Buka sahaja sliding door masjid, terus terdengar
alunan-alunan ayat Quran.
Terkejut terpana dan kemudian mula terfikir, ‘Oh Ramadhann kan’.
Di bahagian solat muslimat tiada pun sesiapa yang sedang
membaca Al-Quran. Hanya ada dua orang sahaja yang bersolat.Tidaklah
menghairankan sangat kerana ini bukan waktu solat berjemaah. Azan zohor pun sudah
lama berlalu. Saya sendiri juga sudah selesai menunaikan kewajipan solat zohor sebelum
bertolak pulang tadi.
Saja je sebenarnya.
Saja mahu singgah di masjid dan baca Quran serta selesaikan
kerja yang belum selesai. Kalau bawa pulang ke rumah, takkan siap juga. Dan
tak berapa berminat serta tak ada mood untuk siapkan di sekolah.
Lagipun kalau kat rumah pada waktu petang-petang begini, dengan
kepanasan dan suhu yang sesuai untuk kurma berbuah lebat, tidur jugakla kerja
yang terpilih. Huhu…
Sambil berjalan menuju ke tempat telekung, sempatla intai di
celahan tirai-tirai yang sedikit terbuka. Kelihatan beberapa halaqah muslimin,
tua dan muda berada dalam bulatan membaca Al-Quran. Mereka bertadarus!
MasyaAllah.
Selesai solat sunat 2
rakaat tahiyatul masjid, Quranku buka, menyambung baki juzuk yang
belum selesai. Targetnya nak khatam 30 juzuk Ramadhan kali ini, InsyaAllah.
Walaupun bakal mendapat ‘cuti bulanan’ insyaAllah mampu juga. Sedang mencuba
untuk membaca lebih sejuzuk setiap hari.
Tapi petang ini, tak berapa kuat. Baca sehelai sahaja sudah
mula mengantuk. Whatt!?
Ok.
Terpaksa Sodakallahual’azim….
Teringat video Hafiz Indonesia yang aku download tadi.
On laptop. Cari earphone dalam handbag. Cucuk di laptop,
sumbat telinga.
Ku tonton video 13.17 minit itu dengan penuh perasaan.
Pada awal-awal video, telatah kanak-kanak itu menggelikan
hati.
Tapi penghujungnya, tertitis juga airmata. Sempat la kerling
tengok sekeliling masjid ni. Ada la seorang kanak-kanak sedang memerhatikan ku.
Ibunya sedang solat. Mungkin dia pun hairan, ‘Apa la kakak tu buat?’
Tak kisahla.
Yang pasti mesej daripada video itu sangat bernilai. Seperti
analogi nilai wang yang diterangkan oleh ‘Abi’ dalam video tersebut.
Hebatnya ibu dan ayah Musa. Hebatnya ibu dan ayah anak-anak
itu.
Hebatnya mereka.
Allah muliakan mereka dengan AlQuran walaupun tak mampu nak
sebur ‘R’ dengan betul. Gigi depan pun tak ada. Sebutannya penuh dengan
keterbatasan tapi hafalannya, ingatannya masyaAllah hebat. Sang juri yang hebat
sepert ‘Abi’ itu pun memilih untuk bersalam dengannya. Taktahu nak cakap apa
dah.
Muhasabah balik.
Berapa nilai Al-Quran dalam diriku?
Berapa nilai aku pada Al-Quran?
Berapa pula nilai aku pada Pemilik Quran?
Ada atau tiada?
Allahuakbar!
3:16pm, Masjid
0 comments:
Post a Comment
Komen anda..