Pages

Thursday, December 11, 2014

Catatan Pengalaman: Hambatan yang Menghambat Setelah BFG

2 tahun

   Sudah dua tahun saya 'pulang untuk kebaikan' atau sebenarnya BFG, back for good, istilah yang membawa maksud kita pulang dan tinggalkan sesuatu tempat untuk selama-lamanya. Saya bfg daripada Brisbane, Australia dua tahun yang lepas.

   Ingat lagi, rasa takut dan berdebar untuk pulang dulu. Takut dan berdebar dengan situasi tarbiyah di sini. Dan Alhamdulillah, syukur sangat-sangat, selepas 2 tahun saya masih mampu berada di jalan ini. Ada je, jatuh bangun jatuh, rasa lost, rasa kecewa, rasa give up, rasa menyerah, rasa nak tinggalkan jalan ini, rasa kosong, rasa tak ada sokongan, rasa tak ada sesiapa, rasa tak dapat apa-apa dan banyak banyak lagi rasa negatif yang lain. Tapi Alhamdulillah lepas rasa negatif tu, Allah ketuk hati suruh muhasabah, kadang-kadang sampai nangis sorang-sorang, Allah bagi balik kekuatan, teruskan jugak. Sebabnya satu, pada saya, hanya jalan tarbiyah dan dakwah ini dapat bantu saya untuk jalankan kedua-dua tanggungjawab sebagai abid dan khalifah. Kalau tidak kekal di sini, mustahil saya ada kekuatan untuk tajmik dan tarbiyah sendiri mutarabbi saya. Mustahil juga untuk saya jaga ibadah saya bila tiada support dari skeliling. Mustahil saya boleh istiqamah memastikan diri setiap minggu pergi kelas atau ceramah agama untuk ganti usrah. Saya katakan mustahil kerana saya tahu siapa saya.

Hambatan di Jalan Dakwah

  Sekadar ingin berkongsi hambatan di jalan dakwah versi saya. Versi saya sebab setiap orang berbeza pendapat dan pengalamannya. Ini berdasarkan apa yang saya pernah dengar, pernah lalui dan pernah lihat.

  Hambatan di jalan dakwah yang pertama bagi yang sudah habis belajar adalah duit. Hambatan duit di sini bermaksud hambatan untuk mendapatkan kerja yang bagus, hambatan untuk ada kereta/transport, hambatan untuk mencukupkan dan memiliki keperluan dan kehendak hidup. Struggle untuk dapatkan kerja dan kereta di samping nak dapatkan usrah pada masa yang sama itu susah. Bagi yang Allah mudahkan urusannya, balik je, dah ada kereta ayah belikan. Best kan. Ada jugak yang balik je, mak dah sediakan peluang kerja. Seronokkan. Tapi inshaAllah struggle untuk mendapatkan kerja, struggle untuk ada kereta, struggle untuk dapatkan usrah itu berbaloi. Tips penting, jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Usaha doa banyak-banyak. Insha Allah boleh lalui.

  Hambatan yang kedua pula adalah keluarga. Ada yang keluarganya menghalang anak-anak ikut usrah. Ada yang memberi syarat seperti, kena balik sebelum 7 malam. Ala princess gitu. Ada yang tak boleh bermalam. Takboleh ikuti program hujung minggu, perlu mandikan kucing, gotong royong bersama keluarga setiap hujung minggu. Tak semua keluarga juga mengizinkan anak gadisnya selalu keluar. Macam-macam. Ini semua menyebabkan masa untuk hadir usrah atau program terhad. Nak bagi komitmen susah. Tak sama ketika berada jauh dengan keluarga. Dalam bab ini, kena pandai balance dan bahagikan masa. Ada masanya kena utamakan hal keluarga, ada masanya kena pandai susun masa dan pandai cakap sikitla supaya boleh dikecualikan daripada hal keluarga. Sesama akhawat juga kena bersangka baik, jangan ingat ukhti tu dah futur kalau dia tak datang usrah sebab ada hal keluarga katanya.

  Hambatan yang ketiga, macam mana nak faham waqi' tempat baru dan nak bagi komitmen. Kita assume situasinya dah ada kerja, dah ada usrah. Ok, dah boleh teruskan dengan gerak kerja dan aktivisme la kan. Sebab dah ada usrah. Tapi.... tapi.... mana nak mula nih? Nak buat apa ye? Yang mana satu? Tu apa, macam mana? Eh kenapa buat macam tu? Eh kenapa macam ni? Ya, itula rasanya. Saya sendiri, sekarang ni baru faham sikit. Lepas 2 tahun baru faham sikit. Hoho... sbelum ni takfaham dan banyak memerhati sahaja. Dalam situasi ni, jangan banding dengan waqi' dulu. Pasti, akan banyak takpuas hati, tak faham, tak sefahaman. Jangan cakap banyak, tengok, lihat dan ambil peluang belajar. Daripada situ boleh buat kerja, slow-slow insha Allah.

  Ni jela dulu kot. Ada lagi, seperti hambatan kahwin dan mendirikan rumahtangga. Banyak isu juga. Nak kahwin tapi tak ada jodoh. Segan, rasa tidak ada yang sesuai. Nak kahwin tapi bakal suami bukan ikhwah, belum ikhwah yang entah bila nakjadi ikhwah. Nak kahwin, suami ikhwah, tapi berbeza tempat pula. Nak pilih tinggal mana dan aktivisme kat mana, medan apa. Takmasuk lagi bab duit. Pendapatan keluarga berapa. Sewa rumah ke beli? Nak kenal hati budi pasangan lagi. Nak tolerate dalam rumahtangga dan dua buah keluarga lagi. Macam-macam kan? Moga Allah pandu dan bantu.

Luruskan niat

  Akhir kata, umtuk adik-adik yang bakal balik selepas melalui tarbiyah di luar negara, satu tips penting, BETUILKAN NIAT kerana apa memilih jalan dakwah. Jika niatmu lurus dan betul dik, inshaAllah susah macam mana pun, dugaan macam mana pun datang, Allah akan bukakkan jalan untuk kekal. Kalau kita niat dalam hati dengan sebenar-benarnya insha Allah Allah mudahkan dalam setiap langkah yang sukar tu. Moga kita sentiasa dipilih di setiap corner dan liku dalam hidup.

 

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..