Akak, update la blog!
Itula antara ayat yang terselit dalam perbualan WA dengan
seorang adik yang disayangi, yang masih berada di Brisbane.
Sudah cuba tulis post banyak kali, tapi delete balik dan
tergantung begitu sahaja.
Kenapa?
Entah.
Hinggalah saya terbaca moment WeChat seorang ukhti.
“Don’t despair if your heart has been through a lot of trauma. Sometimes that’s how beautiful hearts are remade-they’re shattered first.”
Bersama gambar ini:
Sebenarnya itula situasinya.
My heart has been through another trauma this year.
Dan traumanya dekat dengan TnD ini.
2 minggu saya ‘shutdown’. Usrah, sengaja tak pergi. Program
lain tak usah cakap la. Apa-apa pun yang dimaklumkan mahupun dibincangkan, saya
senyap sahaja tanpa respon. Masa tu rasa, entah paper je jemaah ini, orang
dalam jemaah ni.
Perasaan kecewa, sedih, takboleh terima 'cara' tu.
Tapi lepas tu ok balik la. Mula respon untuk segala
perbincangan yang patut, hadir usrah kecuali atas sebab-sebab yang telah dapat
izin murabbi.
[Ok yang paksa rela, atas sebab tiada jalan lain untuk mudah
dapat kebaikan dan dengan harapan dapat masuk syurga melalui jalan ini]
Namun, trauma itu tak hilang pun. Mana mungkin hilang dengan
mudah jika dah nangis sungguh-sungguh sedih, kecewa, takboleh terima dengan
cara itu.
Trauma-trauma di Brisbane dulu pun kadang-kadang datang
menyapa juga.
Dan mungkin kerana trauma-trauma ini, dan juga bersama
tarbiyah dzatiyah yang rendah, saya tanpa disedari lebih suka senyap dan mula
hanyut, tenggelam timbul.
Kerana itulah blog ini sunyi sepi. Tiada perkongsian, tiada
apa-apa.
Kerana saya sememangnya tiada apa-apa bermanfaat untuk
dikongsi.
Tapi insyaAllah sekarang sudah mula nak bangkit balik.
Tambah-tambah lagi, dah nak Ramadhan! Ramadhan tahun lepas saya tak berapa nak
berprestasi. Sendiri rasa kecewa. Dan dalam usrah selepas ramadhan tahun lepas,
murabbi minta setiap orang kongsi muhasabah/pengalaman ramadhan masing-masing.
Ketika itulah saya nekad dan tekad (apa ntah beza dua ni), untuk lalui Ramadhan
tahun ini dengan prestasi yang lebih baik. Jadinya sedang memperbaiki banyak
hal. Yang mudahnya adalah tilawah. ODOJ (One Day One Juz) sangat membantu.
*Iklan- ODOJ ni bagus sangat untuk istiqamahkan diri untuk
tilawah (Y)
Tak sampai 15 hari lagi nak sampai Ramadhan (Allahumma Balighna
Ramadhan!). Alhamdulillah, sambil tulis ni sambil berfikir untuk lebih
bersemangat perbaiki amal dan hal-hal lain.
Terfikir juga, antara sebab ramai yang mudah futur selepas
habis belajar adalah kerana kerja dan dunia. Masa tak kerja, tertekan sebab belum
dapat kerja. Tak mudah untuk terus-terusan positif dan aktif dalam dakwah pada
masa tu. Bila dah kerja banyak pula komitmen yang mudah sangat dijadikan alasan
untuk jauh dari dakwah dan tarbiyah. Nak pergi daurah, ada kursus. Dan bila
kursus, hukumnya pasti wajib. Dunia sangatla ingin dikejar. Duit. Tak cukup.
Sentiasa nak lebih. Ini semua sangat menghanyutkan. Sungguh, struggle yang tak
mudah langsung. Maka tak hairanlah saya antara yang tenggelam timbul dalam
proses awal-awal memulakan kehidupan ni. Huhu…
Satu sahaja rahsia yang tak berapa nak rahsia, tolak ketepi
segala faktor manusia, samada positif mahupun negatif. Fikir syurga. Dengar
lagu Paradise tu hari-hari. Fikirkan yang susah sangat nak masuk syurga tu.
Maka nak mudah, salah satu cara mudahnya adalah dakwah. Dan mustahil dakwah
tanpa tarbiyah. Maka pilihlah jalan ni. Berhenti isi minyak sekali sekali okla
kan. Tapi yang penting teruskan perjalanan J
Suka sangat kata-kata Yasmin Mogahed nih:
“There are many pieces that make up our lives. Moments that break us. Moments that raise and shape us. Decisions we make to hold on. Or let go. People who enter our lives and leave us changed forever. The ones we love, the ones that hurts us, or heal us, or leave us. Sometimes we don’t understand these pieces- or even despair over them. Its only when time goes by and we look back, that we suddenly can see our whole life like a perfect designed puzzle.
Don’t be afraid of the puzzle piece you’re in right now. It will fit perfectly just like the rest. How could it not?
The Designer is perfect!”
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum Sr. =) Alhamdulillah. Saya gembira dapat come across blog sister, terus follow pastu. Sebab macam ada persamaan dengan saya..Berkenalan dengan makcik hidayah secara serius dan join usrah di negara orang. =) Semoga kita terus tsabat di jalan-Nya. =)
ReplyDelete