology.. Topik Language Development (Developmental Psychology). Macam mana baby yang comel tu start belajar bahasa dan membuat struktur ayat yang sempurna dan kemudiannya bercakap dengan lancar. Tapi saya berminat dengan part terakhir lecture tersebut. Berkenaan 'critical period' for language development.
Its quite hard to explain what is critical period.
Tapi macam ni la. Kalau kita tak belajar bercakap sebelum umur 7 tahun, kemungkinan besar kita dah tak pandai bercakap dengan lancar dah. Same goes to deaf children of non-signing parents. Mereka perlu belajar menggunakan bahasa isyarat sebelum usia 7 tahun supaya mereka lancar untuk menggunakannya. Sama juga dengan accent ataupun dialek. Sebelum mencapai usia 7 tahun kanak-kanak mudah untuk mengikut sesuatu accent tapi kalau dah lepas usia 7 tahun agak susah untuk mereka bercakap mengikut accent yang baru. Hah! Sebab itu la, anak-anak postgraduate kat sini yang belajar di sekolah Aussie ni, accent diorang, fuhh! memang aussie la. Kalau berjumpa ramai-ramai orang Malaysia di sini, boleh dengar anak-anak itu bercakap sesama mereka dengan accent aussie. Speaking tuu! Walaupun berborak sesama kawan-kawan Melayu. Kitaorang yang tercabar.. huhu... Dah tua-tua, dah tak berapa muda ni memang susah sikit la nak speaking dengan accent aussie. =_=
![]() |
~Genie~ |
BERSYUKURLAH ! Ibu dan bapa kita telah menjaga kita dengan sangat baik. Dan siapa yang mengizinkan itu berlaku? ALLAH SWT kan? DIA sayang sangat kat kita. Sebab itu DIA bagi kita lahir dan dibesarkan oleh ibu dan bapa yang baik dan menjaga kita dengan sebaik mungkin.
Imbas balik zaman kecik-kecik dulu. Entah berapa kali kita ulang tanya soalan yang sama pada ibu dan ayah. Mereka jawab dengan penuh kasih sayang. In fact, perkataan pertama yang keluar dari mulut kita itulah perkataan keramat buat mereka. Dan mereka akan cemas, terutamanya ibu, andai kata kalau dah berusia 2 tahun tapi masih tak dapat bercakap. Tak percaya, cuba tanya mak sahabat kisah-kisah sahabat mula-mula bercakap dulu. mesti comel kan awak time tu? :D
Ingat tak video ini?
Tetiba video iklan raya time-time exam nih? huhu... Tapi mesej video tersebut bukan sahaja untuk musim raya kan? Untuk sepanjang masa dan ketika!
TAPI!
Allah bagi kita peluang untuk bercakap dan berceloteh panjang lebar setiap hari ni tak ada sebab ke?
Mestila ada!
2 tujuan hidup.
1) Khalifah

Maksudnya: Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi......... (2:30)
2) Beribadah -Hamba

Maksudnya: Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku. (51:56)
Itulah gunanya suara dan kebolehan bercakap yang Allah kurniakan kepada kita. Bukankah Allah dan permudahkan sikit tugas menjadi khalifah iaitu menyampaikan walau sepotong ayat itu, dengan mengizinkan kita kebolehan bercakap? Dan teror menyusun ayat-ayat dengan sempurna dan boleh difahami oleh insan sekeliling. Dan gunakanlah juga suara dan nikmat bercakap itu untuk beribadah padanya. Berusahalah untuk membanyakkan membaca Al-Quran dan perbetulkan bacaan mengikut hukum tajwid yang betul. Dan pelbagai lagi amalan yang kita boleh lakukan dengan mudah dengan adanya kebolehan bercakap dengan lancar yang Allah kurniakan ini.
Jom! Belajar dari apa yang kita belajar!
dan
Bersyukur dengan kebolehan berkata-kata dengan sempurna ini. Tunjukkan rasa syukur itu dengan menyampaikan ilmu-ilmu bermanfaat pada insan-insan di sekeliling.
Alhamdulillah!
Mission accomplished at 2:11 pm!
~time to contine study~
~terima kasih sudi membaca bebelan saya~
BF, Brissy, 17 degree
;)...kt tmpt murabbi, bljr jugak prkmbngn bhs ni...dlm sbjek prkmbngn knak2...suke2...
ReplyDelete;(.. kite sntiasa kufur dgn nkmat krniaan Allah, sdgkan mnsyukuri nkmat itu akan dtmbh lagi nkmat yg ada.. kita slalu lupa..
menariknye psychology dan manusia :)
ReplyDelete