Dah lebih 2 bulan pulang ke Malaysia setelah 2 tahun sebelumnya berada di negara orang.
Pada pandangan mata kasar saya, semuanya sama sahaja. Tapi bila diteliti dengan mata hati, perasaan saya berbeza. Di depan mata, semuanya masih sama seperti dulu, tapi perasaan saya berbeza, tidak sama seperti beberapa tahun dulu.
Bila nak kahwin?
Cuti semester pelajar university tempatan kali ini memberi peluang kepada saya untuk berjumpa dengan kawan-kawan lama sekolah rendah. Kami satu kampong makanya tak susah pun nak jumpa-jumpa, asalkan balik kampong. Bila diteliti balik, topik perbualan kami sudah berubah walau gaya bercakap dan style masih sama. Masing-masing update pasal study, kerja dan pastinya pasal isu kahwin. Bila cakap pasal tu, macam-macam cerita keluar. Ada yang merancang tak nak tunang sebab dah kenal, taknak dua majlis, so majlis kahwin je. Ada yang dah tunang, so plan kahwin lepas majlis graduasi. Seronok je mendengar plan dan coletah mereka. Tapi paling tak best, soalan, “Ayu, bila?”. Erkk! Nak je jawab, daripada tanya bila nak kahwin, lebih baik tanya bila nak mati. Ye dak? Konsep dua soalan tu sama je kan. Dua-duanya rahsia Allah. Tapi mati tu lagi pasti. Kahwin belum pasti. Mati pasti! Jadinya, mana lagi patut diceritakan dan diperbincangkan?
So kita tinggalkan soalan bila nak kahwin tu ea. Biarlah rahsia~
Bila nak mati?
Bila-bila je. Yang pasti akan mati. Baru je tadi saya selesai baca kisah adik Siti Hajar di penghujung usianya. Nak menitis air mata sebak baca tu. Tapi muhasabah iktibar kisah tu lagi patut kita titiskan airmata. Mampu ke kita mempunyai fikiran sepertinya pada saat-saat akhir kita di dunia ini? Dalam keadaan yang sakit tak boleh bergerak, dalam keadaan antara hidup atau mati. Mampukah? Mampukah kita fikirkan hutang kita yang belum lunas? Solat kita? Aurat ahli keluarga kita? Aurat orang lain? Aurat kita?!! Paling saya terkejut, mampukah kita untuk masih berfikir tentang dakwah? Kalau masa hidup, muda sihat walafiat ni pun kita tak pernah nak letakkan perkataan dakwah itu di dalam hati, yakin kah kita akan fikirkan dakwah ketika nazak di atas katil. Susah kot ea, kalau dakwah itu bukan kehidupan kita.
Bila terfikirkan pasal pengakhiran usia kita ini, ianya sangat berkaitan dengan cara hidup kita sebelumnya.
Bagaimana dengan dunia kita?
Di hati atau di tangan? Setiap dari kita ada jawapannya tersendiri.
Selalu lah berdoa moga Allah letakkan dunia itu di tangan kita bukan di hati kita. Terutamanya bagi kita yang muda mudi ni. Fikirkan ijazah, pastu sambung study sampai nak perkataan ‘Dr.’ di depan nama. Pastu kerja, kerja dan kerja untuk hidup mewah, ada kereta ada rumah. Itulah matlamat utama hidup kita. Tersangat duniawi, tahu tak? Saya tak cakap ianya salah, tak! Tak salah nak study tinggi-tinggi, kerja hebat-hebat, tapi yang salah kalau ianya segala-galanya dalam hidup kita sampaikan kita tolak ke tepi agama. Beragama Islam tidak cukup sekadar solat 5 waktu. Tidak kawan, tidak!
Lemas dalam kelabu
2 bulan lebih balik saya semakin lemas dalam kekelabuan ini. Seriously, berbeza sangat kehidupan bersama akhawat dengan bukan akhwat. Apa yang dibincangkan, apa yang bermain dalam fikiran jauh berbeza. Tapi bukanlah bermakna bersama akhawat tiada masalah, ada. Masalah itu sentiasa ada. Tapi sekurang-kurangnya aura keimanan untuk recharge itu ada. Tapi bila sendirian dengan persoalan-persoalan kehidupan yang sangat duniawi ini, terasa sesak nafas sangat. Tapi sendiri tahu, kena cepat-cepat recharge. Kena cepat-cepat bangun. Tidak lain tidak bukan, tarbiyah dzatiyah.
Status tarbiyah: surviving complicatedly
Banyak benda saya tolak, banyak benda saya kebelakangkan untuk terus bersama tarbiyah ini. Dan apa yang saya tolak dan belakangkan itu datang menghantui bila saya lemah semangat. Rasa susah itu muncul. Mula down.
Berada di reality tarbiyah dan dakwah Malaysia ini barulah saya sedar dan nampak mudahnya tarbiyah dan dakwah fantasia bulan madu di luar Negara itu. Akhawat luar negara mungkin akan cekik saya dengan statement ini.. hehe.. susah je saya tahu, saya pernah lalui susahnya itu.
Tapi inilah tarbiyah custom made dari Allah kan? Tetiba rasa menariknya susunan tarbiyah Allah tu time-time tulis ni. Apa pun level kita, di mana pun kita berada, Allah bagi rasa susah dan ujian itu ikut kemampuan tahap kita pada masa tersebut. Jadinya janganlah marah dengan statement tadi, sebab itu statement yang keluar dengan situasi saya dah balik. Not applicable unutk akhawat yang sedang berjuang di locality masing-masing :D
Nak dapat usrah pun susah, tak tahu la berapa lama lagi kena tunggu. Nak keluar pergi program pun banyak ujian. Nak pergi program dapat peluang jumpa kenal akhwat atau nak pergi majlis kenduri kahwin kawan sekolah menengah? Patut ke tolak peluang untuk menyambung silaturahim dengan kawan lama?
Tapi jumpa dan kenal akhawat lain tu pun penting untuk kelangsungan tarbiyah sendiri?
Ni tak termasuk lagi soalan-soalan lazim dalam kehidupan manusia biasa. To some point, rasa nak masuk selimut tidur tak bangun-bangun kerana rasa tak kuat semakin kuat.
Tapi kemudian, Allah hadirkan ini,
Dalam membuat keputusan untuk memilih tak semestinya kita perlu pilih satu dan tinggal satu, mungkin boleh je kita pilih kedua-duanya lebih-lebih lagi jika kedua-duanya baik, cumanya ada la pengorbanan-pengorbanan yang terlibat. Perlulah kuat. Allah kan ada! ^_~
0 comments:
Post a Comment
Komen anda..