Pages

Tuesday, February 2, 2021

Dua


Harini 02 / 02 / 2021.

I was born on this date 32 years ago J

 

02 / 02 / 2020

Dalam bilik rawatan.

Doktor tanya, “Puan pernah scan dah ke sebelum ni?”

“Tak, ni first time doctor”

“Ada 2 ni puan” doctor teruja.

“Dua?”

“Aah ada 2 janin, kembar ni puan”

 

 

Ya. twin pregnancy!

 

Dan Alhamdulillah selamat melahirkan kembar secara normal pada 10 Julai 2020. Skang dan nak masuk 7 bulan dah keduanya J

 

Harini, 02/02/2021 pada usia 32 tahun, saya ada 3 anak perempuan solehah. Dan dua darinya adalah kembar.

Aisyah Basyirah, Aufa Bahirah, Afwa Barirah.

My aisyaufafwa is my world.

 

Banyak yg ummi terpaksa lepaskan.

Banyak air mata yg jatuh.

Banyak yg ummi pendamkan.

 

Tapi, demi aisyaufafwa, banyak juga yang ummi gigih dan gagahkan.

 

InshaAllah kita boleh buat banyak benda bersama nanti bila aisyaufafwa dan besar. Taksabar tunggu saat-saat tu.

 

02 / 02 /1989

 

Tok Ummi lahirkan ummi di rumah dengan bidan kampung.

Susah dan hampir lemas.

Dibesarkan oleh mereka berdua dengan susah payah.

Terlalu banyak jasa dan pengorbanan mereka yang ummi takdapat balas.

Banyak sangat.

Moga Allah permudahkan segala urusan mereka dan kita semua.

Moga Allah permudahkan urusan Ummi nak balas jasa kedua datuk nenek aisyaufafwa.

 

Untuk harini, ummi dapat kirimkan kek je untuk mereka.

Takmahal tapi moga mereka suka.

 


0 comments:

Post a Comment

Komen anda..