Pages

Friday, November 10, 2017

10 (+1) TIPS BERI MAKAN BAYI KALI PERTAMA

Saya lebih suka ikut saranan nurse dan doktor, bagi makan bila anak dah 6 bulan.

Jadi bila anak nak dekat 6 bulan ni, saya dah mula la research sikit2 pasal pemakanan bayi kali pertama ni. Tengok dalam buku rekod kesihatan, cari2 di laman sesawang juga.

Di bawah saya kongsikan tipsnya:

1) Elok mulakan dengan makanan yang rasanya ‘plain’. Saya mulakan dengan bubur nasi kosong je dulu. Sebab?
  • Ia adalah sebagai pengenalan kepada perut dan usus bayi akan makanan pejal supaya perut bayi tidak ‘terkejut’.
  • Kalau pertama kali dah bagi makanan dengan perlbagai rasa seperti rasa manis contohnya, ada kemungkinan bayi akan menolak untuk makan makanan yang rasa ‘plain’ seperti nasi. Dah payah pulak nak bagi sumber karbohidrat lain sebagai ganti nasi.
2) Semestinya dalam bentuk ‘puree’ iaitu makanan yang bertekstur halus. Terpulang nak blender atau lenyek.

3) Elakkan penggunaan bahan perisa tambahan seperti gula, garam, ajinomoto (bawah 1 tahun). Jika mahu, gunakan rasa-rasa yang pelbagai yang datang dari sumber sayur-sayuran atau ikan. Contohnya:-
a) Masin – dari ikan bilis
b) Manis & Masam – dari buah-buahan atau sayur-sayuran seperti kentang, brokoli, tomato dll

4) Sampai waktunya, boleh pelbagaikan lauk untuk makanan bayi. Sekali lagi diingatkan NO perisa tambahan!

5) Selang seli makanan ruji dengan buah-buahan. Still dalam bentuk ‘puree’. Buah-buahan membantu dalam proses perkumuhan.

6) Beri makanan dalam kuantiti sedikit tapi banyak kali. Ini kerana, saiz perut bayi yang masih kecil. Amalan kekerapan 1-2 kali sehari pada awalnya. Kemudian boleh ditingkatkan kepada 2-4 kali sehari bergantung kepada keperluan bayi.

7) Beri makan ikut ‘timing’ yang sama. Sebab? senang nak kenalpasti jika bayi lapar pada waktunya. Senang juga utk kita susun jadual harian kita kan.

8) Pastikan anak dalam keadaan selesa ketika makan. Posisi baring / duduk bersandar mana-mana yang boleh.

9) Beri makanan yang sama kepada bayi dalam masa 3-4 hari. Sebab? mudah nak kenalpasti sama ada bayi ada alahan kepada sesuatu makanan.

10) Perkara paling WAJIB & UTAMA dalam proses ini adalah SIFAT SABAR! Sebab? Memang ada bayi yang akan menolak jika diberi makan.

TIPS +1) Sediakan bantuan utk memudahkan penghadaman bayi. Saya sentiasa sapu #tummytime balm yg ada gabungan minyak pati terpilih yg akan memudahkan penghadaman dan menyelesakan perut bayi.

Oh ye, satu lagi tips!
SOLAT HAJAT dan DOA.
Saya sengaja pilih utk mula bg makan hari jumaat. Saje je nk ambik keberkatan hari jumaat. Dan malam sebelumnya solat hajat dulu mohon doa agar anak mudah menerima makanan tanpa masalah dan sentiasa suka mkanan berkhasiat dan tolak mknan tdk berkhasiat. Lps dhuha pagi jumaat pun solat hajat doa lagi sekali. Buat sama2 suami isteri. Saya pjj. Jadi whatsapp inform suami minta solat dan doakan juga.

Moga urusan kita sebagai ibubapa dipermudahkan utk bagi makan pada anak. Kita kan nak jadi the best ummi for ummah!


Sedikit info berkaitan #tummytime balm.



BALM INI MEMBANTU ANAK YG MENGALAMI 
MASALAH PERUT SEPERTI 
KEMBUNG, SEMBELIT DAN CIRIT-BIRIT

100% SEMULAJADI GABUNGAN 9 JENIS MINYAK PATI


Jika berminat boleh klik 






0 comments:

Post a Comment

Komen anda..