Rasa tak puas. Rasa tak cukup. Rasa nak macam tu jugak. Cemburu. Dan macam-macam lagi.
Tak tipu. Ada masa-masanya itulah perasaan yang datang. Terutama sekali selepas scroll down atas bawah facebook. Tengok orang tu macam tu, tengok si kawan yang ni bergambar di situ. Status kawan yang lain macam tu pula. Mungkin sebab tu kot ada yang memilih untuk tidak memiliki facebook. Supaya tak terjebak dalam perasaan banding-membanding ini.
Kita selalu rasa hidup orang lain lebih bahagia dan best. Kehidupan kita pula serba kurang, serba tak best, serba tak cukup. Dan itu semua membuatkan kita menjadi hamba yang tidak bersyukur. Astaghfirullah.
Saya sendiri juga tidak terlepas dengan ujian ini. Sebab tu, bila datang sahaja perasaan macam ni, cepat-cepat la istighfar dan tutup je la facebook tu. Fokus kepada kehidupan yang sedang dilalui. Tak perlu nak banding-banding. Dan ada banyak benarnya apa yang dikongsi seorang ukhti dalam WA group:
Dan antara yang saya lakukan juga adalah baca artikal-artikal yang memberi motivasi seperti di bawah.
Tak payah nak tengok kehidupan orang. Cuba lakukan semuanya seperti yang telah dilakukan orang berjaya seperti di bawah pun dah memakan masa sepanjang hayat.
*******
Cerita ini asalnya dikongsikan oleh seorang
pengguna Facebook, Dato’ Roslan Ab Hamid. Dan ia mendapat perhatian ramai
dengan menerima jumlah like dan komen yang tinggi. Cerita ini memberi inspirasi
kepada orang ramai bagaimana mahu hidup dengan lebih bermakna di atas muka bumi
ini. Kami kongsikan kisah Lelaki Tuan Berkain Pelikat ini
di bawah. Enjoy!
****
Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di
masjid.
Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid.
Rumah agam besar dan menarik.
Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan
RM35juta. Pendapatan pasif kutip sewa RM70,000 sebulan. Belanja RM20,000.
RM50,000 sedekah dan infaq.
Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.
Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu.
Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu
kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?
#1 – Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah
segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka
sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.
#2 – Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu
solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita
mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat
bertebaran berusaha cari rezeki.
#3 – Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah
tahu apa yang terbaik untuk kita.
#4 – Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam.
Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat
buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka
dia pun nasihatkan saya,
“Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya
dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat
Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.
Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat
khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya
yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk
mengatam Qur’an dalam begitu cepat.
Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga
kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca
10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali
khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al
Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia
iktikaf dan baca Al Quran.
#5 – Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak
berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.Kata
lelaki tua ini lagi:
#6 – Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah
membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak
orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan
dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita
temui ramai orang susah. Belanja mereka..
#7 – Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan
berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang
sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur.
Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar
orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi.
Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.
#8 – Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa.
Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak
panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang
penting sampaikan dengan tangan sendiri.Tenung mata dan baca “ayat ayat
pengasih”. Hehehe. (Nota tambahan: Surah Yusuf: Ayat 4)
#9 – Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap
sakit. Apabila sakit senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi
bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina.
Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.
#10 – Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu
jadi manusia berguna.Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam
tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka
tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi
orang. Mahu membahagiakan ramai orang.
#11 – Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang
ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud
lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat
panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.
(Kedai mula mula di mulut sahaja.) Senyum mesra, mulut manis.
Usah sombong.sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan
manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga
dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang
walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada
barang kita jual.
#12 – Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya
penarik adalah ciri yang ada dalam diri yang buat orang lain rasa senang dengan
kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan
petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan
jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan
semangat kita.
#13 – Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah
cepat mahu melebar.Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi
satu. Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai
berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat
pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.
***
(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu
berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, “baharu ada 13 anak sungai di syurga.
Tambah sampai 20″. Saya buat contengan kata dia dalam kepala)
***
#14 – Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk
tak boleh bercakap.Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu
apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita.
Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih
buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap
baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual
barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat
atau tidak. Tidak berkat begitu.
#15 – Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik
suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya “Bagaimana Pak Cik mahu gunting
rambut? Pak Cik jawab , “Dengan senyap senyap tapi cantik”. Anak fahamkah apa
Pak Cik cakap ni? Jawab saya, “Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu
sejak umur 15 tahun”. Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang
sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang
utama rambut kita tersisir rapi.Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya
nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.
#16 – Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola
sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup
didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel,
tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada
dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi
Tuhan ini.
Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan
Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.
Bacalah surah ar Rahman ayat 46, “Dan orang yang takut akan
keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan
baginya dua syurga”
#17 – Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur.
Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan
juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang
memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa
mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.
Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia
di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik
pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap
nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di
syurga.
#18 – Anak… Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap
dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat.
Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka
cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana
takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari
langit.
Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur
macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam
duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi
SAW sebut, “Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu”. Cuba
anak check siapa perawinya. (nota: Hadis riwayat at Tirmizi)
#19 – Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang
biasa,
“Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih
sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itu sahabat dekat mula menjauh,
kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya
kembali apabila kita kaya semula”
Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak
perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah
hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut
Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.
#20 – Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya
adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu.
Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh,
sebelum maghrib dan sebelum isya’. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari
segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita
sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja.
JOM AMALKAN!
0 comments:
Post a Comment
Komen anda..