Seorang ikhwah telah diajukan soalan yang berbunyi, "Di mana Allah dalam kekuatanmu?'
*kepeningan mencari jawapan*
Dan sekali lagi soalan itu diajukan.
Di mana Allah dalam kekuatanmu?
Setelah berfikir, ikhwah itu memberikan jawapannya.
“Erm, rasanya, banyak juga punca-punca kekuatan saya. Saya sentiasa terdorong oleh sahabat-sahabat lain yang sama-sama beramal untuk Allah SWT. Ramai sahabat-sahabat yang sentiasa memberi teguran, peringatan dan mengajak meningkatkan amalan-amalan seharian. Kemudian, tarbiyyah yang saya lalui juga banyak membantu membina zatiyah dalam diri. Tarbiyyah itu memberi kesedaran yang besar tentang tanggungjawab sebenar seorang muslim. Rasanya, fitrah manusia itu sendiri juga mainkan peranan. Kita sebagai manusia sememangnya diciptakan untuk memakmurkan bumi Allah berlandaskan hukum-hukum Allah, semestinya elemen fitrah juga menolak diri saya untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai hambaNya.”
Ikhwah yang bertanya soalan tadi tersenyum.
Dan kemudiannya, membisikkan sesuatu,
“Selayaknya, Allah lah yang perlu menjadi sebab utama kita berada di sini. Allah perlu menjadi kekuatan utama kita dalam menghadapi hari-hari sebagai pembawa risalahNya. Memang tak dinafikan, kawan-kawan kita sangat banyak membantu kita, mereka banyak mengingatkan kita tentang tanggungjawab dan amalan yang perlu dibuat. Sahabat-sahabat kita juga yang selalu ada bersama kita dalam keadaan susah dan senang. Peranan mereka besar dalam memastikan kita terus tsabat dalam menjalankan amanah Allah. Namun begitu, hakikatnya semua datang dari Allah SWT.”
adaptasi dari artikal ini
*****************************************************
Entah kenapa selepas solat tadi, saya termenung seketika memikirkan soal cinta dan sayang. Betapa mudahnya perasaan sayang kepada manusia itu lahir dan betapa 'excited'nya kita untuk menunjukkan perasaan itu. Tapi, bagaimana pula dengan Pemilik Agung cinta itu sendiri? Adakah kita sudah mengatakan kita mencintaiNya dan adakah kita sentiasa rindukan DIA andai kita cintaiNya? Atau kita ini, selalu mengecewakan DIA? Selalu sayang dan kasih pada manusia yang baik dan menyenangkan yang berada di sekeliling kita melebihi Allah yang sebenarnya yang telah menghadirkan mereka dalam kehidupan kita untuk seketika cuma........
1:57pm, 15 Ramadhan 1432H,
SSH Library, Brisbane
...::: mahu terus kuat dengan cintaNya ::::...
..... Terus tsabat dijalanNya dan sentiasa Meraih cinta suci..... sohih ya ukhty.... segalanya keranaNya... ^_^
ReplyDeleteya ukhti, segalanya keranaNYA... indeed!
ReplyDeleteassalamualaikum..subhanallah...syukran ya ukhti, post kali ini bersesuaian dengan keadaan ana sekarang.. syukran ya.teruskan berposting..ana suka membaca tulisan ukhti..salam ukhuwah :) tq Allah, tq ukhti atas ilmu yg dikongsi :)
ReplyDeleteAlhamdulillah ianya bermanfaat untuk ukhti... Allah yang mengizinkan itu, saya dan post ini hanya perantara/ asbab nya sahaja... :)
ReplyDeleteSalam ukhuwah fillah walau tak kenal, tak pernah jumpa tapi berukhuwah keranaNya, insyaAllah ^_^