Pages

Thursday, August 17, 2017

After few years.......

After a few years, I think I want to write again.
Maybe not for others, just for me.

Saya habis belajar 2012. Kemudian balik Malaysia menganggur 6 bulan. Memang takde rasa nak menulis la kan dalam keserabutan itu.

Dengan izin Allah ada rezeki jadi guru ganti. 2, 3 bulan di sebuah sekolah agama swasta. Kemudian jadi guru ganti sekolah kementerian pula hingga hujung tahun. Tapi masa ni tak berhenti cari kerja dalam bidang ijazah yang dapat. Tapi entahla tak dapat, Tak ada rezeki. Dalam keadaan jobless lagi hujung tahun 2013 tu, saya mohon jadi guru di sekolah swasta bawah MUSLEH.

Januari 2014 mula bekerja di sekolah swasta MUSLEH tersebut. Saya mohon jadi guru biasa sahaja, tapi entahla ujian kategori apa yang datang, 'dipaksa' dan 'terpaksa' secara baik untuk jadi guru besar. Guru besar ok! Guru besar!.. huhu... i would say that was horror years for me. Bukannya layak pun tapi pihak pengurusan tiada pilihan lain pada masa tu, Muka ni juga yang kena.. huhu

Jadi guru besar dalam keadaan sifar pengetahuan tentang pendidikan. Tak payah cakap pasal nak tadbir sekolah la, nak ajar subjek English yang dipertanggungjawabkan pun terhegeh-hegeh. Kalau boleh guna perkataan 'gila' memang gitula rasa masa tu.

Awal-awal tahun lagi, Pengarah bahagian sekolah swasta peringkat negeri datang ke sekolah ni. Nasib baikla beliau jenis baik-baik sahaja. Haru-biru kot time tu. Tapi borak-borak biasa sahaja dengan mereka. Siap cakap lagi cikgu besar macam budak sekolah.. Hihi..

Antara pengalaman teruk adalah terpaksa tandatangan notis perletakan jawatan 24 jam kepada salah seorang guru lelaki di situ. Masa tu baru 2 bulan kot.. Saya hanya laporkan hal-hal tak best berkaitan dia kepada pihak atasan, tak sangka mereka buat keputusan macam tu. Dan saya tidak masuk dalam perbincangan mereka, Pakcik-pakcik atasan semuanya. Tapi yang kena tandatangan notis dia dan kena maki dengan dia adalah saya.. huhu

Tak lama pun, lepas 3 bulan, ada seorang ustaz lain yang datang pegang jawatan tersebut. Dan saya, kembali menjadi guru biasa. Nampak mudah je kan, tapi kat dalam macam apa je. Bayangkan kejap orang suruh kita jadi guru besar walau tahu kita dibebankan dengan tanggungjawab besar. tapi kemudian pilih orang lain pula. Macam-macam bergolak kat dalam. Ye la, memang susah pun saya jadi guru besar. Ada seorang ahli lembaga pengarah tu dia segan bila terpaksa masuk bilik guru besar untuk bercakap dengan saya, belum berkahwin kan. Dan adala hal-hal lain. Tak kisah mana pun. Tapi caranya la, perlu lebih profesional kot. Tapi antara hikmah yang saya dapat adalah bila saya dah tua, saya kena layan orang muda dengan profesional dan berhikmah.

Bulan Februari 2016 saya mendirikan rumahtangga dengan suami. Saya tak pilih dia dan dia tak pilih saya. Hihi... Tapi Allah gerakkan semua yang terlibat untuk satukan kami walau sebelumnya saya pernah cuba untuk menerima seorang akh lain yang juga sama-sama faham tarbiyah dakwah. Tapi bukan jodoh kot, adala kejadian-kejadiannya. Tapi saya jenis tak kisah sangat bab jodoh ni. Doa supaya dapat pasangan yang baik-baik je. Kalau tak jadi pun tak rasa apa-apa sangat. Februari 2015 entah mana datang mertua sekarang datang rumah dan dari situla semuanya mudah. Suami saya bukan akh yang faham tarbiyah dakwah pun. Saya terima dia seadanya sebab Allah yang hadirkan dia untuk saya. Pada saya asalkan cukup solat, tak merokok, rajin bekerja dan sikit-sikit nilai yang lain maka ok la. Saya serahkan pada Allah. Dah Allah mudahkan kami sah jadi suami isteri maka inilah jodoh saya kot.

Dan 2017 ni, Alhamdulillah kami dah ada anak! Baby girl! Dah 3 bulan dah pun :)

Jadi, dah bergelar isteri dan ummi ni, maka kecenderungan saya lebih kepada ilmu rumahtangga, ilmu keibubapaan, ilmu pendidikan awal kanak-kanak, bisnes kecil-kecilan untuk tambah pendapatan, dan tak kan pernah tinggal tarbiyah dzatiyah.

Terlalu banyak yang dilalui sebelum ini. Emosi-emosi yang naik dan turun semenjak mula bekerja, berhenti sebab nak kerja dekat dengan suami, kemudian mengandung, lalui perubahan-perubahan yang pelbagai sepanjang mengandung, dah masuk bulan ke 9, dah sarat tu, suami pulak pindah kerja tempat lain, tinggal sorang, berhenti lagi sekali, balik ke rumah mak ayah untuk bersalin dan berpantang, kemudian pengalaman bersalin yang penuh drama, daripada bukaan dah penuh untuk bersalin normal, doktor buat keputusan untuk bedah sebab baby berak dalam perut tapi tak sempat sampai dalam dewan bedah, dekat koridor tu jugak, nurse yang baik-baik tolong untuk bersalin normal, diorang tengok boleh, diorang tolak masuk labour room plak. Kat situ plak dapat amaran dari doktor jika tak dapat bersalin dalam setengah jam, dia nak vakum la plak. But Alhamdulillah, my baby girl is so brave and I get the strength to push her out. The strength is from her strength. Sebab ingat lagi cakap kat dalam hati masa last push yang menyebabkan baby keluar, 'baby, tolong ummi baby'. But yes of course, everything is do able with HIS help. Saya bersyukur untuk segala susunan yang Dia atur dan untuk segala sakit, sedih, luka, kecewa ini saya boleh jadi hamba yang lebih baik.

Dan Alhamdulillah juga walau tak seaktif di luar negara dulu, saya masih dapat ikut usrah, cuma sejak cuti bersalin berpantang tak start lagi. InshaAllah moga diri terus mampu untuk kekal walau dah bertambah komitmen anak sekarang.


My little princess.. My strength

0 comments:

Post a Comment

Komen anda..