Assalamualaikum wbt.
Pernah suatu hari, dalam perjalanan ke usrah, dengar radio ikim. Tajuknya 'Cubit-cubit Sayang'. Tajuk macam kiut miut tapi isunya boleh jadi seserius yang mungkin.
Cubit-cubit sayang yang merujuk kepada ujian-ujian dalam kehidupan yang Allah bagi pada kita. Ujian dariNya itu merupakan cubit-cubit sayang. Ujian itu menyakitkan tapi itulah tanda Dia sayang. Kalau Allah bagi ujian tu, bersyukurlah, Dia masih sayang dan pandang kita sebagai hamba yang Dia sayang.
Sambil dengar, sambil koreksi diri. Tahun ini 2014 merupakan tahun kelima dah rupanya saya ikut usrah, terlibat dengan dakwah dan tarbiyah. Kerja pun (setakat saat ni) memang ada kaitan dengan dakwah dan tarbiyah jemaah ini, namun ada sahaja ujian-ujian halus yang datang yang menyebabkan terdetik di hati, kenapa aku pilih jalan ini? Kadang-kadang tu rasa kecewa, takfaham dengan qiyadah menyebabkan terdengar bisikan jahat, 'macam sama je orang yang faham dakwah dengan tidak'. Pergi usrah pun saya taktahu la sejauh mana pengisian usrah itu menambah fikrah saya. Dahla masa untuk membaca buku-buku juga kurang. Benda-benda macam ni kadang-kadang menganggu diri kita untuk teruskan perjalanan.
Mukhayyam yang baru berlalu pun rasa macam tak rasa apa-apa. Tapi penat tu confirm la rasa. yela, berjalan tengah panas kawasan tepi pantai.. hoho...
Cuma saya dapat jawapan ni sahaja:
"Yang aku nampak seperti tidak sempurna itulah kot yang sempurna mengikut aturan Dia"
![]() |
nametag dengan biskut (bila lapar, nampak macam sedap nametag masing-masing) |
![]() |
tenang melihat ciptaan Allah ini |
![]() |
takperlu tunggu orang lain merasa selesa atau tidak 'kasut' kita, tapi cubalah tengok 'kasut' orang lain dan fahami kenapa mereka begitu (susah kan? susah sangat!) |
Dan hari ini terbaca post shared from an ukhtifillah:
OK! ayat-ayat di atas sudah cukup kot buat masa ini, untuk jadi bekal penerus jalan... :')
sangat teruja membaca blog ni lepas lama biarkan ia berhabuk nice entry.. :)
ReplyDeleteblog awk ni kenalkan sy dengan hasil tarbiyah dzatiyah..
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete